PELABURAN KAMI

 

PELABURAN HARTANAH

PNB memiliki salah satu portfolio hartanah domestik terbesar dengan pendedahan antarabangsa yang semakin meningkat, merangkumi keseluruhan rantaian nilai hartanah.

Merdeka 118 bakal menjadi sebuah mercu tanda ikonik yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia. Terletak di pusat bandar Kuala Lumpur yang kaya dengan sejarah perdagangan, ciri-ciri Merdeka 118 yang unik dan menarik melambangkan dengan baik rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Merdeka 118 diintegrasikan langsung dengan stesen baru MRT Merdeka yang menyediakan akses terus ke rangkaian LRT dan monorel. Akses langsung disediakan oleh jalinan jalan raya baru dan terowong melalui Jalan Maharajalela dan Lebuhraya Persekutuan. Sebuah presint yang menawarkan satu gabungan lokasi yang menghimpunkan ruang kerja, peruncitan, kediaman dan ruang awam. Lokasi unik ini diintegrasikan bagi menawarkan gabungan ideal antara perdaganagan dan budaya.

LAYARI MERDEKA 118

PELABURAN HARTANAH

Portfolio hartanah PNB yang diambil alih, dibangunkan dan distruktur semula.

Domestik


34

Pelaburan Hartanah

8.0 juta kaki persegi

Ruang Sewaan bersih


~400

Unit Aset Industri

Antarabangsa


4

Hartanah Antarabangsa

1.05 juta kaki persegi

Ruang Sewaan bersih


5

Pelaburan Dana
(saiz berjumlah RM1,657 juta)
Amerika Utara: 28%
Eropah: 36%
Asia Pasifik: 36%


Hospitaliti


7

Hotel & Tempat Penginapan

3

Padang Golf


  • Perdana Kuala Lumpur City Centre
  • Perdana Kota Bharu
  • Villea Port Dickson
  • Villea Morib
  • Villea Rompin Resort & Golf
  • Espira Kinrara
  • Espira Sri Petaling