Tadbir Urus Korporat

Tinjauan

Kecemerlangan bermula dari dalam

PNB percaya bahawa budaya ketelusan, akauntibiliti, dan integriti adalah penting dalam memastikan komitmen Kumpulan untuk menegakkan mandat dan memenuhi tujuan kami. Keadaan pasaran terkini yang tidak menentu telah menjadikannya lebih utama bagi PNB untuk memastikan pematuhan kepada piawaian tertinggi Tadbir Urus Korporat melalui penggubalan dan penggunaan dasar dan proses dalaman yang berkesan.


Piagam dan Rangka Kerja Integriti Kumpulan PNB

A. Keterlibatan Kepimpinan

  • Lembaga Pengarah & Pengurusan Kanan komited sepenuhnya untuk memastikan risiko rasuah diuruskan dengan berkesan.
  • Pihak pengurusan di semua peringkat terlibat dalam membangunkan budaya integriti
  • Sumber yang mencukupi diperuntukkan untuk program kesedaran integriti.

B. Budaya Integriti

  • Menggalakkan budaya integriti yang kuat dalam Kumpulan PNB.
  • Menggalakkan tingkah laku integriti.
  • Dasar toleransi sifar terhadap rasuah.

C. Latihan dan Komunikasi

  • Mengenal pasti dan menangani kecekapan integriti dan keperluan latihan untuk Kumpulan PNB.
  • Menyampaikan maklumat dan memperkukuhkan pengetahuan integriti kepada kakitangan.

Rangka Kerja Integriti

Budaya Integriti
Latihan dan Komunikasi
Keterlibatan Kepimpinan

01

Penilaian Risiko Rasuah

  • Menilai risiko rasuah dan tanggungjawab berkaitan integriti secara proaktif.
  • Menilai semula tahap risiko rasuah secara berterusan berdasarkan: 

    - Aktiviti, produk atau perkhidmatan baharu atau berubah.

    - Kewajipan baharu yang disemak semula.

    - Penemuan daripada semakan audit yang dilakukan secara dalaman atau oleh pengawal selia.

02

Pengurusan Risiko Rasuah

  • Mewujudkan dan memastikan dasar proses, dan kawalan dalaman yang berkesan disediakan untuk mengurangkan risiko rasuah.
  • Menyampaikan maklumat tentang dasar dan prosedur kepada kakitangan.

03

Pemantauan Risiko Rasuah

  • Memantau dan memastikan kawalan berjalan dengan berkesan.
  • Menilai keberkesanan program integriti secara berkala dan menentukan bidang yang perlu diperbaiki sekiranya perlu.

04

Laporan Integriti

  • Memastikan laporan berkenaan dihantar dengan tepat.
  • Memastikan tindakan pembetulan yang bersesuaian diambil untuk menyelesaikan isu ketidakpatuhan tepat dalam masa yang ditetapkan.

05

Tadbir Urus Integriti

  • Menilai risiko kritikal rasuah dan tanggungjawab berkaitan integriti secara proaktif. 
  • Memberi nasihat mengenai kesan risiko amalan rasuah dan tindakan yang perlu diambil untuk mengurangkannya.