|
Kelab Pelaburan Bijak dilancarkan oleh Menteri Pendidikan Tan Sri Datuk Musa Muhamad di Minggu Saham Amanah Malaysia 2000. Objektif utama kelab ini ialah untuk menanam kesedaran mengenai pelaburan dan memupuk tabiat melabur di kalangan generasi muda.
Kelab ini pada mulanya ditubuhkan di peringkat sekolah menengah dengan sebuah sekolah mewakili satu negeri. PNB telah menubuhkan 14 buah kelab di seluruh negara. Sekolah-sekolah yang layak dipilih berdasarkan kriteria tertentu yang antaranya:
- Penyertaan dalam aktiviti ko-kurikulum
- Jumlah yang dilabur oleh ahli-ahli kelab dalam unit-unit amanah yang diuruskan oleh PNB
- Lokasi sekolah
|