PENAFIAN



Terma Dan Syarat Akses

BERIKUT ADALAH TERMA DAN SYARAT UNTUK AKSES DAN PENGGUNAAN LAMAN WEB INI DAN/ATAU SEBARANG PLATFORM DIGITAL LAIN YANG DIMILIKI OLEH PERMODALAN NASIONAL BERHAD (PNB). JIKA ANDA TERUS MENGAKSES DAN MENGGUNA LAMAN WEB INI DAN/ATAU SEBARANG PLATFORM DIGITAL LAIN YANG DIMILIKI OLEH PNB, ANDA AKAN DIANGGAP MENERIMA TERMA DAN SYARAT BERIKUT.

Umum

PNB menyediakan laman web ini atas dasar "sedia ada" dan untuk informasi umum sahaja. Semua yang terkandung di dalam laman web ini bukan merupakan nasihat professional mahupun cadangan formal. Meskipun semua maklumat di dalam laman web ini telah disediakan atas niat baik, PNB tidak memberi jaminan bahawa laman web ini akan sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa. Sementara segala usaha telah diambil untuk memastikan ketepatan dan kesahihan segala isi kandungan laman web ini dan/atau sebarang platform digital lain yang dimiliki oleh PNB (termasuk tetapi tidak terhad kepada semua maklumat, data, representasi, pernyataan, hiperpautan dan dokumen yang terkandung), laman web ini disediakan seperti “sedia ada” dan pihak-pihak yang terlibat dalam pembikinan laman web ini dan/atau sebarang platform digital lain yang dimiliki oleh PNB tidak membuat sebarang waranti terhadap ketepatan ataupun kesesuaian kandungan laman web ini dan/atau sebarang platform digital lain yang dimiliki oleh PNB untuk sebarang tujuan, mahupun ketepatan ataupun kebolehpercayaan sumber isi kandungan laman web ini beserta sebarang platform digital lain yang dimiliki PNB (sama ada sumber tersebut disebutkan di sini ataupun tidak). PNB dan pihak-pihak yang terlibat dalam pembikinan laman web ini dan/atau sebarang platform digital lain yang dimiliki oleh PNB dengan jelas menafikan sebarang dan semua liabiliti yang bersangkutan dengan, ataupun yang terbit daripada, penggunaan isi kandungan laman web ini dan/atau sebarang platform digital lain yang dimiliki oleh PNB.

Laman web ini dan/atau sebarang platform digital lain yang dimiliki oleh PNB tidak boleh dilihat sebagai tawaran untuk menjual, atau jemputan atau permintaan untuk menawarkan penjualan sebarang produk atau perkhidmatan. PNB tidak membuat sebarang jenis representasi atau waranti tentang ketepatan laman web ini dan/atau sebarang platform digital lain yang dimiliki oleh PNB ataupun kandungannya, dan PNB menafikan sebarang jenis representasi atau waranti tersebut. Sementara usaha telah diambil untuk memastikan ketepatan maklumat, PNB tidak membuat sebarang jenis representasi atau waranti tentang ketepatan, kelengkapan atau kesesuaian maklumat dan/atau grafik yang yang diterbitkan di laman web ini dan/atau sebarang platform digital lain yang dimiliki oleh PNB untuk sebarang tujuan. Maklumat yang terkandung dalam laman web ini dan/atau sebarang platform digital lain yang dimiliki oleh PNB juga mungkin mengandungi kesilapan teknikal ataupun kesilapan tipografi.

Segala liabiliti yang mungkin ditanggung oleh PNB (samada yang terbit dari undang-undang kontrak atau tort) untuk sebarang kesilapan atau kesalahan adalah dengan jelas dinafikan sepenuhnya selagi dibenarkan oleh undang-undang. Produk atau perkhidmatan yang disebutkan dalam laman web ini dan/atau sebarang platform digital lain yang dimiliki oleh PNB adalah tertakluk kepada keperluan undang-undang dan kawal selia dalam bidang kuasa yang berkenaan sahaja dan mungkin tidak disediakan dalam bidang-bidang kuasa yang lain. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada penasihat anda atau wakil yang telah diberi kuasa oleh PNB.

Laluan ke Laman Web

Risiko penggunaan laman web ini dan/atau sebarang platform digital lain yang dimiliki oleh PNB adalah atas pengguna sepenuhnya. PNB telah dan akan mengambil usaha yang munasabah untuk menjadikan laman web ini dan/atau sebarang platform digital lain yang dimiliki oleh PNB serta kandungannya mudah didapati oleh pengguna. Walaubagaimanapun, PNB tidak membuat sebarang representasi atau waranti bahawa akses ke laman web ini dan/atau sebarang platform digital lain yang dimiliki oleh PNB akan sentiasa lancar, tiada gangguan dan bebas dari kesilapan. PNB berhak untuk menggunakan budi bicaranya untuk menghalang akses ke laman web ini dan/atau sebarang platform digital lain yang dimiliki oleh PNB tanpa notis terdahulu dan PNB berhak untuk menghalang atau menghentikan akses kepada mana-mana pengguna yang telah melanggar syarat-syarat penggunaan laman web ini dan/atau sebarang platform digital lain yang dimiliki oleh PNB.

Pautan Laman Web

Sesetengah pautan di dalam laman web ini dan/atau sebarang platform digital lain yang dimiliki oleh PNB akan membawa pengguna ke laman pihak ketiga (Laman Pihak Ketiga) yang bukan di bawah kawalan PNB. Penggunaan pautan ke Laman Pihak Ketiga adalah di atas risiko pengguna. Kandungan, ketepatan, pendapat dan pautan yang terdapat di mana-mana Laman Pihak Ketiga tidak disiasat, ditentusahkan, diawasi atau disokong oleh PNB. Pengguna perlu sedar bahawa Laman Pihak Ketiga dioperasi secara setempat. Walaubagaimanapun, kandungan dan penggunaan Laman Pihak Ketiga mungkin tertakluk kepada undang-undang dan peraturan-peraturan negara lain selain dari Malaysia dan tertakluk kepada syarat-syarat penggunaan ataupun polisi privasi Laman Pihak Ketiga tersebut. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pihak yang berkenaan seperti yang tertera di Laman Pihak Ketiga tersebut.

Hak cipta, Tanda Niaga

Semua kandungan dalam laman web ini dan/atau sebarang platform digital lain yang dimiliki oleh PNB, termasuk tetapi tidak terhad kepada teks, reka bentuk dan grafik adalah hakcipta terpelihara. Kebenaran diberi untuk membuat salinan elektronik dan salinan cetak hanya bagi tujuan penggunaan peribadi pengguna. Penggunaan bahan material dalam laman web ini dan/atau sebarang platform digital lain yang dimiliki oleh PNB  untuk sebarang tujuan lain (termasuk reproduksi untuk pihak yang selain daripada yang tersebut di atas dan sebarang pindaan, pengubahsuaian, pengedaran atau penerbitan semula) tanpa mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada pihak PNB adalah dilarang sama sekali.

PNB dan pihak-pihak lain memiliki tanda niaga dan logo yang dipamerkan di laman web ini dan/atau sebarang platform digital lain yang dimiliki oleh PNB dan pengguna dilarang menggunakan tanda niaga atau logo tersebut tanpa kebenaran bertulis terdahulu daripada PNB dan/atau pihak-pihak lain yang berkaitan.

Klik di sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Dasar Perlindungan Data Peribadi dan Notis Privasi PNB.