PUSAT KOMUNITI PINTAR PNB
KAMPUNG NENASI PANTAI, PEKAN, PAHANG
Dirasmikan oleh: YAB Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak
Timbalan Perdana Menteri 7 April 2007
KONSEP PUSAT KOMUNITI PINTAR PNB
PUSAT KOMUNITI PINTAR PNB di Kampung Nenasi Pantai, Pekan, mempunyai 3 fungsi utama iaitu Pusat ICT, Bilik Serbaguna dan Pusat Sumber
Pusat pembelajaran ICT untuk pelajar sekolah, belia-belia dan juga golongan dewasa yang akan didedahkan kepada kursus-kursus berkaitan seperti kursus pengenalan komputer (hardware), kursus asas perisian komputer (software), pembinaan laman web dan lain-lain pembelajaran ICT yang bersesuaian
Tempat tuisyen untuk pelajar-pelajar sekolah yang akan menduduki peperiksaan UPSR, PMR dan SPM dan juga sesuai sebagai untuk pusat komuniti penduduk setempat
Projek ini mendapat kerjasama daripada Pejabat Daerah dan Tanah Pekan
BILIK SERBAGUNA
Berkeluasan 77.76 meter persegi atau 837 kaki persegi
Mempunyai 40 buah kerusi (lecture-style), 1 unit white board, 1 set meja untuk tenaga pengajar (boleh memuatkan sehingga 80 orang dalam satu masa
Poster-poster mengenai ahli lembaga pengarah YPB, PNB, ASNB, gambar-gambar CSR PNB dan agenda pembangunan PNB
PUSAT SUMBER
Berkeluasan 28.08 meter persegi atau 302.25 kaki persegi
Mempunyai 9 buah rak buku, 2 buah meja, 8 buah kerusi dan 1 rak majalah. Juga mempunyai sebuah komputer . Juga mempunyai poster-poster mengenai ahli lembaga pengarah YPB, PNB, ASNB, gambar-gambar CSR PNB & agenda pembangunan PNB
Buku-buku rujukan seperti buku-buku motivasi, sejarah, kisah teladan kanak-kanak, keagamaan, sains & alam semulajadi, pengurusan & kewangan, hobi dan kemahiran, kekeluargaan, sukan & permainan tradisi, eksiklopedia dan kamus-kamus
Terdapat juga majalah-majalah daripada Dewan Bahasa dan Pustaka seperti Dewan Pelajar, Dewan Siswa, Dewan Masyarakat, Dewan Ekonomi & Dewan Bahasa