Pelaburan untuk Masa Depan

MASUK PERCUMA

Pelaburan untuk Masa Depan

MASUK PERCUMA

PEKARANGAN AMANJAYA MALL
SUNGAI PETANI, KEDAH


19-25* APRIL 2019 | 10 pagi - 10 malam


*25 April: 10 pagi - 5 petang

PEKARANGAN
AMANJAYA MALL
SUNGAI PETANI, KEDAH


19-25* APRIL 2019 |
10 pagi - 10 malam


*25 April: 10 pagi - 5 petang


MSAM atau Minggu Saham Amanah Malaysia merupakan acara mega tahunan, yang bermatlamat untuk mendidik orang ramai mengenai literasi kewangan. Tumpuan MSAM adalah pameran yang menerapkan kefahaman dan kepentingan tentang perancangan kewangan, konsep risiko dan pulangan serta kaedah pelaburan khususnya unit amanah.

MSAM yang pertama telah berlangsung pada 20 April 2000 di Kuala Lumpur dan sehingga kini telah diadakan di semua 14 ibu negeri. Tahun 2014 menyaksikan MSAM mula menjelajah ke peringkat daerah di setiap negeri pula. Setakat ini, MSAM telah memberi manfaat kepada lebih 3.8 juta pengunjung. Kejayaan penganjuran MSAM adalah berkat sokongan dan kerjasama syarikat-syarikat korporat dan utama negara yang juga merupakan syarikat pelaburan PNB, badan kawal selia, agensi kerajaan dan kerajaan negeri.

Acara mesra keluarga ini mensasarkan rakyat Malaysia dari semua lapisan usia. Pengunjung berpeluang untuk mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti dan kuiz, berinteraksi dengan kakitangan PNB dan wakil dari syarikat-syarikat yang mengambil bahagian dalam pameran serta mengetahui bagaimana pelaburan dalam unit amanah diuruskan.

RAKAN PREMIER

RAKAN UTAMA

RAKAN







HADIAH MENARIK**

PENGUNJUNG BERTUAH & E-PERADUAN

HADIAH MENARIK**

PENGUNJUNG BERTUAH & E-PERADUAN


**tertakluk pada perubahan

PEMPAMER MSAM 2019

PROGRAM MSAM 2019