NegarakuNegaraku
Pengenalan

Di PNB, kami menyediakan suasana kerja yang memberangsangkan dengan menghimpunkan tenaga kerja tempatan terbaik agar kami mampu bersaing secara efektif dalam persekitaran ekonomi domestik dan antarabangsa yang serba mencabar.

Sebagai sebuah organisasi pelaburan unggul di Malaysia, selama lebih daripada dua dekad PNB memainkan peranan secara aktif dalam merangsang pembentukan ekonomi negara dengan melahirkan profesional Bumiputera dan rakyat Malaysia dalam bidang pelaburan dan pengurusan kewangan.

Budaya korporat kami memberi tarikan kepada individu yang memburu kerjaya yang memberi galakan dan ganjaran terhadap prestasi yang tinggi. Selaras dengan cabaran masa kini, kami menyediakan pelbagai peluang pembangunan individu dan profesional kepada rakan sekerja yang mencakupi pelbagai tanggungjawab dalam segenap bidang perniagaan.

Sekiranya anda berminat untuk memulakan kerjaya di PNB, kami menggalakkan anda untuk mendapatkan maklumat lanjut dengan melayari pautan iringan yang disediakan dalam seksyen peluang kerjaya di laman sesawang PNB.

Membina Kerjaya

Mengenalpasti Minat Anda & Membina Kerjaya

Sebagai sebuah organisasi pelaburan terunggul di Malaysia, kami menawarkan pelbagai peluang kepada individu untuk mengembangkan minat, dan pada masa yang sama membina kerjaya profesional yang memberangsangkan dan memberikan kepuasan kepada mereka.

Rebutlah peluang ini untuk meneroka pelbagai bidang yang boleh menjadi asas untuk anda membina kerjaya bersama kami.

Prosedur Pengambilan

Kami memilih kakitangan kami dengan komitmen yang sama seperti kami memilih pelaburan kami. Inilah sebabnya prosedur pengambilan kami telah diwujudkan. Tidak ada cara yang betul atau salah untuk menjamin seseorang itu mendapatkan pekerjaan di PNB, tetapi proses pemilihan kami mengikut prosedur yang adil dan menyeluruh. Kami percaya pemilihan pekerja adalah satu proses dua hala. Adakah kami memenuhi kriteria pemilihan anda? Dan adakah anda memenuhi kriteria pemilihan kami? Berikut adalah beberapa tip yang mungkin boleh membantu anda dalam usaha untuk mendapatkan pekerjaan di PNB.

Kelayakan

Pemohon dikehendaki mempunyai kelayakan minimum akademik ijazah dari institusi pengajian tinggi untuk jawatan eksekutif. Bagi pemohon dengan kelayakan SPM atau pendidikan menengah yang setaraf, lain-lain jawatan bukan eksekutif disediakan.

Bidang Kepakaran

Bagi pemohon yang merancang untuk membina kerjaya di PNB, kelayakan akademik
dalam bidang berikut adalah satu aset:

  • Undang-undang
  • Kejuruteraan Kimia
  • Perdagangan
  • Kejuruteraan Awam
  • Kewangan
  • Komunikasi Korporat
  • Perakaunan
  • Teknologi Maklumat
  • Sains Aktuari
  • Kejuruteraan Mekanikal
  • Sains Pertanian
  • Analisis Pelaburan
  • Pengurusan Perniagaan
  • Ekonomi

Pengalaman

Pemohon dengan pengalaman industri yang tertentu dan berkaitan akan
diberi keutamaan.

Kemahiran & Kecekapan

Pemohon yang berminat untuk mengembangkan kerjaya mereka dalam
kapasiti pengurusan mesti mempunyai kecekapan dalam bidang-bidang berikut:

  • Kepimpinan
  • keupayaan analisis
  • pemikiran kreatif
  • kemahiran komunikasi dan mempengaruhi
  • daya usaha dan ketabahan
  • bijak membuat penilaian

Kalendar Pengambilan

Pengambilan Pelatih Pengurusan

Pengambilan Pelatih Pengurusan kami dibuka setiap tahun dan terbuka kepada graduan dan pemohon dengan pengalaman kerja kurang daripada 2 tahun. Calon dengan kelayakan akademik yang berkaitan (dengan sekurang-kurangnya PNGK 3.00) digalakkan untuk memohon.

Jawatan-jawatan lain

Kekosongan bagi jawatan eksekutif di PNB bergantung kepada keperluan jabatan-jabatan berkaitan dalam Kumpulan PNB.

Calon-calon yang berminat untuk jawatan-jawatan ini digalakkan untuk melawat seksyen Jawatan Kosong di laman sesawang PNB atau secara alternatif melihat bahagian pengambilan di akhbar-akhbar utama. Pemohon yang berkelayakan dikehendaki menghantar permohonan mereka kepada PNB.

PEMBANGUNAN KEMAHIRAN

Kami menawarkan pelbagai program pembangunan kemahiran sebagai sebahagian daripada komitmen kami yang berterusan untuk memanfaatkan ciri yang terbaik pada setiap individu. Ini telah dicapai melalui pelaksanaan langkah demi langkah janjang pembangunan yang meliputi:

  • Komunikasi Perniagaan
  • Pembangunan Insan
  • Kemahiran Antara Perorangan
  • Teknologi Maklumat & Komunikasi

Tangga Kerjaya

Program Pembangunan Eksekutif

  • Prinsip Pengurusan Berkesan

Program Pengurusan Kepimpinan

  • Program Kecemerlangan untuk Eksekutif Kanan
  • Program Pengurus Muda

Program Pembangunan Pengurusan

  • Pengurusan Strategik
  • Penempatan Luar Negara

Pembangunan Pengurusan Strategik

  • Program Pengurus Besar
  • Pengurusan Strategik
  • Pencapaian Prestasi Cemerlang
  • Kepemimpinan Strategik
JAWATAN KOSONG

Di PNB, kami gigih untuk mencapai kecemerlangan dan menilai prestasi kami berdasarkan tanda aras industri tempatan dan antarabangsa. Kami mengalu-alukan individu yang berminat untuk menyahut cabaran dalam meneruskan kesinambungan kecemerlangan PNB.

Untuk peluang pekerjaan, sila hubungi:

Ketua
Jabatan Operasi Sumber Manusia & Pentadbiran

Aras 35, Menara PNB
201-A Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur

Tel: 03 - 2050 5100
Faks: 03 - 2050 5300
Email: recruit@pnb.com.my

Kembali Ke Atas