DATA KEHADIRAN PENGUNJUNG

Jumlah kehadiran pengunjung ke MECC 2007 adalah seramai 4,270 orang, yang mana 4,000 orang terdiri daripada pelajar Malaysia manakala 270 orang terdiri daripada penduduk tempatan.

SYARIKAT
PELAJAR MALAYSIA
PENDUDUK TEMPATAN
JUMLAH
Hari Pertama – 26 November
3,000
150
3,150
Hari Kedua – 27 November
1,000
120
1,120
JUMLAH
4,000
270
4,270

Sebanyak  1500 borang kaji selidik telah diambil sebagai sampel profil maklumbalas untuk dianalisis.

Maklumbalas kaji selidik sampel profil seramai 1,500 orang pengunjung ke MECC 2007 dapat dirumuskan secara keseluruhannya seperti berikut :-

  • Majoriti pelajar-pelajar mengetahui akan penganjuran MECC 07 ini melalui makluman daripada kalangan rakan-rakan pelajar dan poster.
  • Seramai 91% pelajar di Timur Tengah telah bersedia untuk kembali ke Malaysia setelah tamat pengajian.
  • Seramai 49% pelajar-pelajar memilih untuk berkhidmat dalam bidang pendidikan, 15% dalam bidang perbankan dan kewangan, 8% hospitaliti, 3% pertanian dan kejuruteraan dan lain-lain sebanyak 22%.
  • Program yang paling dihargai oleh pelajar-pelajar ialah Pameran.

Secara keseluruhannya, maklumbalas yang diterima dari pengunjung menunjukkan objektif penganjuran Karnival ini Berjaya mencapai sasaran yang ditetapkan.