Perniagaan | MSAM | Berita | Ucapan | Kerjaya | Mengenai Kami | FAQ | Maklumbalas

LAMAN UTAMA
PERNIAGAAN
Teknologi
Maklumat

PERNIAGAAN
Teknologi Maklumat
Tinjauan



Teknologi Maklumat

Dalam persekitaran industri di mana maklumat adalah penting bagi kejayaan mana-mana organisasi, Teknologi Maklumat telah diberi penekanan oleh PNB sebagai pencetus ke arah mencapai matlamat dan kepentingan perniagaannya. Dari beberapa sudut keperluan dan perlaksanaan, Bahagian Teknologi Maklumat di PNB bertanggungjawab untuk membentuk penyelesaian proaktif secara menyeluruh untuk memastikan kepentingan pemegang unit dipenuhi sejajar dengan Pernyataan Komitmen dan Falsafah PNB.

PNB berusaha menerima pakej perisian teknologi maklumat terkini dalam semua aktiviti perniagaan dan perkhidmatan berkaitan penggunanya.

Penglibatan PNB dalam segmen perniagaan Teknologi Maklumat mencakupi dari pengurusan Perniagaan Saham Amanahnya yang meluas itu, iaitu Sistem Unit Amanah (SUA), hinggalah penyertaan dalam syarikat usahasama Teknologi Maklumat.  SUA PNB berkembang dalam institusi ini seawal 1985 hingga menjadi sistem sekarang yang memberi khidmat kepada lapan juta pemegang akaun dan tersebar di lapan skim saham amanah utama.  Usaha Bahagian Teknologi Maklumat memperlihatkan penubuhan kemudahan pemulihan bencana menyeluruh lengkap dengan pusat rangkaian alternatif dalam tahun 1993.  PNB juga memulakan integrasi operasi saham amanahnya dengan operasi pelaburan.


 

Untitled