KELESTARIAN

Di PNB, kami berhasrat untuk memelihara dan menyokong kesinambungan keseimbangan antara manusia, planet dan keuntungan dengan menyesuaikan pendekatan perniagaan kami dengan persekitaran operasi, bagi memastikan peralihan yang teratur dan saksama ke arah masa depan yang lebih lestari dan berdaya tahan dalam jangka panjang. Sila klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Dasar Kelestarian PNB.





Kami berbesar hati untuk berkongsi peristiwa penting dalam perjalanan korporat PNB dengan mengumumkan Rangka Kerja Kelestarian PNB secara rasmi. Ia merupakan satu perkembangan penting yang menggariskan aspirasi dan komitmen kelestarian kami.



Kami percaya dengan menerapkan isu-isu Persekitaran, Sosial and Tadbir Urus (ESG) secara lebih sistematik ke dalam pelaburan dan operasi kami, kami akan berada pada kedudukan yang lebih baik untuk merebut peluang baharu sambil mengambil kira risiko yang tinggi dalam memberikan pulangan yang mampan kepada pemegang unit kami dan mendukung mandat sosial kami.



Kami juga percaya dengan saiz dan pengaruh kami, terutamanya di Malaysia dan rantau Asia Tenggara yang lebih besar, kami mempunyai peranan penting untuk membantu menangani cabaran sistemik yang dihadapi oleh komuniti dan pihak berkepentingan kami hari ini.



Kami sedar bahawa kami tidak dapat menyelesaikan cabaran ini bersendirian. Hanya dengan tindakan kolektif dan perkongsian yang lebih luas antara sektor swasta dan awam, kita akan sama-sama dapat memberikan impak sebenar yang mampu bertahan dan menangani cabaran ini dengan berkesan.



Untuk melihat perubahan dalam diri orang lain, kita terlebih dahulu perlu mengubah diri kita. Kotakan apa yang dikata.



Kami percaya kepada kemajuan dan bukannya kesempurnaan. Apabila sains mengenai perubahan iklim, komponen penting dalam Rangka Kerja Kelestarian kami terus berkembang, ia tidak akan menghalang kami untuk terus meningkatkan komitmen kami.

Tiga teras ESG kami bukan sahaja akan membantu PNB menghasilkan pulangan yang lebih mampan tetapi juga akan memberi kesan kepada cara kami berusaha dengan syarikat pelaburan kami untuk menghasilkan nilai yang mampan dalam semua aspek. Usaha kami juga sejajar dengan Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN-SDG), yang merupakan inisiatif global bagi menamatkan kemiskinan, melindungi planet ini dan memastikan semua menikmati keamanan dan kemakmuran menjelang 2030.

1Perusahaan Sifar Bersih
menjelang 2025

“Syarikat” bermaksud PNB sebagai syarikat operasi (iaitu PNBCo). Secara khusus, ia termasuk operasi di bawah Unit Perniagaan, Bahagian dan Jabatan tetapi tidak termasuk portfolio pelaburan PNB. Oleh yang demikian, Syarikat Sifar Bersih adalah di mana PNBCo sebagai sebuah syarikat berhasrat untuk mencapai pelepasan sifar bersih Skop I dan II pelepasan antropogenik gas rumah hijau (GHG) (contoh karbon dioksida, metana, nitrus oksida dan gas industri seperti hidrofluorokarbon, perfluorocarbon sulfur hexaflouride dan nitrogen triflouride) melalui usaha operasi pengurangan dan penyingkiran GHG menjelang tahun 2025 melalui pelan pengurangan atau pembelian ofset/kredit karbon. )
Portfolio ditakrifkan sebagai aset kewangan yang dilaburkan oleh PNB. Ia termasuk, antaranya, pelaburan dalam ekuiti awam, ekuiti persendirian, bon, hartanah, infrastruktur dan aset kewangan lain. Portfolio Sifar Bersih menjelaskan komitmen PNB untuk mengurangkan pelepasan keseluruhan secara beransur-ansur di bawah Skop III yang terkandung dalam portfolionya menjelang 2050. Kami akan melakukannya dalam dua cara: pertama, dengan mengimbangi semula portfolio di mana pelepasan portfolio menurun dari semasa ke semasa dan kedua melalui penglibatan aktif dengan syarikat-syarikat pelaburan kami dan mereka sendiri mengurangkan pelepasan masing-masing dari semasa ke semasa.
PNB berhasrat untuk memperuntukkan modal baharu berjumlah RM 10 billion untuk dilaburkan dalam aset hijau dan peralihan contohnya amalan cekap karbon lebih rendah dan tenaga; pelaburan dengan pemancar atau intensiti GHG yg rendah, pembelian ofset karbon dan lain-lain menjelang 2030.

Gaji kehidupan wajar adalah pendapatan minimum yang diperlukan untuk pekerja memperoleh taraf hidup minimum bagi memenuhi keperluan asas mereka seperti makanan, perumahan dan keperluan penting lain seperti pakaian, penglibatan sosial dan jaminan kewangan.

PNB akan menentukan dan mengamalkan dasar gaji kehidupan wajar sendiri bagi memastikan pekerjanya memperoleh pendapatan melebihi gaji kehidupan wajar minimum menjelang 2023.
Sejak Rangka Kerja Kelestarian PNB dilancarkan pada April 2022, komitmen ESG kami menjadi lebih penting dan terus ditingkatkan. Secara progresif, kami telah mencapai beberapa kemajuan untuk menerapkan komitmen kami dalam operasi perniagaan organisasi. Sebagai sebahagian daripada memenuhi komitmen #5 teras Sosial kami, Dasar Hak Buruh kami kini telah diterbitkan. Kami percaya bahawa memupuk dasar buruh yang diperlukan akan mendorong kepada amalan perniagaan yang baik, serta produktiviti dan pengurusan risiko yang lebih baik.

Memandangkan kami memegang portfolio pelaburan yang pelbagai dengan perniagaan dan operasi yang luas, kami telah menerima pakai Dasar Hak Buruh yang menekankan pandangan dan jangkaan kami mengenai 6 Isu Utama, iaitu:

  1. Buruh Paksa & Buruh Kanak-Kanak
  2. Gaji & Faedah Setimpal
  3. Kepelbagaian & Keterangkuman
  4. Kebebasan Berpersatuan
  5. Keselamatan & Kesihatan
  6. Peningkatan Kemahiran & Pendidikan
Melangkah ke hadapan, kami akan menilai pelaburan kami berdasarkan Isu Utama di atas dan menggunakan pelbagai medium penghubung seperti yang digariskan dalam Matriks Peningkatan kami. Untuk maklumat lanjut tentang Dasar Hak Buruh kami, sila rujuk pautan di bawah.

Dasar Hak Buruh

Soalan Lazim Dasar Hak Buruh

Dari segi jumlah tenaga kerja, PNB telah mencapai pecahan penyertaaan yang seimbang antara lelaki dan wanita, manakala di peringkat pengurusan kanan, pecahan tersebut menghampiri 30% yang dianggap sebagai peratusan rujukan global. Kami percaya kami boleh melakukan dengan lebih baik dan menetapkan sasaran yang lebih tinggi untuk mempunyai sekurang-kurangnya 40% wanita dalam kepimpinan kami menjelang 2025.
Komitmen kami kepada peningkatan masyarakat melalui program CSR kami akan diteruskan tanpa henti. Khususnya komitmen kami untuk menaja pendidikan, peningkatan komuniti, literasi kewangan dan insiatif perkongsian pengetahuan akan diteruskan.

Model pengawasan TBL memberi tumpuan kepada pendekatan penglibatan berkesan bagi memacu perubahan ke arah peningkatan nilai jangka panjang dengan mengambil kira aspek ESG.

Kami merancang untuk mencapainya dengan memperhalusi Rangka Kerja Pengawasan kami yang merangkumi antara lain, membangunkan garis panduan untuk dalam menentukan tahap penglibatan yang bersesuaian dalam pelaburan kami, ketelusan dalam pengundian, penyertaan dan penyelarasan yang lebih aktif dengan GLICs lain, dan penglibatan yang berkesan dengan syarikat-syarikat pelaburan kami, termasuk membangunkan dan menerbitkan pendirian kami dalam isu-isu berkaitan ESG dan sektor berisiko tinggi.
PNB berhasrat untuk terus menguatkuasakan penglibatan dan interaksi yang betul serta berkesan antara pengurusan, lembaga dan pemegang saham dan akan melaksanakan aspirasi ini dengan menjalankan dasar pengundian dan undian sebenar kami yang telus di mesyuarat agung syarikat, melalui penyediaan maklumat yang berkaitan di laman web. Ini akan menampilkan ketelusan kepada pasaran mengenai kedudukan sebuah institusi pelaburan besar dalam syarikat awam Malaysia.
Pendedahan yang selari dengan Pendedahan Kewangan Berkaitan Iklim (TCFD) bermakna PNB akan menerbitkan laporan sendiri mengenai kelestarian yang selaras dengan rangka kerja pelaporan TCFD. Pendedahan kami akan ditambah dengan laporan penunjuk atau inisiatif bukan iklim lain yang unik kepada PNB untuk memastikan kesempurnaan maklumat.

Untuk pertanyaan, sila e-mel ke info@pnb.com.my