GALERI MSAM 2008 - 25 APRIL 2008
     
 
Ahli panel Al-Kulliyyah, Ustaz Zahazan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sedang menyampaikan ceramahnya.   Khusyuk... Hadirin Al-Kulliyyah tekun mendengar ceramah.
     
 
Berminat... pengunjung melihat model rumah dua tingkat yang ditawarkan sebagai hadiah utama e-Peraduan.   Menambah ilmu... para pelajar sedang mendengar taklimat kerjaya yang disampaikan oleh wakil Perusahaan Otomobil Kedua Berhad (PERODUA).
     
 
Adi dan Reza dari Skuad Era sedang mengendalikan kuiz yang dianjurkan untuk memeriahkan lagi MSAM 2008.   Penuh harapan... pengunjung sibuk mengisi jawapan untuk soalan e-Peraduan.
     
 
Berkongsi maklumat... wakil Rakan Teknologi MSAM 2008, Encik Sharom Md Shariff dari PERNEC sedang ditemuramah dalam rancangan Bisnes Malaysia.   Mencuba bakat... seorang pengunjung cilik sedang asyik mewarna di Sudut Hibur Didik.