|
 |
|
1.
|
Siapakah yang layak melabur dalam AHP ? |
| |
- Warganegara Malaysia berumur 18 tahun keatas.
- Institusi-institusi dan badan-badan korporat.
|
|
2.
|
Bagaimanakah saya boleh melabur dalam AHP ? |
| |
Unit-unit AHP disenaraikan di Bursa Malaysia. Belian dan jualan unit-unit AHP boleh dibuat melalui firma-firma broker saham berlesen dengan mengambil langkah-langkah berikut:
- Membuka akaun urusniaga dengan firma broker saham.
- Membuka akaun CDS melalui firma broker saham.
|
|
3.
|
Berapakah pelaburan minima dan maksima yang boleh dilaburkan ? |
| |
Pelaburan minima adalah 100 unit atau 1 lot manakala tiada pelaburan maksima yang ditetap. |
|
4.
|
Bagaimanakah harga unit-unit AHP ditentukan ? |
| |
Harga unit-unit AHP ditentukan oleh kuasa pasaran, bergantung kepada permintaan dan penawaran unit-unit tersebut dipasaran terbuka. |
|
5.
|
Apakah bentuk pulangan pelaburan yang diperolehi ? |
| |
Pulangan pelaburan, jika ada, adalah diperolehi dalam bentuk berikut:-
- Pengagihan pendapatan setiap enam bulan sekali.
- Keuntungan modal melalui urusniaga unit-unit di Bursa Malaysia.
- Bonus unit daripada kenaikan nilai hartanah.
|
|  |
|
| |
|
|
|
|