Perjalanan amalan tadbir urus yang cekap
Kami menstrukturkan polisi dan rangka kerja untuk memastikan setiap lapisan operasi perniagaan dan syarikat-syarikat pelaburan kami mengamalkan menjalankan tadbir urus dan pengawasan berhemah untuk menyampaikan nilai pemegang saham jangka panjang yang terbaik.
Peranan Bahagian Strategi Pelaburan
Fungsi Pengawasan Pelaburan
Merangka dan melaksanakan fungsi pengawasan pelaburan strategik untuk Kumpulan PNB.
Tadbir Urus
Sebagai salah satu pelabur institusi terbesar di Malaysia, PNB melaksanakan tanggungjawab tadbir urusnya dalam memastikan syarikat-syarikat pelaburannya mengamalkan tadbir urus korporat yang baik bagi menyampaikan nilai pemegang saham jangka panjang. Sehubungan itu, PNB telah memperkenalkan dasar dan rangka kerja berikut.
Rangka Kerja Tadbir Urus PNB diterbitkan untuk mengutarakan falsafah dan jangkaan tadbir urus pelaburan PNB kepada syarikat-syarikat pelaburannya, pelabur awam dan pasaran keseluruhannya. Rangka Kerja Tadbir Urus PNB ini melengkapkan Rangka Kerja Pelaburan Strategik sedia ada yang memastikan PNB memainkan peranannya sebagai pemegang saham aktif untuk menambah nilai dan menambahbaik prestasi syarikat-syarikat pelaburannya ke arah yang lebih baik.
Matriks Pengemukaan kami menggariskan pendekatan yang sistematik dan tersusun untuk melibatkan diri dengan syarikat-syarikat pelaburan kami.
Polisi Dan Garis Panduan
Selaku ahli Majlis Pelabur Institusi Malaysia (IIC), bersama dengan pelabur institusi yang lain, PNB menyokong agenda IIC dalam menggalakkan tanggungjawab pengawasan yang efektif dan amalan tadbir urus yang baik dan menjadi penandatangan Kod Pelabur Institusi Malaysia (MCII).
PNB menggunapakai prinsip tadbir urus korporat berikut dan garis panduan pengundian dalam memantau tata urus syarikat-syarikat pelaburannya yang turut berperanan sebagai garis panduan dalam melaksanakan hak mengundi pada mesyuarat agung.
Pengundian Proksi
Proksi Untuk Perubahan
Mesyuarat Agung berfungsi sebagai landasan bagi pemegang saham menyuarakan pendapat dan melunaskan hak mengundi mereka. Bagi tujuan tersebut, PNB dan Dana Unit Amanah di bawah pengurusannya adalah berpandukan kepada Garis Panduan Pengundian dan Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia. Sebagai institusi yang menitikberatkan ketelusan, PNB komited dalam mendedahkan keputusan pengundiannya yang terdahulu dan akan datang di Mesyuarat Agung syarikat-syarikat pelaburannya.
Jenis Kategori Cadangan | Menyokong | Menentang | Berkecuali |
---|---|---|---|
Jumlah | 787 | 104 | 12 |
Audit/Kewangan | 151 | 2 | 0 |
Lembaga Berkaitan | 363 | 20 | 7 |
Pengurusan Modal | 75 | 49 | 0 |
Perubahan kepada Status Syarikat | 36 | 2 | 0 |
Pampasan | 144 | 25 | 5 |
M&A | 1 | 0 | 0 |
Mesyuarat Pentadbiran | 5 | 1 | 0 |
Lain-lain | 12 | 3 | 0 |
Negara Asal | Mesyuarat Tahunan Pemegang Saham |
Mesyuarat Istimewa |
---|---|---|
China | 5 | 2 |
Hong Kong | 8 | 8 |
Indonesia | 6 | 2 |
Jepun | 4 | 0 |
Republik Korea | 1 | 0 |
Malaysia | 35 | 386 |
Taiwan | 2 | 0 |
United Kingdom | 8 | 0 |
Amerika Syarikat | 7 | 0 |
Jumlah | 427 | 47 |