Hubungi Kami

Penipuan dan Waspada

Berwaspada Terhadap ‘Scammer’

Melindungi kepercayaan dan keselamatan kewangan anda adalah keutamaan kami. Kami menyedari tentang aktiviti penipuan yang menyalahgunakan nama dan logo Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), serta penyamaran  sebagai pegawai kami untuk memperdayakan orang awam.

Taktik Scammer

Skim Pelaburan Palsu

Janji pulangan tinggi yang tidak munasabah menggunakan jenama PNB atau ASNB.

Penyamaran Pegawai PNB atau ASNB

Penipu menyamar sebagai eksekutif atau ejen untuk meminta maklumat peribadi, yang kemudian menyebabkan mangsa membuat pembayaran.

Komunikasi Palsu

E-mel, mesej melalui WhatsApp dan Telegram, risalah palsu serta hantaran media sosial yang mengarahkan pengguna ke laman web atau aplikasi penipuan dan palsu.

Cara Kekal Selamat

1.

Sentiasa sahkan semua tawaran pelaburan dan komunikasi melalui saluran rasmi PNB atau ASNB.

2.

Jangan sesekali berkongsi maklumat peribadi, perbankan atau pelaburan dengan sumber yang tidak disahkan.

3.

Elakkan klik pada pautan mencurigakan atau memuat turun aplikasi yang tidak dikenali yang mendakwa daripada PNB atau ASNB.

4.

Laporkan sebarang aktiviti mencurigakan kepada:

Khidmat Pelanggan ASNB:

03-7730 8899

5.

Ambil maklum tentang aktiviti pelaburan yang tidak dibenarkan:

Layari laman web rasmi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia untuk senarai terkini aktiviti pelaburan yang dilarang.

https://www.sc.com.my/investor-alert-list

Peringatan Penting

PNB dan ASNB tidak menawarkan pelaburan dengan pulangan tinggi yang dijamin atau meminta maklumat peribadi melalui saluran tidak rasmi.  Sentiasa rujuk laman web rasmi dan saluran media sosial yang disahkan untuk maklumat yang tepat dan terkini.

Bijak Bertindak. Sentiasa Berwaspada.

Untuk Maklumat Lanjut:

Layari laman rasmi Amaran Penipuan ASNB untuk senarai lengkap laman media sosial, laman web, platform pesanan, produk pelaburan, syarikat dan individu yang tidak dibenarkan serta menyalahgunakan nama atau logo ASNB: