PELABURAN KAMI

 

PELABURAN EKUITI AWAM

Sebagai institusi pelaburan utama di Malaysia, PNB mematuhi tahap tadbir urus yang tertinggi dan berusaha untuk melibatkan syarikat-syarikat pelaburan dan pemegang kepentingan utama dalam menjana penciptaan nilai jangka panjang yang mampan.

Syarikat-syarikat pelaburan di mana PNB dan dana-dana unit amanah di bawah pengurusannya memegang saham majoriti atau pegangan tunggal terbesar diklasifikasikan sebagai syarikat Strategik, sementara syarikat dengan kepentingan melebihi 10% atau bernilai lebih dari RM1 bilion diklasifikasikan sebagai syarikat Teras.

Sebagai antara pelabur institusi terbesar, PNB menjalankan tanggungjawab pengawasan untuk memastikan syarikat- syarikat pelaburannya mengamalkan tadbir urus korporat yang cekap untuk mencapai nilai pemegang saham jangka panjang yang mampan. PNB telah mengambil langkah-langkah untuk meningkatkan ketelusan yang membawa kepada peningkatan akauntabiliti, dan pada masa yang sama memastikan semua keputusan dibuat secara objektif, dan isu-isu berkaitan tadbir urus ditangani sewajarnya melalui Rangka Kerja Tadbir Urus PNB. Sila klik di sini untuk butiran terlanjut.

Antara Syarikat-Syarikat Teras