Commitment 1:
Net Zero 2050
Under Advancing Organisational Sustainability, we are committed to achieving Net Zero emissions across our operational boundary by 2050, covering emissions from our offices, buildings and day-to-day operations. This reflects our responsibility to manage and reduce the environmental impact of our own activities, while supporting our broader sustainability ambitions.
Our approach is guided by the principles of Reduce and Offset (R20). We prioritise reducing emissions through energy efficiency improvements, operational optimisation and the increased use of renewable energy. Residual emissions that are currently hard to abate will be addressed through the use of credible carbon credits, once final emissions data has been verified through our assurance process.
Reduce
Prioritise emissions reduction initiatives
Replace
Efficiency improvement leading to reduced GHG emissions
Offset
Purchase carbon offsets of remaining hard-to-abate GHG emissions
In 2025, our NZE 2025 (Scope 1 and 2) achievement reflects our proactive efforts to embed climate-focused strategies within our operations, anchored by our R2O approach. Beyond 2025, we aim to maintain our NZE status for Scope 1 and 2 emissions in support of our longer-term Net Zero 2050 ambition across all scopes.
We recognise that addressing Scope 3 emissions is essential to our Net Zero journey, particularly across business travel, employee commuting, sustainable procurement and zero waste. We are progressively strengthening our efforts across these areas to reduce indirect emissions within our value chain, in support of our Net Zero 2050 ambition.
We recognise the value of carbon offsetting in helping us address hard-to-abate emissions within our operations. We are exploring opportunities to invest in credible carbon projects as part of our broader decarbonisation strategy. These efforts complement our emissions reduction initiatives as we progress towards our Net Zero ambition.
Commitment 2:
Delivering on our social sustainability goals
At PNB, we recognise that creating long-term value goes hand in hand with supporting and empowering people. We are committed to fostering an inclusive environment within our organisation while ensuring that our services remain accessible and responsive to the diverse needs of our customers.
Minimum 40% Women In
Leadership Roles
PNB is committed to maintaining a minimum of 40% women in leadership roles. Having surpassed this target in 2025, we continue to strengthen our talent pipeline and leadership development efforts to sustain this momentum and support a more inclusive organisation.
Inclusive and Accessible Organization for Persons with Disabilities (PWD)
PNB is committed to fostering an inclusive and accessible environment for persons with disabilities, both within our organisation and across our services. We continue to enhance our practices to ensure accessibility, supporting greater participation, dignity and independence for all individuals.
Commitment 3:
Transparency, governance and active ownership
PNB continues to strengthen its approach to transparency and governance in line with evolving global standards and local regulatory expectations, including frameworks such as the NSRF and IFRS Sustainability Disclosure Standards. We are progressively enhancing our disclosures, governance frameworks and oversight practices to support greater clarity, consistency and accountability.
For more information on our sustainability governance, please refer to PNB’s Integrated Annual Report 2025
Commitment 4:
Cultivate sustainability in talent and culture
While policies and technologies play an important role, it is culture that ultimately shapes how people think, behave and make decisions. Culture influences our daily habits, our relationship with the environment and our sense of responsibility towards future generations.
By embedding sustainability into the cultural fabric of our workplace and communities, we move beyond short-term initiatives and drive a lasting shift in mindset, supporting more responsible and sustainable behaviours over time.
Commitment 1:
Net Zero 2050
Reduce
Prioritise emissions reduction initiatives
Replace
Efficiency improvement leading to reduced GHG emissions
Offset
Purchase carbon offsets of remaining hard-to-abate GHG emissions
In 2025, our NZE 2025 (Scope 1 and 2) achievement reflects our proactive efforts to embed climate-focused strategies within our operations, anchored by our R2O approach. Beyond 2025, we aim to maintain our NZE status for Scope 1 and 2 emissions in support of our longer-term Net Zero 2050 ambition across all scopes.
We recognise that addressing Scope 3 emissions is essential to our Net Zero journey, particularly across business travel, employee commuting, sustainable procurement and zero waste. We are progressively strengthening our efforts across these areas to reduce indirect emissions within our value chain, in support of our Net Zero 2050 ambition.
We recognise the value of carbon offsetting in helping us address hard-to-abate emissions within our operations. We are exploring opportunities to invest in credible carbon projects as part of our broader decarbonisation strategy. These efforts complement our emissions reduction initiatives as we progress towards our Net Zero ambition.
Commitment 2:
Delivering on our social sustainability goals
Minimum 40% Women In
Leadership Roles
PNB is committed to maintaining a minimum of 40% women in leadership roles. Having surpassed this target in 2025, we continue to strengthen our talent pipeline and leadership development efforts to sustain this momentum and support a more inclusive organisation.
Inclusive and Accessible Organization for Persons with Disabilities (PWD)
PNB is committed to fostering an inclusive and accessible environment for persons with disabilities, both within our organisation and across our services. We continue to enhance our practices to ensure accessibility, supporting greater participation, dignity and independence for all individuals.
Commitment 3:
Transparency, governance and active ownership
Commitment 4:
Cultivate sustainability in talent and culture
Teras
OS 1.
Mengekalkan Perusahaan Sifar Bersih Skop 1 & 2 bermula 2025.
OS 2.
Sifar Bersih Skop 3 (Kat. 1-14) menjelang 2050
i. Pengurangan pelepasan sebanyak 20% bagi perjalanan perniagaan dan ulang-alik pekerja menjelang 2030.
ii. Pengurangan pelepasan sebanyak 50% menjelang 2040 melalui:
OS 3.
Pelaburan dalam Projek Karbon.
OS 4.
Minimum 40% wanita dalam jawatan kepimpinan.
OS 5.
Organisasi inklusif dan mesra akses untuk Orang Kelainan Upaya (OKU).
RS 1.
Memastikan 70% pelepasan portfolio termasuk dalam sasaran Sifar Bersih yang berwibawa menjelang 2030.
RS 2.
RM15 bilion ke dalam aset Hijau dan Peralihan menjelang 2030.
RS 3.
Mengurangkan intensiti pelepasan portfolio sebanyak 35% menjelang 2030 berbanding garis dasar TK2022.
RS 4.
Menghentikan secara berperingkat pelaburan langsung dalam arang batu di pasaran maju menjelang 2030 dan pasaran membangun menjelang 2040.
RS 5.
100% aset infrastruktur berkeutamaan langsung akan melaksanakan strategi penyesuaian iklim menjelang 2030.
RS 6.
100% syarikat keutamaan yang mempunyai pendedahan yang tinggi terhadap risiko berkaitan alam semula jadi akan mematuhi Dasar Alam Semula Jadi dan Biodiversiti PNB menjelang 2030.
RS 7.
100% syarikat keutamaan adalah sejajar dengan Dasar Insan PNB dan Dasar Gaji Kehidupan Wajar menjelang 2030.
NB 1.
Menyumbang RM500 juta kepada aktiviti pelaburan sosial berimpak dari 2026 hingga 2030 berpandukan Rangka Kerja Pelaburan Sosial.
NB 2.
Mencapai 60,000 jam kesukarelawanan bagi mewujudkan impak bermakna kepada komuniti menjelang 2030.
NB 3.
Meneroka penjajaran SRI bagi dana sedia ada dan dana masa hadapan.
NB 4.
Meningkatkan literasi kewangan untuk semua rakyat Malaysia.
Teras
OS 1.
Mengekalkan Perusahaan Sifar Bersih Skop 1 & 2 bermula 2025.
OS 2.
Sifar Bersih Skop 3 (Kat. 1-14) menjelang 2050
i. Pengurangan pelepasan sebanyak 20% bagi perjalanan perniagaan dan ulang-alik pekerja menjelang 2030.
ii. Pengurangan pelepasan sebanyak 50% menjelang 2040 melalui:
OS 3.
Pelaburan dalam Projek Karbon.
OS 4.
Minimum 40% Wanita dalam Jawatan Kepimpinan.
OS 5.
Organisasi Inklusif dan Mesra Akses untuk Orang Kelainan Upaya (OKU).
RS 1.
Memastikan 70% pelepasan portfolio termasuk dalam sasaran Sifar Bersih yang berwibawa menjelang 2030.
RS 2.
RM15 bilion ke dalam aset Hijau dan Peralihan menjelang 2030.
RS 3.
Mengurangkan intensiti pelepasan portfolio sebanyak 35% menjelang 2030 berbanding garis dasar TK2022.
RS 4.
Menghentikan secara berperingkat pelaburan langsung dalam arang batu di pasaran maju menjelang 2030 dan pasaran membangun menjelang 2040.
RS 5.
100% aset infrastruktur berkeutamaan langsung akan melaksanakan strategi penyesuaian iklim menjelang 2030.
RS 6.
100% syarikat keutamaan yang mempunyai pendedahan yang tinggi terhadap risiko berkaitan alam semula jadi akan mematuhi Dasar Alam Semula Jadi dan Biodiversiti PNB menjelang 2030.
RS 7.
100% syarikat keutamaan adalah sejajar dengan Dasar Insan PNB dan Dasar Gaji Kehidupan Wajar menjelang 2030.
NB 1.
Menyumbang RM500 juta kepada aktiviti pelaburan sosial berimpak dari 2026 hingga 2030 berpandukan Rangka Kerja Pelaburan Sosial.
NB 2.
Mencapai 60,000 jam kesukarelawanan bagi mewujudkan impak bermakna kepada komuniti menjelang 2030.
NB 3.
Meneroka penjajaran SRI bagi dana sedia ada dan dana masa hadapan
NB 4.
Meningkatkan literasi kewangan untuk semua rakyat Malaysia.
Dasar Kemampanan PNB, yang diperakui oleh Lembaga Pengarah, menetapkan suatu rangka kerja menyeluruh untuk mengintegrasikan pertimbangan ESG di seluruh operasi dan aktiviti pelaburan organisasi. Berpandukan 10 Komitmen ESG, dasar ini menghuraikan struktur tadbir urus, prinsip kepengurusan, serta sasaran utama, termasuk sasaran mencapai NZE menjelang 2025 dan NZP menjelang 2050. Ia mencerminkan komitmen PNB terhadap kepimpinan yang bertanggungjawab dan tindakan kolaboratif, dan ia selaras dengan rangka kerja global seperti PRI dan TCFD. Dasar ini disemak dari semasa ke semasa bagi menyokong pelaksanaan yang berkesan dan penambahbaikan berterusan.
Diperkenalkan pada 2023, Rangka Kerja Gaji Kehidupan Wajar PNB bertujuan memastikan pekerja menerima imbuhan yang mencukupi untuk menyokong keperluan asas hidup. Penanda aras yang digunakan ialah Gaji Kehidupan Wajar kebangsaan, dan hal ini membantu memastikan keadilan dan ketelusan di samping mengukuhkan komitmen PNB untuk memupuk kesaksamaan sosial serta membiasakan amalan Gaji Kehidupan Wajar.
Rangka Kerja Pelaburan Sosial diperkenalkan bagi membimbing usaha CSR PNB dan ia menyediakan pendekatan tersusun untuk menghasilkan impak sosial yang mampan. Dengan empat teras utama – Pendidikan, Kesihatan, Pembangunan Komuniti dan Alam Sekitar – fokus rangka kerja ini adalah terhadap memenuhi keperluan komuniti sambil menyokong pembangunan sosioekonomi Malaysia. Melalui Rangka Kerja Pelaburan Sosial, PNB melaksanakan inisiatif seperti biasiswa, program literasi kewangan, bantuan penjagaan kesihatan, program keusahawanan dan penempatan pekerjaan, serta usaha pemuliharaan alam sekitar. Rangka kerja ini juga menggalakkan perkongsian strategik dan penyertaan warga kerja PNB bagi meningkatkan keberkesanan serta jangkauan inisiatif pelaburan sosial PNB.
Pada Mac 2025, PNB telah memperkenalkan Rangka Kerja Kesukarelawan Pekerja bagi menyokong pelaksanaan Rangka Kerja Pelaburan Sosial dengan menggalakkan pekerja untuk menyumbang masa dan kemahiran mereka kepada inisiatif komuniti yang selaras dengan empat tunjangnya. Rangka kerja ini menetapkan garis panduan penyertaan yang jelas, menyediakan laluan bagi inisiatif yang diterajui pekerja serta menyediakan mekanisme untuk menjejak penyertaan dan tempoh kerja sukarela. Melalui inisiatif ini, PNB berhasrat untuk memupuk budaya kesukarelawanan yang lebih kukuh sambil berusaha mencapai sasaran awal sebanyak 10,000 jam kerja sukarela pada tahun 2025, meningkatkan penglibatan pekerja dan meluaskan impak sosial keseluruhan organisasi.
Garis Panduan Pengundian PNB menggariskan prinsip bagi membimbing pelaksanaan hak mengundi dalam syarikat pelaburan di Malaysia, yang mencerminkan peranan PNB sebagai pelabur institusi yang bertanggungjawab serta pemegang amanah buat pemegang unitnya.
Dasar Tindakan Iklim PNB menggariskan jangkaan organisasi terhadap mitigasi dan adaptasi iklim, serta Rangka Kerja Penilaian Sifar Bersih milik PNB. Selaras dengan rangka kerja dan piawaian global, dasar ini menyediakan panduan kepada syarikat pelaburan untuk memperkukuh tadbir urus iklim, mengurus risiko serta peluang berkaitan iklim, memajukan usaha penyahkarbonan, di samping membina daya tahan jangka panjang bagi menyokong penciptaan nilai mampan.
Dasar Hak Buruh PNB menetapkan jangkaan organisasi terhadap amalan perburuhan yang adil, termasuk gaji yang saksama, persekitaran kerja yang selamat serta tempat kerja yang bersifat inklusif. Selaras dengan piawaian antarabangsa, dasar ini menyediakan panduan kepada syarikat pelaburan untuk mengamalkan amalan buruh yang bertanggungjawab yang boleh menyumbang kepada penciptaan nilai mampan dan mengukuhkan komitmen PNB terhadap tanggungjawab sosialnya.
Dasar Alam Semula Jadi dan Biodiversiti PNB mencerminkan komitmen organisasi ini untuk melindungi ekosistem semula jadi serta mengintegrasikan amalan alam sekitar yang mampan di seluruh operasi dan pelaburannya. Dasar ini memberi tumpuan kepada usaha menangani risiko berkaitan alam semula jadi, termasuk penebangan hutan dan pencemaran, di samping menggalakkan pemuliharaan biodiversiti bagi meningkatkan daya tahan alam sekitar untuk jangka panjang.
PNB merupakan penandatangan dan peserta aktif dalam pelbagai inisiatif kemampanan global yang terkemuka, sekali gus memperkukuh komitmen kami terhadap pelaburan bertanggungjawab, tindakan iklim dan penciptaan nilai jangka panjang. Melalui kerjasama ini, kami menyelaraskan amalan kami dengan prinsip-prinsip yang diiktiraf di peringkat antarabangsa serta menyumbang kepada kemajuan kewangan mampan.
UN Global Compact merupakan inisiatif global yang menggalakkan syarikat menyelaraskan operasi dan strategi mereka dengan sepuluh prinsip sejagat yang merangkumi hak asasi manusia, buruh, alam sekitar dan antirasuah. Sebagai peserta, kami komited untuk menerapkan prinsip-prinsip ini dalam amalan perniagaan kami serta menyokong pencapaian matlamat pembangunan mampan yang lebih luas.
PRI merupakan rangkaian global pelabur yang komited untuk mengintegrasikan pertimbangan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dalam proses membuat keputusan pelaburan. Sebagai penandatangan PRI, kami menggabungkan pertimbangan ESG dalam proses pelaburan dan amalan pemilikan kami selaras dengan prinsip pelaburan bertanggungjawab yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.
PCAF merupakan inisiatif global yang membolehkan institusi kewangan mengukur dan mendedahkan pelepasan gas rumah hijau yang berkaitan dengan aktiviti pembiayaan dan pelaburan mereka. Melalui PCAF, kami memperkukuh pendekatan kami dalam mengukur pelepasan yang dibiayai, sekali gus meningkatkan ketelusan serta menyokong penjajaran dengan matlamat berkaitan iklim.
AIGCC ialah rangkaian pelabur bukan berasaskan keuntungan yang menghimpunkan pemilik aset dan pengurus aset untuk menangani risiko serta peluang yang berkaitan dengan perubahan iklim. Ia menyediakan platform kolaboratif bagi para pelabur untuk berkongsi amalan terbaik, memperkukuh keupayaan dan menyokong dasar-dasar yang membantu peralihan kepada ekonomi rendah karbon serta berdaya tahan iklim di seluruh Asia.
ICGN ialah sebuah organisasi global yang diterajui oleh pelabur, yang mempromosikan piawaian tinggi tadbir urus korporat dan pengurusan pelabur di seluruh dunia. Melalui advokasi dasar, penyelidikan dan kerjasama, ia bertujuan meningkatkan akauntabiliti, ketelusan serta penciptaan nilai jangka panjang, sekali gus menyumbang kepada pasaran modal yang lebih cekap dan mampan.
IICM ialah sebuah badan industri Malaysia yang mewakili kepentingan kolektif pelabur institusi untuk memperkukuh amalan tadbir urus korporat dan pengurusan. Ia menyediakan platform untuk kolaborasi, perkongsian ilmu serta penglibatan dasar bagi menyokong pembangunan pasaran modal yang kukuh dan berdaya tahan di Malaysia.
Di PNB, kami mengamalkan pendekatan yang berstruktur dan progresif terhadap penyataan kemampanan, berpandukan rangka kerja global yang terkemuka serta perkembangan kawal selia tempatan. Penyataan kami direka bentuk untuk menyediakan maklumat yang jelas, konsisten dan bermakna bagi menyokong pembuatan keputusan berhubung prestasi alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) kami.
Kami terus mempertingkatkan amalan pelaporan dengan memperkukuh kualiti data, memperkemas proses tadbir urus serta memperluas jaminan bebas, bagi memastikan pendedahan kami kekal berwibawa, telus dan selaras dengan jangkaan pihak berkepentingan.
Penyataan kemampanan kami berpandukan:
Rangka Kerja IR menetapkan prinsip bagi menyampaikan bagaimana strategi, tadbir urus, prestasi dan hala tuju kami menyumbang kepada penciptaan nilai dari semasa ke semasa. Ia menggalakkan pemikiran bersepadu dengan menghubungkan maklumat kewangan dan bukan kewangan merentasi pelbagai modal, sekali gus membolehkan pandangan yang lebih menyeluruh terhadap nilai jangka panjang kami.
GRI menyediakan piawaian yang diiktiraf di peringkat global bagi impak pelaporan ekonomi, alam sekitar dan sosial kami. Piawaian ini membolehkan kami mendedahkan perkara-perkara kemampanan yang paling matan secara telus dan konsisten, sekali gus membantu pihak berkepentingan memahami bagaimana aktiviti kami memberi kesan kepada ekonomi, alam sekitar dan masyarakat secara lebih meluas.
Piawaian Pendedahan Kemampanan (IFRS) menetapkan asas global bagi pelaporan maklumat berkaitan kemampanan dan iklim. Piawaian ini memberi tumpuan kepada pendedahan risiko dan peluang utama yang boleh mempengaruhi prestasi kewangan serta penciptaan nilai jangka panjang kami, di samping menyediakan maklumat yang konsisten, boleh dibandingkan dan berguna untuk membuat keputusan oleh para pelabur.
Susulan pelancaran Rangka Kerja Pelaporan Kemampanan Kebangsaan (NSRF) Malaysia pada tahun 2024, pelaporan kemampanan di Malaysia kini diselaraskan dengan IFRS yang dikeluarkan oleh Lembaga Piawaian Kemampanan Antarabangsa (ISSB).
Rangka Kerja Pelaburan Sosial
Sebagai sebuah institusi nasional, strategi kami menangani kedua-dua pembangunan negara dengan perkaitan yang tinggi kepada PNB sambil juga menangani keperluan masyarakat dalam operasi kami.
Pendidikan
Membina bakat untuk negara dan membangunkan bakat PNB untuk melaksanakan mandat kami
Kesihatan
Menyokong kemudahan kesihatan, pendidikan dan penjagaan kesihatan pencegahan untuk Malaysia yang lebih sihat
Pembangunan Masyarakat
Mewujudkan peluang untuk mobiliti sosial dan kemerdekaan ekonomi
Persekitaran
Pemuliharaan dan perlindungan ekosistem yang rapuh
Disokong oleh
Celik Kewangan
Membenamkan modul Celik Kewangan dalam program SIF yang dijalankan dalam komuniti
Kesukarelawanan Dalaman
Menanamkan semangat kesukarelawanan dalam diri Warga PNB dalam menyokong program SIF
Menitikberatkan tadbir urus korporat yang baik, ketelusan dan pelaburan yang bertanggungjawab, selaras dengan amalan industri dan Garis Panduan Pengundian PNB.
Menganalisa, mengesyorkan dan memaparkan keputusan pengundian proksi sempena mesyuarat-mesyuarat agung syarikat pelaburannya, selaras dengan Garis Panduan Pengundian PNB.
Menerajui aktivisme pemegang saham melalui pelabur institusi lain dan syarikat pelaburan terpilih melalui Majlis Pelabur Institusi. Kerjasama dengan pihak berkepentingan utama lain untuk mendorong polisi/aturan, nilai pemegang saham, dan libat sama yang lebih baik dalam bidang tadbir urus korporat.
Sebagai salah satu pelabur institusi terbesar di Malaysia, PNB melaksanakan tanggungjawab tadbir urusnya dalam memastikan syarikat-syarikat pelaburannya mengamalkan tadbir urus korporat yang baik bagi menyampaikan nilai pemegang saham jangka panjang. Sehubungan itu, PNB telah memperkenalkan dasar dan rangka kerja berikut.
Rangka Kerja Tadbir Urus PNB diterbitkan untuk mengutarakan falsafah dan jangkaan tadbir urus pelaburan PNB kepada syarikat-syarikat pelaburannya, pelabur awam dan pasaran keseluruhannya. Rangka Kerja Tadbir Urus PNB ini melengkapkan Rangka Kerja Pelaburan Strategik sedia ada yang memastikan PNB memainkan peranannya sebagai pemegang saham aktif untuk menambah nilai dan menambahbaik prestasi syarikat-syarikat pelaburannya ke arah yang lebih baik.
Polisi Dan Garis Panduan
Selaku ahli Majlis Pelabur Institusi Malaysia (IIC), bersama dengan pelabur institusi yang lain, PNB menyokong agenda IIC dalam menggalakkan tanggungjawab pengawasan yang efektif dan amalan tadbir urus yang baik dan menjadi penandatangan Kod Pelabur Institusi Malaysia (MCII).
PNB menggunapakai prinsip tadbir urus korporat berikut dan garis panduan pengundian dalam memantau tata urus syarikat-syarikat pelaburannya yang turut berperanan sebagai garis panduan dalam melaksanakan hak mengundi pada mesyuarat agung.
Pengundian Proksi
Proksi Untuk Perubahan
Mesyuarat Agung berfungsi sebagai landasan bagi pemegang saham menyuarakan pendapat dan melunaskan hak mengundi mereka. Bagi tujuan tersebut, PNB dan Dana Unit Amanah di bawah pengurusannya adalah berpandukan kepada Garis Panduan Pengundian dan Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia. Sebagai institusi yang menitikberatkan ketelusan, PNB komited dalam mendedahkan keputusan pengundiannya yang terdahulu dan akan datang di Mesyuarat Agung syarikat-syarikat pelaburannya.
| Jenis Kategori Cadangan | Menyokong | Menentang | Berkecuali |
|---|---|---|---|
| Jumlah | 1683 | 164 | 24 |
| Audit/Kewangan | 266 | 1 | 0 |
| Lembaga Berkaitan | 878 | 45 | 19 |
| Pengurusan Modal | 137 | 77 | 4 |
| Perubahan kepada Status Syarikat | 72 | 5 | 1 |
| Pampasan | 289 | 18 | 0 |
| M&A | 22 | 0 | 0 |
| Mesyuarat Pentadbiran | 3 | 1 | 0 |
| Lain-lain | 8 | 2 | 0 |
| SHP: Compensation | 1 | 1 | 0 |
| SHP: Environment | 0 | 4 | 0 |
| SHP: Governance | 5 | 1 | 0 |
| SHP: Misc | 1 | 0 | 0 |
| SHP: Social | 1 | 9 | 0 |
| Negara Asal | Mesyuarat Tahunan Pemegang Saham |
Mesyuarat Istimewa |
|---|---|---|
| China | 5 | 11 |
| Hong Kong | 12 | 3 |
| Indonesia | 1 | 2 |
| Jepun | 19 | 0 |
| Republik Korea | 17 | 2 |
| Malaysia | 876 | 170 |
| Taiwan | 3 | 0 |
| United Kingdom | 3 | 0 |
| Amerika Syarikat | 26 | 0 |
| Cayman Islands | 2 | 0 |
| Australia | 1 | 0 |
| Jerman | 2 | 0 |
| Jumlah | 944 | 188 |
Papan pemuka ini dikemas kini kali terakhir pada 12 Januari 2026