Karnival Kerjaya Timur Tengah 2007 (MECC 2007) adalah program usahasama antara Permodalan Nasional Berhad, syarikat-syarikat berkaitan Kerajaan (GLC), Jawatakuasa Khas Hal Ehwal Pelajar Luar Negara Majlis Tertinggi UMNO Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
Karnival ini adalah inisiatif yang dilaksanakan dengan matlamat membentuk modal insan kelas pertama melalui program bersama pelajar-pelajar di Timur Tengah untuk mendedahkan mereka dengan potensi serta peluang kerjaya di Malaysia.


