Kelestarian

Pengawasan Pelaburan

Perjalanan amalan tadbir urus yang cekap

Kami menstrukturkan polisi dan rangka kerja untuk memastikan setiap lapisan operasi perniagaan dan syarikat-syarikat pelaburan kami mengamalkan menjalankan tadbir urus dan pengawasan berhemah untuk menyampaikan nilai pemegang saham jangka panjang yang terbaik.

Peranan Bahagian Pelaburan

Fungsi Pengawasan Pelaburan

Merangka dan melaksanakan fungsi pengawasan pelaburan untuk Kumpulan PNB

  • Mengekalkan pangkalan data calon-calon Lembaga Pengarah yang berpotensi berdasarkan kepelbagaian kemahiran, latar belakang, dan jantina.
  • Menilai komposisi dan keberkesanan Lembaga Pengarah syarikat Strategik, Terkawal, atau syarikat pelaburan lain.
  • Mengesyorkan pelantikan Pengarah Wakil PNB di syarikat pelaburan terpilih.
  • Menilai barisan bakat-bakat yang boleh menerajui syarikat Strategik PNB, khususnya jawatan-jawatan yang kritikal.
  • Menilai dan membandingkan imbuhan Lembaga Pengarah dan CEO syarikat pelaburan PNB.
Menitikberatkan tadbir urus korporat yang baik, ketelusan dan pelaburan yang bertanggungjawab, selaras dengan amalan industri dan Garis Panduan Pengundian PNB.
Menganalisa, mengesyorkan dan memaparkan keputusan pengundian proksi sempena mesyuarat-mesyuarat agung syarikat pelaburannya, selaras dengan Garis Panduan Pengundian PNB.
Menerajui aktivisme pemegang saham melalui pelabur institusi lain dan syarikat pelaburan terpilih melalui Majlis Pelabur Institusi. Kerjasama dengan pihak berkepentingan utama lain untuk mendorong polisi/aturan, nilai pemegang saham, dan libat sama yang lebih baik dalam bidang tadbir urus korporat.
  • Memandu Penetapan Sasaran Portfolio Sifar Bersih, strategi dan pengukuran pelepasan yang dibiayai.
  • Melaksanakan komitmen-komitmen berkaitan iklim dan menyelaraskan dengan pasukan pelaburan untuk membina keupayaan asas iklim.
  • Mengenal pasti dan mengesyorkan peralatan berkaitan iklim untuk proses membuat pelaburan dan pengumpulan data bagi pelaburan baharu.
  • Menyelaras dan menyokong pasukan pelaburan untuk meningkatkan penempatan ke dalam Aset-aset Baharu dan Peralihan menjelang 2030.
  • Mengenal pasti strategi untuk mengurus pendedahan berkaitan buruh dan alam semula jadi bagi PNB dan Syarikat Pelaburan.
  • Berinteraksi dengan Syarikat Pelaburan dan pihak berkepentingan untuk memastikan penjajaran dengan dasar-dasar PNB berkaitan buruh dan biodiversiti.
  • Menyelaras dan menyokong pasukan pelaburan untuk mengurus risiko dan peluang berkaitan buruh dan biodiversiti.
  • Mengurus penyertaan PNB dalam gabungan industri yang berkaitan ESG untuk memaksimumkan sumbangan dan nilai kami.
  • Menyelidik, meneroka dan menyelaras aktiviti penglibatan dalam bidang berkaitan ESG dengan syarikat pelaburan, gabungan berkaitan ESG dan pakar serta agensi berkaitan lain.
  • Membangunkan strategi untuk menyokong integrasi faktor-faktor ESG ketika membuat keputusan pelaburan dengan pasukan kelas aset.
  • Memantau kemajuan penglibatan berbanding objektifnya.

Tadbir Urus

Sebagai salah satu pelabur institusi terbesar di Malaysia, PNB melaksanakan tanggungjawab tadbir urusnya dalam memastikan syarikat-syarikat pelaburannya mengamalkan tadbir urus korporat yang baik bagi menyampaikan nilai pemegang saham jangka panjang. Sehubungan itu, PNB telah memperkenalkan dasar dan rangka kerja berikut.

Rangka Kerja Tadbir Urus

Rangka Kerja Tadbir Urus PNB diterbitkan untuk mengutarakan falsafah dan jangkaan tadbir urus pelaburan PNB kepada syarikat-syarikat pelaburannya, pelabur awam dan pasaran keseluruhannya. Rangka Kerja Tadbir Urus PNB ini melengkapkan Rangka Kerja Pelaburan Strategik sedia ada yang memastikan PNB memainkan peranannya sebagai pemegang saham aktif untuk menambah nilai dan menambahbaik prestasi syarikat-syarikat pelaburannya ke arah yang lebih baik.

Amalan Tadbir Urus Terbaik

1. Ketelusan dan penglibatan efektif

  • Ketelusan dalam Pengundian
  • Matriks Peningkatan

2. Garis Panduan pengundian yang jelas dan telus

3. Perwakilan Lembaga Pengarah dan hak-hak pelantikan yang wajar

  • Keberkesanan Lembaga Pengarah
  • Kumpulan Calon Lembaga Pengarah yang betul

4. Penilaian kebersanan Lembaga Pengarah

  • Keberkesanan dalam penglibatan dan penilaian Lemabaga Pengarah
  • Program Pembangunan Lembaga Pengarah
Dasar Pemeliharaan dan Pendekatan Libat Urus
Surat Pemegang Saham Pra-AGM
  • Surat tahunan yang dikeluarkan kepada Lembaga Pengarah Syarikat Strategik sebelum Mesyuarat Agung Tahunan (AGM).
  • Syarikat pelaburan diminta untuk menerbitkan dan menerangkan prestasi Jumlah Pulangan Pemegang Saham (Total Shareholder Return, TSR) termasuk  faktor-faktor utama yg memacu prestasi tersebut, serta pelan pengurusan bagi menangani sebarang prestasi yang kurang memberangsangkan.
  • Mendapatkan penjelasan berhubung isu-isu material yang lain semasa AGM.
Perjumpaan Tahunan
  • Sesi  perbincangan secara tertutup bersama Lembaga Pengarah dan/atau Pengurusan syarikat pelaburan strategik.
  • Sesi ini berfungsi sebagai platform untuk membincangkan jangkaan kami terhadap prestasi syarikat, hala tuju strategi, amalan tadbir urus serta perkara-perkara lain yang berkaitan.
Surat Pemegang Saham
  • Komunikasi bertulis rasmi secara tertutup  yang mencerminkan tahap kebimbangan yang lebih tinggi berbanding Surat Pemegang Saham Pra-AGM.
  • Menyatakan secara formal  kebimbangan yang telah dikenalpasti secara khusus, jangkaan serta tindakan yang diperlukan, disamping menuntut kebertanggungjawab yang lebih jelas daripada Lembaga Pengarah dan Pengurusan.
Surat Aktivis
  • Langkah penglibatan yang ditingkatkan, dilaksanakan apabila usaha penglibatan terdahulu tidak membuahkan hasil yang memuaskan.
  • Mengemukakan analisis yang menyeluruh dan terperinci mengenai kebimbangan PNB.
  • Menentukan tindakan pembetulan yang jelas, jangkaan serta garis masa pelaksanaan.
  • Boleh dikeluarkan secara tertutup atau kepada umum, bergantung kepada keperluan.
Pelaksanaan Keputusan Pengundian
  • Penyertaan aktif dalam AGM dan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM), termasuk pengundian bagi:
    • Pemilihan semula Ahli Lembaga Pengarah;
    • Resolusi utama berkaitan tadbir urus, pembayaran imbuhan, pengurusan modal dan hak pemegang saham.
  • Keputusan pengundian digunakan sebagai mekanisme rasmi untuk menzahirkan sokongan atau ketidakpuasan terhadap tindakan syarikat.
Pengurangan Pelaburan atau keluar sepenuhnya

Polisi Dan Garis Panduan

Selaku ahli Majlis Pelabur Institusi Malaysia (IIC), bersama dengan pelabur institusi yang lain, PNB menyokong agenda IIC dalam menggalakkan tanggungjawab pengawasan yang efektif dan amalan tadbir urus yang baik dan menjadi penandatangan Kod Pelabur Institusi Malaysia (MCII).

PNB menggunapakai prinsip tadbir urus korporat berikut dan garis panduan pengundian dalam memantau tata urus syarikat-syarikat pelaburannya yang turut berperanan sebagai garis panduan dalam melaksanakan hak mengundi pada mesyuarat agung.

Pengundian Proksi

Proksi Untuk Perubahan

Mesyuarat Agung berfungsi sebagai landasan bagi pemegang saham menyuarakan pendapat dan melunaskan hak mengundi mereka. Bagi tujuan tersebut, PNB dan Dana Unit Amanah di bawah pengurusannya adalah berpandukan kepada Garis Panduan Pengundian dan Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia. Sebagai institusi yang menitikberatkan ketelusan, PNB komited dalam mendedahkan keputusan pengundiannya yang terdahulu dan akan datang di Mesyuarat Agung syarikat-syarikat pelaburannya.

Klik  untuk melihat sejarah pengundian kami yang terdahulu dari Januari 2019 sehingga 2022.

Laporan Kategori Cadangan

Jenis Kategori Cadangan Menyokong Menentang Berkecuali
Jumlah 1683 164 24
Audit/Kewangan 266 1 0
Lembaga Berkaitan 878 45 19
Pengurusan Modal 137 77 4
Perubahan kepada Status Syarikat 72 5 1
Pampasan 289 18 0
M&A 22 0 0
Mesyuarat Pentadbiran 3 1 0
Lain-lain 8 2 0
SHP: Compensation 1 1 0
SHP: Environment 0 4 0
SHP: Governance 5 1 0
SHP: Misc 1 0 0
SHP: Social 1 9 0
Negara Asal Mesyuarat Tahunan
Pemegang Saham
Mesyuarat Istimewa
China 5 11
Hong Kong 12 3
Indonesia 1 2
Jepun 19 0
Republik Korea 17 2
Malaysia 876 170
Taiwan 3 0
United Kingdom 3 0
Amerika Syarikat 26 0
Cayman Islands 2 0
Australia 1 0
Jerman 2 0
Jumlah 944 188

Jenis Mesyuarat

Mesyuarat Tahunan Pemegang Saham atau Istimewa mengikut Pasaran

Papan pemuka ini dikemas kini kali terakhir pada 12 January 2026