Memperkukuh Agenda Pembinaan Negara

Membina Bakat Masa Hadapan

Melalui BUDI PNB, inisiatif TVET dan program PNB GET, kami memperkasa belia Malaysia dengan pendidikan, kemahiran dan pengalaman industri untuk membina masa depan yang lebih mampan.

Building future talent

Kami Memperkasa Bakat Muda, Мемacu Modal Insan Demi Rakyat Malaysia

BUDI PNB-TVET

Dilancarkan pada tahun 2019, Bantuan Untuk Pendidikan (BUDI) PNB atau BUDI PNB menyediakan sokongan pendidikan menyeluruh kepada pelajar daripada kumpulan asnaf dan B40 melalui pemberian biasiswa untuk pendidikan peringkat menengah, laluan pasca-SPM, pengajian ijazah serta kini, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang relevan dengan keperluan industri. Menyedari keperluan kritikal terhadap kemahiran teknikal dan vokasional dalam pasaran kerjaya yang semakin berkembang, PNB telah memperkenalkan BUDI PNB–TVET pada tahun 2024.

Program ini dibangunkan melalui kerjasama strategik dengan rakan-rakan utama seperti Kementerian Pengajian Tinggi, Bahagian Kemahiran & Teknikal (BKT) MARA, Selangor Technical Skills Development Centre (STDC) dan Akademi TVET UNIRAZAK (ATUR), yang membawa kepada pembangunan program seperti BUDI PNB–TVET STDC, BUDI PNB–TVET MARA dan BUDI PNB-TVET ATUR, dan Santuni MADANI, di mana para pelajar berpeluang melanjutkan pengajian di peringkat tertiari.

Ketahui Lebih Lanjut
BUDI PNB Icon

114

Pelajar yang menerima tajaan

BUDI PNB Icon

RM1.53 juta

Jumlah tajaan keseluruhan sejak diperkenalkan pada tahun 2024

Sektor Fokus Tajaan BUDI PNB-TVET

Komputer/ IT

Elektrikal

Elektronik

Servis Mekanikal

Automotif

Kulinari

PNB GET

Program PNB GET merupakan inisiatif pembangunan bakat yang direka untuk merapatkan jurang antara pembelajaran akademik dan keperluan industri, khususnya dalam kalangan graduan yang belum bekerja.

Program berstruktur selama lapan (8) bulan ini meningkatkan kebolehpasaran graduan dengan menggabungkan pembelajaran teori dan pengalaman industri secara praktikal. Melalui latihan semasa kerja (on the-job training), para peserta memperoleh pendedahan berharga kepada industri serta membangunkan kompetensi penting yang mengukuhkan prospek kerjaya mereka.

Ramai graduan telah berjaya beralih ke pekerjaan tetap, sama ada di PNB mahupun organisasi lain, sekali gus membuktikan keberkesanan program ini dalam menyediakan bakat muda untuk alam pekerjaan.

Ketahui Lebih Lanjut
Hai! Kami PNB GET

6,141

Graduan sejak permulaan program ini pada tahun 2011

602

Menyertai program ini pada tahun 2025

24%

Peserta 2025 menerima tawaran pekerjaan pada tahun yang sama

PNB mensasarkan lebih 5,000 penerima manfaat menerusi komitmen kolektif bersama GLC di bawah inisiatif Bakat MADANI bagi tempoh 2026-2027