KOMUNITI

 

LITERASI KEWANGAN

Dalam perjalanan PNB selama lebih dari 40 tahun sebagai institusi pelaburan utama di negara ini, kami memberi keutamaan bukan sahaja untuk menyampaikan mandat kami bagi mencipta kekayaan untuk Bumiputera dan rakyat Malaysia keseluruhannya, tetapi juga untuk memastikan bahawa kami memberi impak positif kepada ekonomi dan kesejahteraan masyarakat.

Pendidikan kewangan untuk orang awam telah dan akan terus menjadi keutamaan kami kerana ia memperkenalkan masyarakat ke arah celik kewangan.

MINGGU SAHAM AMANAH MALAYSIA

Program Pendidikan Pelaburan Bersepadu utama PNB, Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM), mula diperkenalkan pada 20 April, 2000. Tarikh 20 April dipilih adalah berdasarkan tarikh pelancaran unit amanah pertama PNB iaitu Sekim Amanah Saham Nasional (ASN) pada 20 April 1981. Penganjuran MSAM bertujuan memberi peluang kepada orang ramai mengenali PNB dan syarikat-syarikat pelaburannya dengan lebih dekat lagi. Di samping itu ia turut mendidik masyarakat tentang pelaburan dan perancangan kewangan menerusi berbagai aktivi pameran dan program interasksi hibur didik di sepanjang MSAM. Sejak penganjuran pertamanya hingga tahun 2019, sebanyak 20 siri MSAM telah diadakan di seluruh negara, meliputi ibu negeri dan bandar-bandar utama, iaitu PWTC, Kuala Lumpur (2000), Kota Bharu, Kelantan (2001), Alor Setar, Kedah (2002), Stadium Merdeka, Kuala Lumpur (2003), Kepala Batas, Pulau Pinang (2004), Seremban, Negeri Sembilan (2005), Kuala Terengganu, Terengganu ( 2006), Kuantan, Pahang (2007), Ayer Keroh, Melaka (2008), Johor Bahru, Johor (2009), Kuching, Sarawak (2010) Ipoh, Perak (2011), Kota Kinabalu, Sabah ( 2012), Kangar, Perlis ( 2013), Tunjung, Kelantan (2014), Sibu, Sarawak (2015), Tapah, Perak ( 2016), Temerloh, Pehang (2017) Batu Pahat, Johor (2018) dan Sungai Petani, Kedah (2019).

MSAM telah berjaya menarik seramai 3.9 juta pengunjung dari pelbagai peringkat umur di seluruh negara. Penganjurannya yang berterusan telah melayakkannya menerima anugerah “Longest Running Unit Trust Exibition 14 years (2000-2014) pada tahun 2014 dari The Malaysia Book of Records dan ‘Asia Responsible Entrepreneurship Awards 2015 (Social Empowerment Category)’ dari Enterprise Asia.

PROGRAM LAIN

KELAB PELABURAN BIJAK PNB (KPBPNB)

KPBPNB ditubuhkan bertujuan untuk meningkatkan tahap celik kewangan dalam kalangan murid sekolah menengah. Sehingga kini, sebanyak 155 buah sekolah di seluruh negara telah dipilih menyertai Kelab Pelaburan Bijak PNB. Semua aktiviti fizikal untuk Kelab Pelaburan Bijak PNB adalah terbatas semasa PKP dan PKP Bersyarat. Walaupun begitu, ASNB berjaya menganjurkan Pertandingan Video Pelaburan. Kesemua 155 sekolah menengah yang merupakan anggota Kelab Pelaburan Bijak PNB menyertai pertandingan ini. KPBPNB bertujuan untuk mendedahkan para anggotanya kepada pengetahuan literasi kewangan dan memupuk tabiat menyimpan bermula pada usia yang lebih muda.

KUIZ PELABURAN PNB

Seminar Pelaburan ASNB merupakan satu inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) PNB untuk mendidik masyarakat umum tentang perancangan kewangan dan pelaburan dalam unit amanah ASNB, sebagai salah satu instrumen pelaburan dalam merancang kewangan.Pada tahun 2020, Kuiz Pelaburan PNB dianjurkan bersempena dengan Sambutan Hari Merdeka/Malaysia dan perasmian Minggu Saham Digital (MSD) PNB. Ekoran pandemik COVID-19 dan kawalan pergerakan di seluruh negara, semua pertandingan dilaksanakan menerusi format digital baharu.

SEMINAR PELABURAN 360

Seminar Pelaburan 360 ialah seminar harian yang dikendalikan oleh perancang kewangan yang diperakui oleh perancang kewangan yang diperakui. Objektifnya adalah untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan perancangan kewangan; menyediakan kaedah yang komprehensif kepada para peserta dalam menyusun haluan pelan kewangan bagi mencapai matlamat kewangan jangka pendek, sederhana dan jangka panjang mereka sama ada untuk persaraan, pendidikan anak-anak atau kebebasan kewangan. Seminar Pelaburan 360 Hari juga memperkenalkan dana unit amanah ASNB sebagai wahana pelaburan kompetitif yang boleh membentuk asas rancangan kewangan. Pada tahun 2020, sejumlah 75 seminar berjaya diadakan sehingga pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) pertama pada bulan Mac

SEMINAR PELABURAN 360 (SIRI_SIRI WEBINAR)

Apabila PKP dilaksanakan, kami menukar sesi fizikal Seminar Pelaburan 360 di seluruh negara menjadi sesi platform maya. Objektif Sesi Siaran Langsung Webinar Langsung dengan ASNB kekal sama dengan Seminar Pelaburan 360, dengan tumpuan khusus diberikan terhadap perancangan kewangan, pelaburan, hubungan risiko/pulangan, kesan pengkompaunan ke atas pulangan dalam jangka panjang dan topik-topik lain yang berkaitan.

FIESTA LABUR PNB

Fiesta Labur PNB merupakan acara tahunan anjuran ASNB, sebuah program hibur didik berteraskan pelaburan. Melalui Fiesta Labur, orang ramai mendapat pengetahuan mengenai pelaburan dan perancangan kewangan menerusi cara pembelajaran interaktif dan menyeronokkan. Acara ini menyediakan pelbagai aktiviti dan hiburan untuk seluruh anggota keluarga bertujuan mendidik dan mewujudkan kesedaran tentang kepentingan perancangan kewangan dalam kehidupan seharian mereka.