PUSAT MEDIA

 

LAPORAN TAHUNAN

Laporan Tahunan Bersepadu (IAR) 2022

Permodalan Nasional Berhad (PNB) terus melaksanakan mandatnya untuk meningkatkan kekayaan masyarakat Bumiputera dan seluruh rakyat Malaysia. Walaupun menghadapi tahun yang amat sukar dan mungkin ditakrifkan sebagai keadaan pasaran paling mencabar yang pernah dialami oleh Kumpulan, kami terus memberikan pulangan wajar yang konsisten kepada pemegang unit kami dengan berjaya mengemudi keadaan pasaran yang tidak menentu melalui strategi yang teguh. Kami juga melaksanakan pelbagai inisiatif untuk mengukuhkan kelestarian, tadbir urus dan daya tahan Kumpulan.

Seiring hasrat kami untuk memberikan gambaran komprehensif tentang pencapaian, cabaran dan peluang kami pada TK2022, menampilkan dedikasi kami terhadap penciptaan nilai, kami menerbitkan Laporan Tahunan Bersepadu (IAR) pertama kami. IAR ini melambangkan usaha PNB untuk meningkatkan standard dan ketelusan pelaporannya selaras dengan amalan terbaik global.

Baca Selanjutnya