Kerjaya

Bina Masa Depan Anda Bersama Kami ​

Sertai PNB dalam membentuk masa depan kewangan Malaysia. Temui peluang kerjaya yang bermakna, kembangkan potensi anda dan cipta impak bersama kami.​
Di PNB, kami percaya dalam memupuk bakat dan memperkasa individu untuk terus berkembang. Sebagai salah satu institusi pelaburan terkemuka di Malaysia, kami menyediakan persekitaran kerja yang dinamik, di mana inovasi, integriti dan kecemerlangan menjadi teras dalam setiap usaha kami. Kami komited untuk membentuk tenaga kerja yang mencerminkan kepelbagaian, menggalakkan kerjasama dan menyokong pembangunan berterusan, agar anda dapat berkembang maju secara profesional dan peribadi.​

Teras PNB

“Sepanjang 11 tahun kerjaya saya bersama PNB, saya telah berpeluang untuk meningkat secara profesional. Sebagai Pengurus Dana ASB, saya diberi peluang untuk menyumbang kepada aspirasi pembangunan negara, sementara memenuhi tanggungjawab saya untuk membangun, menasihat dan mengurus dana kebanyakan rakyat Malaysia dengan menggalakkan mereka untuk melabur secara bijak demi masa hadapan yang lebih cerah.”

Muhammad Amir Faiz Mohd Razif (Naib Presiden),

Pengurus Dana ASB

“Saya menerima gelaran Akauntan Bertauliah di bawah Biasiswa PNB. Setelah 13 tahun saya bersama PNB, kini saya berkhidmat di Jabatan Kewangan salah satu anak syarikat PNB yang membangunkan Merdeka 118”

Nurdina Mohd Shamsudin (Naib Presiden),

PNB Merdeka Ventures Sdn. Berhad

“Tugas saya tertumpu kepada pengurusan data kewangan syarikat domestik dan antarabangsa Kumpulan PNB. Walaupun agak sukar, saya dapati tugas ini sangat menarik kerana saya sentiasa dapat mencabar diri sepanjang masa. Saya juga dikelilingi rakan sekerja yang sentiasa menyokong dan bersemangat tinggi!”

Farahana Zaini (Pengurus),

Jabatan Kewangan

“Saya bertanggungjawab merancang, mengurus dan menyelia segala hal berkaitan pengurusan risiko, pematuhan dan juga integriti di Bahagian Hartanah. Sepanjang 19 tahun perkhidmatan, PNB telah memberikan pelbagai peluang perkembangan kerjaya dan menyediakan pelbagai kemudahan yang terbaik untuk kebajikan pekerjanya.”

Zeti Akhtar Abdul Rahman (Penolong Naib Presiden),

Pengurusan Pelaburan

Ingin meneroka peluang kerjaya bersama kami?​
Muat Naik Resume Di Sini​
Peluang Kerjaya Semasa​

Susun Mengikut:

Peringkat Jawatan:

Kategori Jawatan:

Keputusan 1 - daripada

Tiada pekerjaan ditemui.