Pengunjung mengambil peluang menambah pelaburan di Kaunter Pelaburan yang disediakan di Laman ASNB.
Pemenang hadiah motosikal dan basikal pertandingan e-Peraduan harian tajaan MIDF.
Pengunjung cilik bersama buku pasport MSAM 2012.
Tetamu khas program "Ikon Inspirasi", Stacy Angie Anam, diserbu peminat kecilnya ketika kemunculannya di MSAM 2012.
Peminat Stacy merebut peluang bersalaman dengan pemenang wanita pertama program realiti "Akademi Fantasia".
Pandangan dari atas sebahagian kawasan pameran MSAM 2012 yang luas.
Peserta cilik program "Maybank Mewarnai Duniaku" tekun mewarnakan maskot Yippie untuk memenangi pelbagai hadiah menarik.
Gerai UMW 5D Adventure sentiasa diserbu pengunjung remaja yang tidak mahu melepas peluang untuk menyaksikan tayangan filem 5D.
Pengunjung gerai UMW teruja menyaksikan tayangan filem 5D yang merupakan antara tarikan utama di MSAM 2012.
Dua orang peserta "Perodua Investment Race" berkejar untuk mendapatkan petunjuk seterusnya.
Seorang pelajar sedang mencuba teknologi mereka bentuk model kereta yang dibawa khas dari pejabat Jabatan R&D Perodua yang dipamerkan di gerai pameran Perodua.










