|
Operasi Pengurusan Dana Antarabangsa
Teras utama operasi Antarabangsa PNB mengatasi tugasan menggembeleng dan mengembangkan dana adalah keperluan untuk mendapatkan maklumat dan produk kewangan, latihan kepada kakitangan tempatan, mempertingkatkan pengalaman dan pendedahan di arena pelaburan antarabangsa. Seperti yang tertera pada misi syarikat, PNB akan terus berusaha mempertingkatkan perkhidmatannya, justeru di arena kewangan antarabangsa seperti inilah yang dapat menyediakan platfom untuk mencapai misi tersebut.
Pengurusan dana ekuiti (saham) luarnegara ini adalah lebih berbentuk kepada dana milik PNB yang diuruskan melalui mandat global yang tersendiri. Disamping dana luarnegara ini yang diuruskan sendiri, sebahagian darinya diuruskan oleh Pengurus-Pengurus Dana Antarabangsa Luaran yang mana ianya juga bertujuan untuk mendapatkan latihan dan membina hubungan rangkaian kerja. Untuk tujuan pengukuran kayu aras (benchmark), indeks saham The Morgan Stanley Capital International (MSCI) telah digunakan.
Sejajar dengan mandat tersendiri itu, PNB juga bergiat dalam pelaburan alternatif yang memberi pulangan mutlak (absolute return) dalam bentuk danamodal ekuiti persendirian yang ditawarkan oleh pengurus-pengurus dana antarabangsa yang berpakaran.
Sejak awal penubuhan unit pelaburan antarabangsa pada tahun 1988 sehingga kini, PNB telah memperolehi hubungan rangkai kerja antarabangsa yang baik di kalangan syarikat-syarikat sekuriti saham, pelaburan dan pengurus harta, pemegang amanah, dan syarikat kumpulan pelaburan yang seumpama PNB di peringkat global.
.
|