Pusat Media

Laporan Tahunan

Transform | Innovate | Sustain

Laporan Bersepadu (IR) 2025

Permodalan Nasional Berhad (PNB) membentangkan Laporan Bersepadu 2025, seiring dengan Pelan Strategik LEAP-6 (2025–2027) yang memberi tumpuan kepada pengukuhan pertumbuhan, pemerkasaan kemampanan dan pemacuan inovasi digital. Melalui integrasi ESG, aspirasi Sifar Bersih (Net Zero), serta inisiatif seperti GEAR-uP dan 10 Juara Bumiputera, kami kekal komited dalam memacu pertumbuhan inklusif dan penciptaan nilai jangka panjang untuk Malaysia.

Diilhamkan oleh PNB Batik Kita, karya seni pada muka hadapan menggabungkan Merdeka 118 dengan motif tradisional wau bulan dan daun sirih, melambangkan hubungan antara warisan, inovasi dan kemajuan. Ia mencerminkan bagaimana PNB menganyam pertumbuhan, kemampanan dan legasi budaya dalam satu naratif yang menyeluruh.

Menunaikan Mandat, Bukan Sekadar Pulangan
YM Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad Raja Tun Uda
Group Chairman of PNB
Pihak Berkepentingan yang Dihormati,
Bagi tahun yang penuh dengan ketidakpastian dan pergolakan, saya dengan sukacitanya ingin mengumumkan bahawa PNB telah menunjukkan prestasi yang berdaya tahan dan berjaya mengekalkan pulangan yang kukuh buat para pemegang unit kami. Pencapaian ini selaras dengan mandat kami untuk meningkatkan kekayaan ekonomi komuniti Bumiputera dan semua rakyat Malaysia demi kemakmuran negara.

Pada masa yang sama, usaha berterusan kami untuk menerapkan pendidikan kewangan di peringkat akar umbi, menyokong pertumbuhan Korporat Malaysia, serta melabur dalam kemajuan sosioekonomi di peringkat komuniti akan mewujudkan keadaan yang sesuai bagi memperkasa dan mengembangkan impak usaha kami ini merentas masa dan generasi.
Sorotan Kewangan

Aset di Bawah Pengurusan

RM365.3
bilion
(2024: RM348.3 bilion)

Unit Dalam Edaran

294.8
bilion
(2024: 281.7 bilion)

Pendapatan Bersih

RM16,171
juta
(2024: RM16,973 juta)

Pengagihan Pendapatan Kumulatif

RM279.0
bilion
(2024: RM263.7 bilion)

Pembayaran Agihan Pendapatan Tahunan

RM15.3
bilion
(2024: RM14.5 bilion)
Sorotan Kemampanan
Mencapai Perusahaan Sifar Bersih bagi Skop 1 dan 2.
Mencapai pengurangan sebanyak 22% dalam intensiti pelepasan yang dibiayai setakat Tahun Kewangan 2024 berbanding tahun asas.
41.5% perwakilan wanita dalam kepimpinan PNB.
Di landasan yang tepat ke arah mencapai komitmen pelaburan hijau dan peralihan berjumlah RM10 bilion.
Melaburkan lebih RM68 juta menerusi inisiatif di bawah Rangka Kerja Pelaburan Sosial PNB, yang memberi impak kepada lebih 760,000 rakyat Malaysia.
Menerbitkan keputusan pengundian sebelum mesyuarat pemegang saham di seluruh pasaran tempatan dan global.
Sorotan Perniagaan
1
Mengisytiharkan agihan pendapatan sebanyak 5.75 sen seunit bagi FY2025, yang merupakan agihan tahunan tertinggi sejak penubuhan ASB, yang memberi manfaat kepada 11.4 juta pemegang unit.
2
PNB menduduki tempat tertinggi di Malaysia dan tempat ke-17 di peringkat global dalam Penarafan Tadbir Urus, Kemampanan dan Daya Tahan (Governance, Sustainability and Resilience – GSR) oleh Global SWF.
3
ASNB terus memupuk literasi kewangan sejak usia muda melalui pelancaran ASNB Bijak, bersama penampilan baharu maskot ikoniknya – Along, Angah dan Achik.
4
Kejayaan penyenaraian Orkim Berhad di Pasaran Utama Bursa Malaysia merupakan pencapaian penting yang menandakan kejayaan pertama pelaksanaan model “relay race” Bumiputera yang diperkenalkan oleh Kerajaan.
5
Penetapan penanda aras bagi Program 10 Juara Bumiputera, melalui kerjasama dengan GLIC, bagi membangunkan 10 syarikat Bumiputera terkemuka untuk mencapai permodalan pasaran atau nilai perusahaan sekurang-kurangnya RM500 juta setiap satu dalam tempoh lima tahun.
6
PNB Knowledge Forum 2025 (“PKF 2025”), yang menampilkan sesi “In Conversation” bersama YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, telah menghimpunkan lebih 600 peserta yang terdiri daripada pemegang unit ASNB serta pelajar di bawah program Celik MADANI.
7
Program Sukuk Wakalah PNBMV bernilai RM6.0 bilion dianugerahkan penarafan AAAIS dengan prospek stabil daripada MARC Ratings.
Kami Menghargai Maklum Balas Anda
Kami mengalu-alukan pandangan anda terhadap Laporan Bersepadu PNB 2025. Seiring usaha kami untuk terus menambah baik cara kami menyampaikan prestasi dan impak, maklum balas anda amat penting bagi membantu kami memahami perkara yang bermakna kepada anda serta mengenal pasti ruang penambahbaikan.
Kongsi maklum balas anda

Level 91, Menara Merdeka 118, Presint Merdeka 118, 50118 Kuala Lumpur, Malaysia

Hak Cipta © 2026 Permodalan Nasional Berhad (197801001190 (38218-X). Hak Cipta Terpelihara