ANUGERAH BIASISWA LUAR NEGARA PNB 2024

Permohonan dibuka kepada calon-calon lepasan SPM 2023. Para pemohon yang berjaya akan mengikuti pengajian di kolej persediaan tempatan yang ditetapkan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) sebelum meneruskan pengajian ijazah sarjana muda di universiti luar negara, tertakluk pada kelulusan PNB.

1. Minimum 8A (A+/A) dalam peperiksaan SPM/ IGCSE terkini.
2. Minimum B2 dalam "The Common European Framework of Reference for Languages" (CEFR).

Bersama kita selami bagaimana biasiswa PNB telah merubah
dan membentuk kehidupan penerima anugerah biasiswanya

Rose

Rose Anita Jalil
Imperial College London, United Kingdom

Rose adalah dari kumpulan kedua Program Biasiswa PNB. Berkelulusan Sarjana dalam Kejuruteraan Elektronik dan Elektrik dari Imperial College London, dia kembali ke tanah air dan mula bekerja di PNB, seterusnya menilai dan menganalisis pelaburan ekuiti sebagai Juruanalisa sehinggalah menjadi Ketua Pengurusan Dana hari ini.

Card image cap

Nurdina Mohd Shamsudin
University of Warwick, United Kingdom

Nurdina Shamsudin memiliki Ijazah Perakaunan dan Kewangan dari University of Warwick. Dina memulakan kerjaya di Jabatan Kewangan PNB dan setelah beberapa tahun ini telah memperoleh pelbagai kelayakan perakaunan profesional. Dina kini mengetuai pasukan kewangan di PNB Merdeka Ventures, anak syarikat yang dipertanggungjawabkan untuk membangunkan rumah masa depan PNB - Merdeka118, menara tertinggi di Asia Tenggara yang akan siap pada tahun depan.

Card image cap

Mohd Hizami Mohd Iskandar
University of Oxford, United Kingdom

Hizami, melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang di University of Oxford, dipanggil ke bar Inggeris, dan kemudian berkerja di Skrine sebelum dipanggil ke bar Malaysia. Semua ini menjadi sebahagian daripada perjalanan Hizami ketika dia menerima Biasiswa PNB pada tahun 2004. Dia mendapatkan semua kelayakan undang-undang profesionalnya ketika bekerja di PNB.

Card image cap

Nurman Mohd Nawi
University of Melbourne, Australia

Nurman Mohd Nawi adalah graduan Perdagangan (Pengurusan dan Pemasaran) dari University of Melbourne yang pada peringkat awal kerjayanya melaksanakan strategi untuk mengembang dan meningkatkan operasi perniagaan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), syarikat pengurusan unit amanah PNB.

athira

Nurul Athira Alzafry Mohamed Alnassif
University of Warwick, United Kingdom

Athira, pemegang Anugerah Biasiswa PNB, kini berkhidmat sebagai Juruanalisa di Bahagian Pelaburan Strategik PNB. Dengan Biasiswa PNB, Athira berjaya mencapai impiannya untuk melanjutkan pelajaran ke UK.