RANGKA KERJA TADBIR URUS
Rangka Kerja Tadbir Urus PNB diterbitkan untuk mengutarakan falsafah dan jangkaan tadbir urus pelaburan PNB kepada syarikat-syarikat pelaburannya, pelabur awam dan pasaran keseluruhannya. Rangka Kerja Tadbir Urus PNB ini melengkapkan Rangka Kerja Pelaburan Strategik sedia ada yang memastikan PNB memainkan peranannya sebagai pemegang saham aktif untuk menambah nilai dan menambahbaik prestasi syarikat-syarikat pelaburannya ke arah yang lebih baik.
MATRIKS PENINGKATAN
Matriks Peningkatan menjelaskan tahap-tahap pendekatan yang akan digunakan oleh PNB dengan syarikat-syarikat pelaburannya melalui beberapa peringkat.
POLISI DAN
GARIS PANDUAN
Selaku ahli Majlis Pelabur Institusi Malaysia (IIC), bersama dengan pelabur institusi yang lain, PNB menyokong agenda IIC dalam menggalakkan tanggungjawab pengawasan yang efektif dan amalan tadbir urus yang baik dan menjadi penandatangan Kod Pelabur Institusi Malaysia (MCII).
PNB menggunapakai prinsip tadbir urus korporat berikut dan garis panduan pengundian dalam memantau tata urus syarikat-syarikat pelaburannya yang turut berperanan sebagai garis panduan dalam melaksanakan hak mengundi pada mesyuarat agung.

Notis kepada Syarikat-syarikat Pelaburan PNB

Garis Panduan Pengundian PNB

Penyata Pematuhan MCII PNB