UNIT AMANAH

 

PELABURAN HARTANAH NASIONAL BERHAD

Pelaburan Hartanah Nasional Berhad (PHNB), sebuah anak syarikat milik penuh PNB, telah ditubuhkan pada 21 November 1988 untuk mengurus amanah pelaburan hartanah atau real estate investment trust (REIT) sebagai alternatif kepada unit amanah tradisional yang berasaskan ekuiti yang diuruskan oleh ASNB.

PHNB adalah Pengurus kepada Amanah Harta Tanah PNB (AHP), REIT tidak tersenarai yang diselia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. PHNB juga merupakan pengurus aset bagi hartanah Kumpulan PNB yang terdiri daripada bangunan pejabat, pusat data, bangunan komersial dan runcit.

PHNB kini menguruskan lebih daripada 20 hartanah dengan ruang sewaan bersih melebihi 4 juta kaki persegi dengan jumlah nilai aset melebihi RM2 bilion.

Ketahui lebih lanjut dari laman web rasmi kami.

LAYARI PHNB

Amanah Harta Tanah PNB (AHP) adalah tabung amanah pelaburan hartanah yang disenaraikan di Papan Utama, Bursa Malaysia Securities Berhad.  Harga-harga unit AHP adalah tertakluk kepada kuasa pasaran.  Jumlah keseluruhan pulangan yang meliputi keuntungan modal dan pengagihan pendapatan, jika ada, dan harga unit, mungkin turun atau naik.  Sebelum melabur sila pertimbangkan yuran dan bayaran-bayaran yang dikenakan.  Prestasi masa lalu AHP bukanlah jaminan prestasi masa hadapan. Sila rujuk kepada penasihat profesional untuk maklumat lanjut.