Tadbir Urus Korporat

Pengurusan Syariah

Mekanisme Pengurusan Syariah yang kukuh amat penting bagi memastikan pelaburan PNB mematuhi prinsip-prinsip Syariah. Pelaksanaan Rangka Kerja Tadbir Urus Syariah PNB (SGF) menunjukkan dedikasi PNB terhadap tadbir urus Syariah pelaburannya yang kuat, dengan mematuhi kaedah penyaringan Syariah yang diluluskan oleh Jawatankuasa Penasihat Syariah PNB (SAC) dan panduan Manual Syariah. Pengurusan Syariah menyediakan sokongan menyeluruh untuk inisiatif kelestarian, khususnya dalam bidang Zakat, Wakaf, pengurusan masjid, dan penglibatan awam.


Rangka Kerja Pengurusan Syariah

Rangka Kerja Tadbir Urus Syariah (SGF) membolehkan PNB meningkatkan proses pelaburan patuh syariah PNB serta mengukuhkan kepercayaan umum terhadap kredibiliti PNB sebagai institusi pelaburan Islamik.


The four main functions of PNB SGF: 

Penyelidikan & Penasihat Syariah

  • Menjalankan penyelidikan Syariah dan memberi nasihat Syariah

 

Pengurusan Risiko Syariah

  • Memastikan pengurusan risiko ketidakpatuhan Syariah yang cekap dan berkesan

 

Semakan Pematuhan Syariah

  • Memastikan pemantauan dan semakan pematuhan Syariah bagi tujuan penilaian berterusan selaras dengan Manual Syariah dan resolusi SAC.

 

Audit Syariah

  • Menjalankan pengauditan Syariah bagi tujuan penilaian berkala bebas dan jaminan objektif mengenai tahap pematuhan Syariah.

 

Kelestarian Syariah

Pengurusan Syariah telah mempelbagaikan inisiatifnya melalui kerjasama bersama pihak luar untuk menggalakkan pertumbuhan dan manfaat masyarakat. Inisiatif-inisiatif tersebut merangkumi penglibatan awam, Zakat, pengurusan Wakaf dan program kesedaran Syariah yang sedang berjalan seperti Maqasid Al-Syariah dan Bicara Maqasid.

Program Maqasid Al-Syariah bertujuan untuk mendidik pihak berkepentingan mengenai proses penyaringan Maqasid PNB dan memberikan jaminan mengenai status Syariah dana unit amanah ASNB, manakala Bicara Maqasid adalah program penglibatan awam yang membincangkan dan berkongsi maklumat mengenai inisiatif tersebut melalui saluran televisyen dan radio.

Pada tahun 2022, sebanyak RM6.1 juta telah diagihkan melalui Program Agihan Zakat CSR PNB yang dipantau Pengurusan Syariah. Peruntukan zakat ini selari dengan Rangka Kerja Zakat CSR PNB yang diluluskan Lembaga Pengarah PNB.

Perjalanan Inisiatif Syariah PNB

PNB terus bersemangat untuk menggerakkan pelaksanaan inisiatif Syariahnya. Beberapa inisiatif signifikan yang dicapai ialah:

2017

  • Pelaburan PNB difatwakan ‘harus’ oleh Majlis Fatwa setiap negeri 
  • Pengubahan status ‘haram’ kepada ‘harus’ oleh Majlis Fatwa Selangor dan Pulau Pinang. 
  • Penubuhan Metodologi Saringan Maqasid Syariah PNB.  

2018

  • Status kepatuhan syariah pelaburan PNB – 71.9% berdasarkan Metodologi Penyaringan Sekuriti Patuh-Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan 28.1% berdasarkan Metodologi Penyaringan Maqasid Al-Syariah PNB
  • Pelantikan Bank Muamalat, RHB Islamic, BSN, dan Hong Leong Islamic sebagai ejen ASNB
  • Penubuhan Rangka Kerja Zakat/CSR I PNB  
  • Penubuhan Manual Syariah untuk pelaburan PNB.

2019

  • Status kepatuhan syariah pelaburan PNB – 74.4% berdasarkan SC dan 25.6% berdasarkan Metodologi Penyaringan Maqasid Al-Syariah PNB 
  • Penghasilan Rangka Kerja Zakat/CSR II PNB 
  • Penghasilan kertas konsep Bayaran Zakat  
  • Penghasilan kertas konsep Wakaf Unit Amanah ASNB
  • Semakan Manual Syariah

2020

  • Status kepatuhan syariah pelaburan PNB – 75% berdasarkan SC dan 25% berdasarkan Metodologi Penyaringan Maqasid Al-Syariah PNB 
  • Semakan Metodologi Penyaringan Maqasid Al-Syariah 
  • Penubuhan Rangka Kerja Tadbir Urus Syariah (SGF) - Fasa 1  
  • Penganjuran 17 Program Maqasid Al-Syariah
  • Penganjuran Muzakarah Unit Amanah ASNB

2021

  • Status kepatuhan syariah pelaburan PNB – 77% berdasarkan SC dan 23% berdasarkan Metodologi Penyaringan Maqasid Al-Syariah PNB
  • Pemerolehan status Mutawalli untuk AWSB 
  • Pelancaran Wakaf ASNB  
  • Memorandum Persefahaman bersama UiTM
  • Pelaksanaan Rangka Kerja Tadbir Urus Syariah PNB (PNB SGF)
  • Pendaftaran PNB sebagai Peserta Perdagangan Komoditi (CTP) di Bursa Malaysia

2022

  • Status kepatuhan syariah pelaburan PNB – 77.2% berdasarkan SC dan 22.8% berdasarkan Metodologi Penyaringan Maqasid Al-Syariah PNB
  • Penganjuran Forum Wakaf PNB 2022 
  • Pelaksanaan ‘Program Pelaburan Tabung Unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) kepada Asnaf’ (Usahasama PNB dan MAIWP). 
  • Penyelidikan dan pelaksanaan Zakat Mikro Takaful/Kewangan
  • Penganjuran Bicara Maqasid bersama TV Al-Hijrah & Radio IKIM
  • Pelancaran ASN Sukuk

2017

2018

2019

2020

2021

2022