PERSEKITARAN BEBAS RASUAH

Kami komited dalam mengguna pakai piawaian tertinggi tingkah laku integriti dan etika disetiap aspek aktiviti dan operasi perniagaan kami. Kami menerapkan Persekitaran Perniagaan Bebas Rasuah daripada segala bentuk rasuah dan suapan, dan mengambil pendirian tegas terhadap perilaku tersebut.

Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan anak syarikat pengurusan unit amanah milik penuhnya, Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) baru-baru ini telah mencapai pensijilan ISO 37001:2016 Sistem Pengurusan Anti Rasuah (ABMS) daripada SIRIM QAS International Sdn Bhd (SIRIM QAS). Pengiktirafan ISO 37001:2016 ABMS ini memperkukuhkan lagi inisiatif Kumpulan PNB untuk mewujudkan persekitaran perniagaan bebas rasuah bertujuan meyakinkan pemegang unit dan pihak berkepentingan akan komitmennya menjalankan perniagaan mengikut tahap integriti, piawaian etika dan akauntabiliti tertinggi.

Berikutan pengiktirafan tersebut, pada 8 Februari 2022, satu majlis tertutup penyampaian sijil ISO 37001:2016 ABMS kepada PNB dan ASNB telah diadakan. Penyampaian sijil ini dilakukan oleh Pengurus Besar Kanan SIRIM QAS, Tuan Haji Mohd Hamim Imam Mustain, dengan disaksikan oleh Pengerusi Kumpulan PNB, YABhg. Tun Arifin Zakaria.

  • PEMBERIAN MAKLUMAT
  • PNB komited kepada piawaian tertinggi dalam mengamalkan sikap terbuka, kejujuran dan akauntabiliti. Selaras dengan komitmen tersebut, PNB mengalu-alukan sesiapa yang mempunyai maklumat terhadap sebarang salah perilaku dalam organisasi PNB untuk tampil dan menyuarakan keprihatinan mereka. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Nota Penting Polisi Pemberian Maklumat Kumpulan PNB.

    Borang Pemberian Maklumat

    CARA MELAPORKAN SEBARANG KETIDAKPATUHAN, PENIPUAN, RASUAH ATAU SOGOKAN
    Ketua Pematuhan & Integriti Kumpulan
    Bahagian Pematuhan & Integriti,
    Permodalan Nasional Berhad,
    Tingkat 26, Menara PNB,
    201-A, Jalan Tun Razak,
    50400 Kuala Lumpur
    CIgO@pnb.com.my
    603 - 2050 5294
    Pengerusi Jawatankuasa Pematuhan Lembaga Pengarah Kumpulan PNB
    Permodalan Nasional Berhad,
    Tingkat 4, Balai PNB,
    201-A, Jalan Tun Razak,
    50400 Kuala Lumpur
    BCC_Chairman@pnb.com.my
  • KOD ETIKA PERNIAGAAN (CoBE) KUMPULAN PNB
  • CoBE ini terpakai kepada Ahli Lembaga Pengarah, pengurusan, pekerja, pihak berkepentingan Kumpulan PNB serta rakan perniagaannya. Mereka hendaklah bertindak dan bekerja dengan jujur dan berintegriti pada setiap masa dan mematuhi CoBE ini. Untuk butiran terperinci mengenai CoBE ini, sila klik di sini.

  • PERNYATAAN POLISI PENCEGAHAN SOGOKAN DAN PENCEGAHAN RASUAH KUMPULAN PNB (Pernyataan Polisi ABC Kumpulan PNB)
  • Pernyataan Polisi ABC Kumpulan PNB ini menetapkan tanggungjawab Lembaga Pengarah, pengurusan kanan, pekerja, pihak berkepentingan Kumpulan PNB serta rakan perniagaannya berkenaan dengan memperhatikan dan menegakkan prinsip Persekitaran Perniagaan Bebas Sogokan/Rasuah, yang merupakan sebahagian daripada usaha pencegahan rasuah Kumpulan PNB. Ianya juga memberikan panduan dan sebilangan besar standard yang wajib dipatuhi oleh mereka, tanpa terkecuali. Untuk perincian mengenai Pernyataan Polisi ABC Kumpulan PNB, sila klik di sini.

  • PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI (OACP) KUMPULAN PNB 2022 - 2024
  • OACP Kumpulan PNB ini adalah dokumen pelan antirasuah bersepadu dan salah satu komitmen peringkat tertinggi oleh Kumpulan PNB dalam mencegah rasuah. Ia menggariskan potensi risiko berkaitan tadbir urus, integriti dan rasuah dalam Kumpulan PNB, dan akan menjadi rujukan dan panduan utama mengenai isu-isu berkaitan pencegahan rasuah, untuk diterima pakai dan dilaksanakan oleh pihak berkepentingan dalaman Kumpulan PNB. OACP ini memenuhi inisiatif No. 6.2.1 Pelan Antirasuah Negara 2019 - 2023 yang telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada 29 Januari 2019. Untuk perincian mengenai OACP Kumpulan PNB, sila klik di sini.