UNIT AMANAH

 

AMANAH SAHAM NASIONAL BERHAD

Syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) ini ditubuhkan pada 22 Mei 1979 untuk menguruskan semua tabung yang dilancarkan oleh PNB. Setelah lebih 40 tahun berada dalam industri, ASNB kini menguruskan 16 tabung unit amanah dengan 273.3 bilion unit dalam edaran (UIC) dan 14.7 juta akaun setakat 30 September 2021.

 

ASNB menawarkan tabung unit amanah harga tetap iaitu Amanah Saham Bumiputera (ASB), Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB 2), Amanah Saham Bumiputera 3 – Didik (ASB 3 Didik), Amanah Saham Malaysia (ASM), Amanah Saham Malaysia 2 – Wawasan (ASM 2 Wawasan) dan Amanah Saham Malaysia 3 (ASM 3) serta unit amanah harga berubah iaitu ASN, ASN Equity 2, ASN Equity 3, ASN Equity 5, ASN Equity Global, ASN Imbang 1, ASN Imbang 2, ASN Imbang 3 Global, ASN Sara 1 dan ASN Sara 2. Tabung-tabung ini berfungsi sebagai instrumen pelaburan untuk membantu rakyat Malaysia merancang keperluan kewangan masa hadapan mereka.

ASNB juga menyediakan rangkaian saluran yang meluas bagi memudahkan pelabur membuat transaksi pelaburan mereka. Kemudahan tersebut boleh didapati di 32 cawangan ASNB dan di lebih 2,700 cawangan ejen ASNB seluruh negara. Di samping itu, ASNB menyediakan kemudahan transaksi terpilih dalam talian melalui portal dan aplikasi mudah alih myASNB www.myasnb.com.my. Ejen-ejen ASNB juga turut menyediakan kemudahan pelaburan dalam talian melalui portal perbankan internet seperti Maybank2u, CIMB Clicks, RHB Now, Affinonline dan HLB Connect. Pelaburan tambahan juga boleh dibuat di semua mesin ATM Maybank dan CIMB Bank.



LAYARI ASNB

myASNB

myASNB adalah portal pelaburan yang disediakan oleh ASNB untuk kemudahan pemegang unit ASNB membuat transaksi secara atas talian yang dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan terkini. Portal myASNB juga disediakan dalam bentuk aplikasi mudah alih.

Perkhidmatan yang disediakan di portal myASNB:

  • Tambah pelaburan terus daripada akaun bank anda
  • Semak rekod urus niaga dan baki pelaburan terkini
  • Kemas kini maklumat peribadi
  • Mengurus akaun pelaburan Akaun Bijak/Remaja anak anda
  • Perkhidmatan pelaburan bulanan automatik melalui Auto Labur


LAYARI myASNB

Prospektus Induk ASNB bertarikh 1 Februari 2020, Prospektus Induk Tambahan Pertama bertarikh 20 Oktober 2021, Prospektus ASN Imbang (Mixed Asset Balanced) 3 Global bertarikh 16 September 2020, Prospektus Tambahan Pertama ASN Imbang (Mixed Asset Balanced) 3 Global bertarikh 20 Oktober 2021 dan Prospektus ASN Equity Global bertarikh 1 September 2021 (“Prospektus”), telah didaftarkan dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Sila baca dan fahami kandungan Prospektus tersebut bersama Halaman Serlahan Produk yang terdapat di laman sesawang (www.asnb.com.my) cawangan dan ejen ASNB. Unit akan diterbitkan setelah penerimaan borang pendaftaran yang merujuk dan mengiringi Prospektus tersebut. Sebelum melabur, sila pertimbangkan risiko pelaburan serta yuran dan caj yang dikenakan. Harga unit dan pengagihan pendapatan, jika ada, mungkin turun dan/atau naik. Prestasi tabung masa lalu bukan jaminan prestasi masa hadapan.