Tadbir Urus Korporat

Pengurusan
Risiko

Menangani risiko dengan Model Tiga Barisan Pertahanan

Tadbir Urus Korporat

Lembaga Pengarah mengekalkan keberkesanan sistem pengurusan risiko dan kawalan dalaman untuk melindungi kepentingan PNB serta pemegang-pemegang unitnya. PNB menggunakan Model Tiga Barisan Pertahanan dengan struktur tadbir urus yang formal dan efektif. Struktur tersebut menggalakkan pandangan seragam terhadap risiko di PNB dengan memastikan pelaksanaan amalan pengurusan risiko yang konsisten dan efektif di seluruh organisasi dengan penglibatan Lembaga Pengarah serta Pengurusan Kanan.

Elemen Risiko Asas

PNB melaksanakan pendekatan pemantauan dan pelaporan pengurusan risiko yang berstruktur dan konsisten di peringkat perusahaan berpandukan Rangka kerja Pengurusan Risiko Perusahaan (ERM) PNB.

Kebebasan fungsi pengurusan risiko dan penjajaran rapatnya kepada perniagaan memastikan pengawasan risiko yang konsisten dan efektif melalui elemen risiko asas berikut:

Pelaporan Risiko dan Laluan Pengemukaan

Pendekatan berstruktur dan konsisten untuk memantau dan melapor risiko untuk membolehkan pengawasan risiko untuk memahami, mencabar, dan akhirnya, membuat keputusan.

Budaya Risiko

Elemen teras struktur pengurusan risiko yang efektif dalam meneguhkan tadbir urus risiko dan pelaksanaan amalan risiko ke dalam operasi harian.

Proses dan Amalan Pengurusan Risiko

Proses pengurusan risiko yang holistik digunakan untuk mengenal pasti, menganalisis, memantau, dan mengurus risiko dengan strategi mitigasi yang bersesuaian.

Tadbir Urus dan Pengawasan Risiko

Akauntabiliti yang jelas dan struktur tadbir urus yang kukuh dengan garisan tanggungjawab yang telus.

Ketahanan dan Kesediaan

Membentuk ketahanan organisasi dan kebolehan untuk menangani landskap risiko yang tidak menentu.

Selera Risiko

Had sensitiviti risiko yang menyelusuri ke aras perniagaan dan jenis risiko yang PNB sanggup menerima ke arah objektif perniagaannya.

Pelaporan Risiko dan Laluan Pengemukaan

Budaya Risiko

Proses dan Amalan Pengurusan Risiko

Tadbir Urus dan Pengawasan Risiko

Ketahanan dan Kesediaan

Selera Risiko

Pelaporan Risiko dan Laluan Pengemukaan

Budaya Risiko

Proses dan Amalan Pengurusan Risiko

Tadbir Urus dan Pengawasan Risiko

Ketahanan dan Kesediaan

Selera Risiko