Pelaburan Kami

Pelaburan Hartanah

Dalam usaha mempelbagaikan portfolio kami, PNB telah melabur dalam hartanah persendirian domestik dan antarabangsa, dengan pendedahan yang besar melebihi RM20 bilion. Kami memberi tumpuan dalam memperoleh aset berkualiti melalui strategi pelaburan teliti, di samping pengurusan aset yang tersusun, pelupusan strategik, dan pemantauan portfolio yang rapi bagi memastikan prestasi dan pulangan pelaburan yang optimum


Pelaburan strategik merentasi segmen hartanah yang luas

Bertujuan untuk menghasilkan portfolio yang seimbang dan berdaya tahan melalui pendedahan pelbagai dalam beberapa segmen, geografi, dan strategi pelaburan utama.


Tinjauan
Kelas Aset

  • Memiliki lebih daripada 30 aset komersial (bangunan pejabat dan runcit) dengan jumlah kawasan boleh disewakan melebihi 5 juta kaki persegi, terutamanya di Lembah Klang dan Johor.
  • Memiliki dan mengurus 340 unit perindustrian dan pengilangan di seluruh negara. 
  • Untuk maklumat lanjut, layari :  

    https://www.phnb.com.my
    https://www.pnbcommercial.my

Pembangunan presint Merdeka 118: 

  • Mempunyai menara pejabat Gred-A premium setinggi 118 tingkat, disenaraikan sebagai yang tertinggi di Asia Tenggara dan kedua di dunia* 
  • Juga menampilkan dek tinjauan tertinggi di Asia Tenggara, kawasan peruncitan seluas 1 juta kaki persegi di dalam 118 Mall, hotel Park Hyatt dengan 252 bilik dan tiga menara kediaman premium. 
  • Termasuk kerja-kerja menaik taraf Stadium Negara dan Stadium Merdeka 
  • Untuk maklumat lanjut, layari :
    https://www.merdeka118.com *setakat 2023

 

Pembangunan semula PNB 1194 (dahulunya dikenali sebagai Bangunan MAS) 

  • Merangkumi  menara pejabat Gred-A setinggi 35 tingkat dan sebuah hotel 50 tingkat (Conrad Kuala Lumpur)

 

Pembangunan usaha sama 

  • Projek perindustrian di Shah Alam dan Kota Seri Langat. 
  • Cadangan pembangunan bercampur di Damansara Heights 
  • Memiliki sekitar 6,000 ekar tanah di seluruh Malaysia 
  • Turut terlibat dalam pembangunan infrastruktur di tiga perbandaran utama: Kota Seriemas, Kota Seri Langat, dan Morib 
  • Attana adalah cabang hospitaliti PNB dengan tiga sub-jenama, iaitu Perdana, Villea, dan Espira
  • Attana memiliki dan menguruskan enam hotel dengan lebih daripada 1,100 bilik di seluruh Malaysia. 
  • Attana juga menguruskan dua padang golf, Kota Seriemas Golf & Country Club dan Villea Rompin Resort & Golf. 
  • Untuk maklumat lanjut, layari : 
    https://attanahotels.com
  • PNB Value Homes menyediakan kediaman mampu milik kepada masyarakat. 
  • 140 rumah teres di Port Dickson telah diserah milik pada Februari 2023. 
  • Sedang membangunkan 156 ekar tanah di Banting, Selangor, untuk pembinaan 1,586 unit rumah mampu milik. 
  • Untuk maklumat lanjut, layari : 

    https://www.pnbvh.com/ 
  • Memiliki empat bangunan pejabat di London. 
  • Usaha sama dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja untuk pemilikan Fasa 2 Stesen Janakuasa Battersea di London
  • Melabur dalam tujuh harta logistik di Poland dan Jerman serta enam aset penjagaan kesihatan di Australia. 
     
  • Menyertai beberapa dana yang diurus oleh pengurus pelaburan terkemuka di tiga wilayah utama – Amerika Utara, Eropah dan Asia Pasifik. 
  • Melabur dalam 17 dana tertutup dan 8 dana terbuka, memberikan kepelbagaian pendedahan hartan berpotensi tinggi, terutamanya dalam segmen logistik, berbilang jenis, dan pejabat  

Tinjauan Kelas Aset

Domestik

Merdeka 118

Tersergam di tapak kemerdekaan bersejarah Malaysia, Merdeka 118 yang dibangunkan PNB adalah gabungan luar biasa antara seni bina bersejarah dan moden yang menampilkan bangunan* kedua tertinggi di dunia, pusat membeli-belah, hotel, kediaman, dan kemudahan bertaraf dunia. *Setakat 2023

Domestik

PNB 1194

PNB memperoleh dan membaik pulih Bangunan MAS dan membina Conrad Kuala Lumpur, sebuah hotel 50 tingkat yang terletak di pusat bandaraya.

Antarabangsa

Battersea

Berkerjasama dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), PNB memperoleh Fasa 2 Stesen Jana kuasa Battersea yang ikonik di London, dan telah direstorasi serta berubah menjadi destinasi pejabat, peruncitan dan percutian menarik.

Antarabangsa

Pelaburan Global

Pada skala global, kami gigih mendedikasikan sumber untuk pelaburan langsung dan tidak langsung dalam pelbagai aset hartanah di wilayah utama seperti Amerika Utara, Eropah dan Asia Pasifik.