Mengenai Kami

 

Tinjauan Korporat



Pada 9 Januari 1978, Yayasan Pelaburan Bumiputra (YPB) ditubuhkan untuk menggalakkan pemilikan modal saham oleh masyarakat Bumiputera dalam sektor korporat Malaysia selaras dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Permodalan Nasional Berhad (PNB) merupakan salah satu syarikat pengurusan dana terbesar di Malaysia dengan aset di bawah pengurusan (AUM) sebanyak RM322.6 bilion (pada 31 Disember 2020). Portfolio PNB merangkumi pelaburan-pelaburan strategik di syarikat korporat terkemuka Malaysia, ekuiti global, pelaburan persendirian, hartanah dan pendapatan tetap.

Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) adalah syarikat pengurusan unit amanah PNB dengan 32 pejabat cawangan dan lebih 2,700 cawangan ejen seluruh negara. ASNB kini mengurus 16 dana unit amanah dengan 273.3 bilion unit dalam edaran (UIC) dan 14.7 juta akaun.

Bermula dengan pelancaran dana unit amanah pertamanya pada 1981, ASNB kini menguruskan 16 dana unit amanah yang terdiri daripada 6 dana berharga tetap dan 10 dana harga berubah.

UNIT AMANAH HARGA TETAP
UNIT AMANAH HARGA BERUBAH

Prospektus Induk ASNB bertarikh 1 Februari 2020, Prospektus Induk Tambahan Pertama bertarikh 20 Oktober 2021, Prospektus ASN Imbang (Mixed Asset Balanced) 3 Global bertarikh 16 September 2020, Prospektus Tambahan Pertama ASN Imbang (Mixed Asset Balanced) 3 Global bertarikh 20 Oktober 2021 dan Prospektus ASN Equity Global bertarikh 1 September 2021 (“Prospektus”), telah didaftarkan dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Sila baca dan fahami kandungan Prospektus tersebut bersama Halaman Serlahan Produk yang terdapat di laman sesawang (www.asnb.com.my) cawangan dan ejen ASNB. Unit akan diterbitkan setelah penerimaan borang pendaftaran yang merujuk dan mengiringi Prospektus tersebut. Sebelum melabur, sila pertimbangkan risiko pelaburan serta yuran dan caj yang dikenakan. Harga unit dan pengagihan pendapatan, jika ada, mungkin turun dan/atau naik. Prestasi tabung masa lalu bukan jaminan prestasi masa hadapan.