Pelajar sekolah berpakaian tradisional masyarakat Sabah siap sedia menyambut kedatangan YAB Perdana Menteri untuk merasmikan MSAM 2012.
Persembahan Silat Sembah menyambut kedatangan YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak dan YAB Datuk Seri Musa Hj Aman serta dif-dif jemputan lain.
YAB Perdana Menteri bersalaman dengan penyambut tetamu yang terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah.
Kakitangan pengurusan kanan PNB, dif-dif jemputan khas dan warga Sabah memenuhi Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Kota Kinabalu sempena majlis perasmian MSAM ke-13.
YAB Perdana Menteri merasmikan MSAM ke-13 sambil diperhatikan oleh YABhg Tun Ahmad Sarji, YAB Datuk Seri Musa Hj Aman dan YBhg Tan Sri Dato' Sri Hamad Kama Piah.




