PERMODALAN NASIONAL BERHAD (PNB) ditubuhkan pada 17 Mac 1978 sebagai instrumen Dasar Ekonomi Baru (DEB) negara. Sepanjang empat dekad yang lalu, PNB telah berkembang menjadi syarikat pengurusan dana yang terbesar di Malaysia. Mengekalkan fokus kepada mandat kami, kami berusaha memperkayakan kehidupan Bumiputera dan semua rakyat Malaysia demi kemakmuran negara.
Untuk menjadi sebuah Institusi Pelaburan Distinktif Bertaraf Dunia.
Untuk meningkatkan kekayaan ekonomi komuniti Bumiputera dan seluruh rakyat Malaysia, demi kemakmuran negara.
Kami sentiasa mengambil pendekatan berhemah dan tidak akan berkompromi sama sekali dalam perihal integriti, demi memenuhi amanah pemegang unit kami.
Kami berusaha untuk meningkatkan kebolehsesuaian dan mengamalkan cara bekerja yang lebih dinamik, seiring dengan persekitaran yang sentiasa berubah.
Kami memupuk budaya yang berpaksikan kerjasama, saling menghormati dan pemerkasaan demi mencapai aspirasi bersama.
Kami sentiasa berusaha untuk mencapai kecemerlangan melalui kecekapan tinggi dalam pelaksanaan mandat kami.