|
Hartanah
Perniagaan hartanah PNB adalah di bawah seliaan Bahagian Harta. Objektif utamanya ialah meningkatkan pegangan dan penyertaan Bumiputera dalam sektor hartanah domestik melalui pengujudan nilai sinergi dalam hartanah sedia ada dalam Kumpulan PNB dan pelaburan baru dalam pelaburan hartanah yang strategik.
Pada waktu ini, perniagaan hartanah memiliki bangunan komersial, apartmen perkhidmatan, resort dan pusat latihan.
Pengurusan tabung amanah pelaburan hartanah atau REIT, adalah di bawah seliaan sebuah anak syarikat iaitu Pelaburan Hartanah Nasional Berhad (PHNB).
Pada waktu ini, PHNB ialah Pengurus kepada dua REIT yang tersenarai iaitu Amanah Harta Tanah PNB (AHP) dan Amanah Harta Tanah PNB 2 (AHP2) dan sebuah lagi REIT persendirian yang tidak tersenarai iaitu PNB Real Estate Investment Trust (PNB REIT) yang merupakan REIT persendirian tidak tersenarai yang pertama di Malaysia. |