|
Komitmen PNB ke arah meningkatkan mutu pengurusan dan proses kerja untuk penambahbaikan berterusan dilaksanakan melalui piawaian baru MS ISO 9001: 2000.
Dengan mengadaptasikan piawaian baru MS ISO 9001: 2000, sistem pengurusan kualiti di PNB telah mengambil pendekatan yang lebih menyeluruh dalam memenuhi keperluan dan kemahuan pelanggan melalui kepimpinan yang efektif (tanggungjawab pengurusan), penglibatan pekerja serta proses penambahbaikan yang berterusan.
Pertukaran kepada versi baru MS ISO 9001: 2000 daripada versi lama MS ISO 9002: 1994 membuktikan kesediaan PNB untuk sentiasa meningkat dan mengamalkan aspek-aspek penting di dalam perniagaan seperti kecekapan (efficiency) , perpaduan (intergration), ketekalan (consistency) dan ketelusan (transparency).
Perjalanan menuju kepada versi baru MS ISO 9001:2000 bermula pada bulan Januari 2002. Berikut adalah syarikat-syarikat kumpulan PNB yang telah berjaya mendapatkan persijilan MS ISO 9001: 2000.
| Syarikat |
Tarikh Persijilan (MS ISO 9002: 1994) |
Tarikh Pertukaran (MS ISO 9001: 2000) |
| Amanah Saham Nasional Berhad |
17 Disember, 1997 |
5 November, 2002 |
| PNB |
19 Oktober, 1998 |
27 September, 2002 |
| Pengurusan Pelaburan ASN Bhd |
3 September, 1999 |
16 September, 2002 |
| Pelaburan Hartanah Nasional Berhad |
3 September, 1999 |
17 September, 2002 |
| PNB Property Management Sdn Bhd |
5 Oktober, 1999 |
6 November, 2002 |
| PNB Property Management Serives Sdn Bhd - ILHAM |
29 Oktober, 1999 |
29 Oktober, 2003 |
|