Mengenai Kami

Warga Kami

Teras kisah kejayaan kami

Warga kami merupakan elemen utama keupayaan organisasi PNB bagi memenuhi mandat yang telah diamanahkan kepada kami sejak lebih 45 tahun yang lalu.

Teras PNB

“Sepanjang 11 tahun kerjaya saya bersama PNB, saya telah berpeluang untuk meningkat secara profesional. Sebagai Pengurus Dana ASB, saya diberi peluang untuk menyumbang kepada aspirasi pembangunan negara, sementara memenuhi tanggungjawab saya untuk membangun, menasihat dan mengurus dana kebanyakan rakyat Malaysia dengan menggalakkan mereka untuk melabur secara bijak demi masa hadapan yang lebih cerah.”

Muhammad Amir Faiz Mohd Razif (Naib Presiden),

Pengurus Dana ASB

“Saya menerima gelaran Akauntan Bertauliah di bawah Biasiswa PNB. Setelah 13 tahun saya bersama PNB, kini saya berkhidmat di Jabatan Kewangan salah satu anak syarikat PNB yang membangunkan Merdeka 118”

Nurdina Mohd Shamsudin (Naib Presiden),

PNB Merdeka Ventures Sdn. Berhad

“Tugas saya tertumpu kepada pengurusan data kewangan syarikat domestik dan antarabangsa Kumpulan PNB. Walaupun agak sukar, saya dapati tugas ini sangat menarik kerana saya sentiasa dapat mencabar diri sepanjang masa. Saya juga dikelilingi rakan sekerja yang sentiasa menyokong dan bersemangat tinggi!”

Farahana Zaini (Pengurus),

Jabatan Kewangan

“Saya bertanggungjawab merancang, mengurus dan menyelia segala hal berkaitan pengurusan risiko, pematuhan dan juga integriti di Bahagian Hartanah. Sepanjang 19 tahun perkhidmatan, PNB telah memberikan pelbagai peluang perkembangan kerjaya dan menyediakan pelbagai kemudahan yang terbaik untuk kebajikan pekerjanya.”

Zeti Akhtar Abdul Rahman (Penolong Naib Presiden),

Pengurusan Pelaburan

Gearing up to fly higher

PNB Global (Co-Funding) Scholarship Award 2026

Mohon biasiswa kami sekarang.

Permohonan dibuka dari 19 Mei hingga 31 Mei 2026

Calon yang disenarai pendek akan dimaklumkan.

Soalan Lazim (FAQ) Anugerah Biasiswa PNB Global (Co-Funding) 2026

1 Siapakah yang layak memohon?

  • Semua calon pasca-asasi yang memperoleh minimum 3A bagi A-Levels atau 38 mata bagi International Baccalaureate (IB), atau kelayakan setara seperti STPM, AusMat dan American Transfer Degree Programme.

2 Apakah liputan biasiswa ini?

  • PNB akan menaja yuran pengajian sahaja bagi program ijazah sarjana muda di universiti terpilih di United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (US).

3 Apakah kursus yang layak dipohon?

  • Ekonomi
  • Sains Aktuari, Matematik dan Statistik
  • Perakaunan & Kewangan
  • Matematik
  • Undang-undang
  • Kursus Kejuruteraan terpilih
  • Kursus lain yang dianggap relevan oleh PNB
  • Kursus yang tidak termasuk dalam biasiswa ini adalah bidang Perubatan, Pergigian, Muzik, Teologi, serta kursus lain yang tidak berkaitan dengan perniagaan teras PNB.

4 Universiti manakah yang diluluskan oleh PNB?

United Kingdom (UK):

  • University of Oxford
  • University of Cambridge
  • Imperial College London
  • University College London (UCL)
  • London School of Economics and Political Science (LSE)

United States (US):

  • Stanford University
  • Massachusetts Institute of Technology (MIT)
  • Harvard University
  • Princeton University
  • California Institute of Technology
  • University of California, Berkeley
  • Yale University
  • Columbia University
  • University of Chicago
  • University of Pennsylvania
  • Cornell University
  • Brown University
  • Dartmouth College

5 Bagaimana saya akan dimaklumkan mengenai status permohonan?

  • Calon yang disenarai pendek akan dimaklumkan melalui e-mel dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh permohonan.

6 Bagaimana cara untuk memohon?

  • Permohonan boleh dibuat dengan mengimbas kod QR yang disediakan.
  • QR Code

PNB Global (Co-Funding) Scholarship Award 2026

Scan here to apply

Kerjaya

Sertai Kami

Untuk menarik bakat terbaik sambil memenuhi tanggungjawab sosialnya, PNB menekankan keadaan kerja yang adil dan selamat serta persekitaran kerja yang menarik, inklusif dan tangkas dengan pelbagai peluang dan pembelajaran sepanjang hayat. Kami mengalu-alukan individu yang bercita-cita tinggi dan bersemangat untuk menyertai pasukan PNB dalam memacu pertumbuhan masa depan PNB dan memajukan negara.