|
 |
|
1.
|
1.Apakah program pendidikan yang ditawarkan oleh PNBi? |
| |
PNBi menawarkan dua kursus pendidikan Securities Institute of Australia (SIA) dan satu persijilan profesional Amerika dalam perancangan kewangan.
- Diploma Lanjutan dalam Aplikasi Kewangan dan Pelaburan
- Diploma dalam Pasaran Kewangan
- Perancang Kewangan Bertauliah
Kursus Diploma Lanjutan dan Diploma adalah berdasarkan silabus oleh SIA yang diguna pakai lebih daripada 50 buah negara. Graduan di bidang ini layak memohon menjadi ahli profesional SIA.
Program Perancang Kewangan Bertauliah ini berdasarkan kepada silabus oleh Persekutuan Perancang Kewangan Malaysia (FPAM). Kelayakan Perancang Kewangan Bertauliah secara profesional ini boleh diperolehi setelah mengikuti enam modul yang dikendalikan.
|
|
2.
|
2.Apakah program bengkel latihan yuang ditawarkan oleh PNBi? |
| |
Terdapat 7 jenis bengkel dalam bidang kewangan & pelaburan:
- Perbankan dan Kewangan Korporat
- Pengurusan Dana
- Pembrokeran
- Perancangan Kewangan
- Perbendaharaan
- Program Pengarah Korporat
- Latihan Kewangan Industri
|
|
3.
|
3.Di manakah kelas pendidikan dan bengkel PNBi diadakan? |
| |
Kebanyakan kelas dan bengkel PNBi dijalankan di Tingkat 36 Menara PNB, 201-A Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur dan juga di Tingkat 4, PNB Darby Park. Menara PNB terletak di antara Menara Tan & Tan dengan Bangunan Tabung Haji. Stesyen LRT Putra terdekat ialah stesyen Ampang Park. Tempat letak kereta berbayar terdapat di Darby Park PNB dan tempat letak kereta terbuka KLCC.
|
|
4.
|
4.Adakah program Diploma PNBi, Diploma Lepasan Ijazah dan Perancang Kewangan Bertauliah diiktiraf oleh Pihak Berkuasa tempatan? |
| |
PNB adalah Institusi Pendidikan Tinggi Swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan. PNBi kini sedang berusaha mendapatkan akreditasi LAN untuk program pendidikannya. |
|
5.
|
5.Siapakah yang boleh mendaftar diri dalam program pendidikan PNBi? |
| |
Program yang ditawarkan oleh PNBi terbuka kepada orang ramai dan khususnya individu yang sedang bekerja atau bercadang bekerja dalam bidang industri kewangan dan pelaburan. Semua kursus yang ditawarkan oleh PNBi direkabentuk, ditulis, disampaikan dan dinilai oleh pengamal-pengamal, lantas menjadikannya praktikal dan relevan kepada pelajar yang bekerja. Syarat kemasukan bagi program Diploma dan Perancang Kewangan Bertauliah adalah Sijil Pelajaran Malaysia dan Diploma Lepasan Ijazah, iaitu ijazah pertama yang diiktiraf. |
|
6.
|
6.Berapa lamakah tempoh kursus Diploma Siswazah atau Diploma yang ditawarkan oleh PNBi? |
| |
Pelajar diberi 5 tahun uintuk menyempurnakan kursus-kursus Diploma Siswazah dan Diploma. Sejumlah 8 subjek diperlui untuk kedua-dua kursus. Jika pelajar membuat dua subjek sesemester, bererti dia akan dapat menyempurnakan kursusnya dalam tempoh dua tahun. Sekiranya kesemua lapan subjek tidak dapat disempurnakan dalam 5 tahun, pelajar tersebut perlu mendaftar semula dan membuat kesemua lapan subjek semula. |
|
7.
|
7.Siapakah penyampai program-program PNBi? |
| |
Penyampai program PNBi adalah pengamal-pengamal yang bekerja dalam industri kewangan dan pelaburan di Malaysia dan Australia yang bukan sahaja layak dari segi akademik tetapi juga mempunyai bertahun-tahun pengalaman dalam bidang mereka. Kelayakan profesional juga diambil kira apabila memilih penyampai.
. |
|
8.
|
8.Adakah semua kursus yang ditawarkan oleh SIA di Australia didapati di PNBi? |
| |
Subjek terpilih ditawarkan oleh PNBi melalui kuliah dan subjek yang tidak ditawarkan secara kuliah boleh dibuat melalui pendidikan jarak jauh. PNBi, bagaimanapun, telah mengubahsuai 2 subjek teras masing-masing dari kursus Diploma Lepasan Ijazah dan Diploma mengikut konteks Malaysia untuk menjadikannya lebih relevan kepada pengamal tempatan. |
|
9.
|
9.Bolehkah kursus pendidikan yang ditawarkan oleh PNBi dibuat secara sambilan? |
| |
Ya. Kursus pendidikan direka bentuk untuk mereka yang bekerja. Semua kelas yang disesuaikan dengan konteks Malaysia dijalankan di waktu petang selama beberapa minggu manakala subjek yang disampaikan oleh penyampai Australia dilaksanakan sebagai seminar dalam tiga atau empat hari. |
|
10.
|
10.Berapa kali setahun kursus pendidikan ini ditawarkan oleh PNBi? |
| |
Kursus Diploma Lepasan Ijazah dan Diploma ditawarkan dua kali setahun. Semester pertama bermula dalam bulan Februari dan berakhir kira-kira bulan Mei. Semester kedua bermula pada bulan Julai dan berakhir dalam bulan Oktober.
Program Persijilan Perancang Kewangan Bertauliah di jalankan lebih kerap daripada kursus pendidikan SIA menurut jadual peperiksaan FPAM. |
|
Papar 1-10 dari 10 rekod
. |
|
| |
|
|  |
|
| |
|
|
|
|