Kumpulan PNB

ASNB

Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) adalah syarikat pengurusan unit amanah PNB dengan 32 pejabat cawangan dan lebih 2,700 cawangan ejen seluruh negara yang terdiri daripada Affin Bank, Ambank, Alliance Bank, Bank Islam, Bank Muamalat, Bank Simpanan Nasional, CIMB Bank, Hong Leong Bank, Maybank, RHB Bank and Pos Malaysia. ASNB kini menguruskan 18 dana unit amanah dengan unit dalam edaran (UIC) kira-kira 280 bilion unit lebih 15 juta akaun.

Produk

Unit Amanah Harga Tetap

Unit Amanah harga tetap adalah unit amanah dengan penilaian tetap RM1 seunit. Pada masa ini, terdapat 3 unit amanah harga tetap dalam setiap siri Amanah Saham Bumiputera (Bumiputera sahaja) dan Amanah Saham Malaysia (untuk semua rakyat Malaysia).

Unit Amanah Harga Berubah

Unit amanah harga berubah adalah unit amanah dengan penilaian terapung yang ditentukan dengan kaedah penetapan harga hadapan. Pada masa ini, ASNB menguruskan 11 dana harga berubah yang terbahagi kepada tiga siri iaitu ASN Equity (untuk dana ekuiti), ASN Imbang (untuk dana aset campuran seimbang), ASN Sara (untuk dana aset campuran konservatif) dan ASN Sukuk (untuk dana sukuk).

Semua dalam satu aplikasi.

Daftar myASNB dan mula melabur unit amanah ASNB anda.

Servis ASNB

1. Pewarisan Hibah Amanah

HIBAH AMANAH adalah perkhidmatan pengurusan harta yang disediakan oleh ASNB untuk Pemegang Unit warganegara Malaysia beragama Islam. Ianya berlandaskan Syariah dan menerapkan konsep hibah dan amanah dalam pengurusan harta. Unit amanah ASNB yang dihibahkan akan dipindah milik kepada Penerima Hibah selepas kematian Pemegang.

2. Pengisytiharan Amanah

Pengisytiharan Amanah adalah perkhidmatan pengurusan harta yang disediakan oleh ASNB kepada Pemegang Unit warganegara Malaysia yang bukan Islam. Ia menerapkan konsep amanah yang mana pelaburan di ASNB akan diuruskan oleh Pemegang Amanah (ASNB) sebelum diserahkan kepada Penerima selepas kematian Pemegang Unit (Pemberi).

3. Robo Investment Advisor - RIA

Ria adalah aplikasi pelaburan automatik daripada ASNB yang dilesenkan melalui rangka kerja Pengurusan Pelaburan Digital (DIM) oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Ria berfungsi menggunakan algoritma dan Teori Portfolio Moden untuk membentuk dan menguruskan portfolio pelaburan secara peribadi. Setelah meneliti profil risiko dan pelaburan pilihan, Ria memperuntukkan pelaburan anda di dalam pelbagai dana unit amanah saham ASNB, dengan tujuan untuk mencapai pulangan yang optimum dengan risiko yang minimum.

4. Wakaf ASNB

Wakaf ASNB adalah platform untuk pemegang unit mewakafkan pelaburan unit amanah ASNB mereka melalui gabungan konsep pelaburan dan wakaf bagi memastikan sumbangan mereka kekal berterusan. Dana wakaf pemegang unit akan kekal sebagai pelaburan pokok dan hanya pulangan hasil daripada pelaburan ini akan disalurkan ke projek wakaf berkepentingan negara yang dikenal pasti untuk pembangunan masyarakat dan ummah.