PELUANG

 

SERTAI KAMI

Kakitangan kami adalah elemen utama keupayaan organisasi PNB untuk memenuhi mandat yang telah diamanahkan kepada kami. Memperkukuhkan modal insan adalah keutamaan strategik tertinggi dan PNB menyediakan warga kerjanya dengan pelbagai peluang pembelajaran sepanjang hayat.

KERJAYA
BERSAMA PNB

Kami memilih warga kerja kami dengan komitmen yang sama sepertimana kami membuat pilihan pelaburan. Kami menawarkan iklim keseluruhan organisasi yang sihat kepada warga kerja kami melalui budaya keseimbangan antara kerja dan kehidupan. Rebutlah peluang untuk mengetahui pelbagai bidang yang ada dan binalah kerjaya dengan kami.

MOHON SEKARANG

PELATIH GRADUAN
EKSEKUTIF PNB

Program Pelatih Graduan Eksekutif PNB (PNB GET) bertujuan untuk membantu graduan Malaysia yang menganggur (tempatan atau luar negara) untuk memajukan kerjaya mereka pada masa akan datang. Kami meningkatkan kebolehpasaran graduan dengan meningkatkan kemahiran, pengetahuan dan pengalaman yang berkaitan sepanjang proses latihan. Calon-calon yang berminat boleh mengemukakan permohonan melalui e-mel di pnbget@pnb.com.my

PROGRAM PELATIH
PRAKTIKAL PNB

Kami menawarkan peluang latihan kepada para graduan Malaysia yang dedikasi dan berbakat yang sedang melanjutkan pengajian diperingkat diploma atau ijazah di mana-mana universiti awam atau swasta yang bertauliah dalam bidang / disiplin yang relevan. Pelatih akan mendapat pengalaman bekerja yang sebenar dan mengendalikan tugasan dalam pelbagai bidang dengan minimum latihan selama 2 bulan. Calon-calon yang berminat boleh mengemukakan permohonan melalui e-mel di intern@pnb.com.my