|
International Organization for Standardization (ISO) adalah persekutuan badan-badan piawai nasional di seluruh dunia daripada 140 negara. ISO adalah organisasi bukan kerajaan yang ditubuhkan pada 1947.
Tujuan utama ialah untuk menggalakkan perkembangan piawaian dan kegiatan berhubungan dengannya di dunia untuk membolehkan pertukaran barangan dan perkhidmatan secara antarabangsa.
Di samping itu, misinya ialah secara aktif memperkembangkan kerjasama dalam bidang aktiviti intelek, sains, teknologi dan ekonomi.
|