Kelestarian

Tinjauan

Mencipta masa depan yang mampan dan inklusif

PNB mengiktiraf bahawa masa hadapan dibentuk hasil tindakan yang dibuat pada hari ini dan komited sepenuhnya untuk mencipta masa hadapan mampan dan inklusif yang memberi faedah bukan hanya kepada pihak berkepentingan tetapi juga kepada komuniti yang disantuni.

Pada April 2022, kami telah melancarkan Rangka Kerja Kelestarian dengan 10 komitment ESG. Kami telah mengambil langkah nyata untuk mengukur dan menentukan garis dasar pelepasan gas hijau (GHG) di seluruh organisasi, membangunkan laluan Sifar Bersih yang komprehensif bagi operasi perusahaan dan portfolio pelaburan kami, sambil menyepadukan ESG dalam membuat keputusan.

Ke Arah Masa Depan Sifar Bersih

Falsafah Dasar

ESG memacu nilai jangka panjang

Kepimpinan yang bertanggungjawab

Tindakan kolektif dan perkongsian

Kota apa yang dikata

Kemajuan bukannya kesempurnaan

ESG memacu nilai jangka panjang

Kepimpinan yang bertanggungjawab

Tindakan kolektif dan perkongsian

Kota apa yang dikata

Kemajuan bukannya kesempurnaan

ESG memacu nilai jangka panjang

Kepimpinan yang bertanggungjawab

Tindakan kolektif dan perkongsian

Kota apa yang dikata

Kemajuan bukannya kesempurnaan

10 Komitmen ESG

Rangka Kerja Kelestarian kami membantu untuk mempertingkatkan dan melindungi nilai yang dicipta untuk pihak berkepentingan sambil memenuhi aspirasi kelestarian kami. Sepuluh komitmen kami di bawah teras Alam Sekitar, Sosial, dan Tadbir Urus juga sejajar dengan inisiatif global untuk keamanan dan kemakmuran menjelang 2030 menerusi Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN-SDG).