Perniagaan | MSAM | Berita | Ucapan | Kerjaya | Mengenai Kami | FAQ | Maklumbalas

LAMAN UTAMA
PERNIAGAAN
Komunikasi
Korporat
Tinjauan
Program TV Along

PERNIAGAAN
Komunikasi Korporat Global
Program TV Along



Program TV Along Bijak dilancarkan pada tahun 1995, dan menjadi contoh cemerlang dalam usaha PNB untuk memupuk minat kepada matematik di kalangan generasi muda.  Sejak disiarkan di seluruh negara, program TV Along telah menerima maklum balas yang begitu baik daripada penonton sehingga ia menjadi salah satu rancangan kanak-kanak keluaran tempatan yang terbaik.

Program ini dicipta dengan menggunakan konsep maskot dalam bentuk Along, dan dipersembahkan sebagai siri TV kanak-kanak yang dilakonkan oleh sekumpulan pelakon kanak-kanak tempatan yang berbakat.

Along adalah medium budaya dan juga sebagai alat pembina minda bagi kanak-kanak untuk memastikan bahawa kanak-kanak tidak takut pada matematik.  Di samping itu, program ini seluruhnya bersifat mendidik dan menghiburkan bertujuan terutamanya untuk menanam unsur-unsur positif dan nilai-nilai moral.

Along adalah pemangkin kepada usaha PNB ke arah menggalakkan program berteraskan pendidikan untuk kanak-kanak dari peringkat pra sekolah hingga ke usia 12 tahun. 

Kini dengan tekad untuk terus menanam minat kanak-kanak terhadap Matematik rancangan Along diterbitkan semula oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) dengan konsep yang lebih ceria dan nama yang menonjolkan kepintaran, iaitu Along Bijak. Malayan Banking Berhad (Maybank) dan Malaysia National Insurance Berhad (MNI) merupakan penaja bersama dalam program ini. Berkonsepkan hibur didik, Along Bijak terus memberi penekanan terhadap kepentingan dan penggunaan Matematik dalam kehidupan seharian. Melalui usaha sebegini adalah diharapkan kanak-kanak akan menyedari bahawa Matematik itu mudah dan menyeronokkan.


 

Untitled