Mengenai Kami

Tentang Kami

Dari tunas kesederhanaan

Ditubuhkan pada 17 Mac 1978 sebagai sebahagian daripada Dasar Ekonomi Baru Malaysia, pertumbuhan Permodalan Nasional Berhad (PNB) berakar umbi jauh ke sejarah pembangunan negara. Dalam lebih 40 tahun sejak penubuhannya, PNB telah berkembang menjadi antara syarikat pengurusan pelaburan yang terbesar di Malaysia yang terus berdedikasi untuk memperkaya kehidupan komuniti Bumiputera serta seluruh rakyat Malaysia demi kemakmuran negara.

Mandat Kami

Untuk meningkatkan kekayaan ekonomi masyarakat Bumiputera dan seluruh rakyat Malaysia, demi kemakmuran negara.

Matlamat Kami

Mengukuh kedudukan kewangan rakyat, merentas generasi.

Manifesto Kami

Di PNB, kami wujud untuk mengukuh kedudukan kewangan rakyat, merentas generasi. Kami menghubungkan harapan mereka pada hari ini, demi merealisasikan impian mereka untuk hari esok.

Kamilah yang menyatukan setiap rakyat Malaysia, membimbing dalam perjalanan kita bersama menuju masa depan kewangan, kekayaan dan kebijaksanaan yang lebih sejahtera.

lamp

Menegakkan Prinsip dan Nilai

B.R.A.V.E

Kami berusaha memberi yang terbaik melangkaui aras tertinggi.

Kami mengambil akauntabiliti dan melakukan apa yang kami janjikan.

Dalam dunia yang berubah pantas, kami mara penuh cergas.

Pandangan jauh dan kepakaran kami, menginspirasi masa depan yang lebih gemilang.

Kami bekerjasama dan menyokong satu sama lain bagi mencapai tujuan yang sama.

Tinjauan Korporat

Yayasan Pelaburan Bumiputra (YPB) ditubuhkan pada 9 Januari 1978 oleh Perdana Menteri kedua Malaysia, Tun Haji Abdul Razak bin Dato' Hussein, untuk menggalakkan komuniti Bumiputera untuk memiliki modal saham, membasmi kemiskinan, dan memisahkan mengubah pengenalan bangsa dari melalui fungsi ekonomik.

PNB diasaskan pada 17 Mac 1978 sebagai instrumen Dasar Ekonomi Baru (DEB). Dengan aset di bawah pengurusan (AUM) kini melebihi RM300 bilion pada tahun 2022, PNB menguruskan pelaburan dari syarikat terkemuka, ekuiti global, pasaran persendirian, hartanah, dan pelaburan pendapatan tetap.

Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) seterusnya ditubuhkan pada 22 Mei 1979 untuk menguruskan dana PNB. Dengan kepakaran yang dikumpul sepanjang 40 selama lebih 4 dekad 45 tahun beroperasi, ASNB kini menguruskan sebanyak 18 unit amanah dengan lebih daripada 280 bilion unit dalam peredaran (UIC) sehingga 31 Disember 2022.

Baca Selanjutnya