PENGURUSAN ASET

PNB merupakan salah satu pengurus aset terkemuka di Malaysia. Kami mempunyai kepakaran untuk menguruskan pelbagai portfolio yang memberikan pulangan kompetitif kepada pemegang unit. Kami memastikan kepentingan pelabur kami dilindungi pada setiap masa.

Kami mempunyai pengalaman lebih daripada 35 tahun dan rekod prestasi yang terbukti dalam menguruskan pelbagai aset pelaburan yang terdiri daripada ekuiti dan hartanah di peringkat domestik dan antarabangsa. Pasukan pelaburan profesional kami yang berdedikasi sentiasa berusaha untuk memperkenalkan produk-produk baru dan memastikan pelaburan yang dibuat memberikan pulangan yang kompetitif.

Sebagai pemain utama dalam industri unit amanah, PNB telah mengukuhkan reputasinya sebagai sebuah institusi yang layak menggerakkan dan menguruskan dana rakyat. Penyertaan lebih daripada 11.6 juta pemegang akaun dalam produk yang kami tawarkan mencerminkan keyakinan orang ramai terhadap prestasi dan kebolehan kami.

Kejayaan ini telah dicapai melalui pengurusan dana yang memberi pulangan yang mapan dan kompetitif; dengan mengekalkan tahap profesionalisme dan disiplin yang tinggi serta berhemah dalam merangka strategi pelaburan kami.

Proses Pelaburan

Kami mengamalkan proses pelaburan yang dinamik dan berdisiplin berdasarkan:

Analisis fundamental dan berasaskan penyelidikan

PNB melabur dalam syarikat-syarikat kukuh yang menjana pulangan pelaburan yang positif sama ada daripada peningkatan modal dan / atau pendapatan dividen. Pemilihan saham adalah berdasarkan kepada analisis dan penelitian teliti pasukan pasukan penganalisis kami yang kemudiaannya akan mengemukakan cadangan pelaburan.

Pendekatan atas ke bawah dan bawah ke atas

Penyelidikan ini memberi tumpuan kepada faktor-faktor makroekonomi, dan fundamental syarikat yang tertentu. Ia dilaksanakan oleh pasukan penganalisis dan ahli ekonomi dalaman kami. Khidmat penganalisis dan ahli ekonomi luar juga memberi sokongan dalam membentuk pandangan alternatif mengenai keadaan ekonomi, sektor dan saham.

Penekanan kepada pengurusan risiko yang aktif

PNB menggabungkan beberapa lapisan pengurusan risiko di seluruh rantaian proses pelaburan yang direka untuk mengesan dan bertindak balas kepada pelbagai trend dan pergerakan pasaran untuk menghadkan risiko kelemahan portfolio dan memaksimumkan pulangan jangka panjang. Walaupun kami adalah pelabur jangka panjang, peruntukan aset yang dinamik dan keseimbangan yang tepat pada masanya terhadap portfolio kami akan membantu mengurangkan turun naik pasaran.

Pematuhan kepada keperluan peraturan

PNB ditadbir dengan peraturan dan garis panduan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Sekuriti. Kami mempunyai Jabatan Pematuhan sebagai sebahagian daripada mekanisme kawalan dalaman. Jabatan ini memantau aktiviti pelaburan PNB dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan keperluan pematuhan dan peraturan yang ditetapkan oleh Akta Syarikat serta peraturan Suruhanjaya Sekuriti.

Di samping itu, Lembaga Pengarah dan Jawatankuasa Pelaburan kami yang disegani sentiasa bersedia untuk membimbing operasi dan prosedur pelaburan kami.

(seterusnya)

Objektif mewujudkan dan memberi nilai jangka panjang yang mampan bagi mereka yang berkepentingan mendorong strategi keseluruhan pelaburan, peruntukan aset dan rangka kerja pengurusan risiko. Lapisan kepelbagaian membantu memastikan kekuatan seluruh kitaran pasaran. Itulah sebabnya kami melabur dalam pelbagai kelas aset dan mempunyai pegangan dalam lebih daripada 20 pasaran utama ekuiti dunia.

Kami berpegang teguh kepada proses pelaburan berdisiplin berdasarkan kepada fundamental dan disokong oleh pasukan penyelidik yang memberi tumpuan kepada pelbagai sekuriti, sektor, pasaran dan isu-isu untuk mengenal pasti peluang pelaburan yang berpotensi dalam semua persekitaran pasaran. Kami menumpukan fokus pelaburan kepada saham-saham yang terpilih dan mempunyai kepelbagaian yang telah dikenal pasti sebagai saham-saham yang kukuh dan berkedudukan terbaik.

Kami mengamalkan pengurusan pelaburan yang aktif dalam rangka kerja yang menghindari risiko – kami melabur, merasionalkan, menyatukan atau melupuskan pelaburan jika kami yakin nilai pemegang saham yang jelas boleh dicapai. Ini melengkapkan objektif pelaburan strategik PNB yang memberi tumpuan khusus kepada pencapaian yang kukuh, pulangan terlaras risiko dalam jangka masa panjang.

Kewangan Korporat

Sebagai pengurus pelaburan terbesar di Malaysia yang menguruskan dana berjumlah lebih RM255 bilion, kami telah melabur di dalam lebih daripada 200 syarikat di Malaysia yang terlibat dalam pelbagai sektor utama ekonomi. Ini merupakan sebahagian daripada syarikat-syarikat yang mewakili sektor-sektor peneraju ekonomi negara.

Antara syarikat-syarikat pelaburan utama kami yang mempunyai rekod prestasi yang terbukti dan cemerlang ialah Malayan Banking Berhad, I & P Group Sdn Berhad, UMW Holdings Berhad, dan Sime Darby Berhad. Di samping itu, kami juga melabur dalam syarikat-syarikat multinasional seperti Goodyear Malaysia Berhad dan Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Berhad.

Fungsi pemantauan prestasi pelaburan kami pada dasarnya tertumpu kepada pemantauan industri utama untuk memastikan perlaksanaan pemantauan yang berkesan dan menyeluruh. Fungsi ini dikendalikan oleh empat kumpulan yang dikhususkan kepada industri- industri utama seperti berikut:

  • Kewangan dan PerbankanPerdagangan
  • Perladangan dan Utiliti
  • Pembinaan, Logistik dan Pembangunan Hartanah
  • Perdagangan, Perkhidmatan dan Produk Pengguna
  • Produk Perindustrian dan Teknologi Maklumat & Komunikasi (ICT)

Untuk melindungi pelaburan pemegang-pemegang unit kami, kami memantau syarikat-syarikat pelaburan kami secara berterusan melalui analisis mendalam serta penglibatan proaktif dengan pihak pengurusan dan lembaga pengarah syarikat-syarikat pelaburan. Kami percaya bahawa ini satu langkah yang penting untuk memastikan syarikat-syarikat pelaburan kami berusaha untuk mencapai prestasi yang membanggakan dan peningkatan nilai.

Peningkatan Nilai

Kami percaya bahawa peningkatan nilai pelaburan adalah kunci kepada pulangan jangka panjang yang berkekalan. Dengan latar belakang ini, kami percaya syarikat-syarikat harus berusaha untuk berkembang secara organik serta meneroka inisiatif untuk mewujudkan nilai pemegang saham.

(seterusnya)

Menyedari hakikat ini, kami sentiasa menilai, meneroka dan mengatur dengan bersungguh-sungguh cadangan-cadangan korporat seperti pengambilalihan songsang, penggabungan dan pemerolehan, penyatuan strategik serta lain-lain cadangan penstrukturan semula kewangan dan juga modal yang dikendalikan oleh syarikat-syarikat penerima labur kami. Sesungguhnya, kami amat mementingkan perlindungan kepentingan pewaris dana di bawah pengurusan kami dan ini kami pastikan melalui perlaksanaan inisiatif korporat yang terus-menerus menghasilkan peningkatan nilai pelaburan bagi pemegang saham syarikat dan juga pemegang unit saham amanah.

Tadbir Urus Korporat

Kami memegang sepenuhnya kepada prinsip dan amalan terbaik seperti yang diajukan oleh Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia dan kami sentiasa menegaskan agar pengarah-pengarah namaan PNB yang dilantik di dalam syarikat-syarikat penerima labur kami menyebarluaskan prinsip yang sama ini.

(seterusnya)

Kami percaya dengan mengamalkan prinsip dan amalan terbaik tadbir urus korporat yang menganjurkan ketelusan dalam prosedur operasi perniagaan akan dapat meningkatkan kebertanggungjawaban dan integriti korporat serta memantapkan lagi hubungan pelabur dengan syarikat. Langkah ini juga akan menghasilkan keberkesanan serta kecekapan dalam pengurusan syarikat-syarikat penerima labur kami dan seterusnya dapat melindungi kepentingan keseluruhan pemegang saham.

Perkhidmatan Kewangan dan Insurans

Automotif

Malayan Banking Berhad
UMW Holdings Berhad
Etiqa Insurance & Takaful
Sime Darby Berhad
MNRB Holdings Berhad
Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd
Takaful Ikhlas Berhad
Malaysian Industrial Development Finance Berhad

Perladangan

Hartanah

Sime Darby Berhad
I & P Group Sdn Berhad
Sime Darby Berhad
S P Setia Berhad

Logistik dan Infrastruktur

Pharmaceutical and Kimia

Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd Chemical Company of Malaysia Berhad

Perindustrian dan Peralatan

Tenaga, Minyak dan Gas

UMW Holdings Berhad UMW Holdings Berhad
Sime Darby Berhad Sime Darby Berhad

Pembuatan dan Kejuruteraan

UMW Holdings Berhad

Pengurusan Dana Antarabangsa

Teras utama operasi antarabangsa PNB, selain daripada menggembleng dan mengembangkan dana yang diperuntukkan, adalah untuk mendapatkan maklumat tentang kewangan dan produk, dan memberi latihan kepada kakitangan tempatan, serta mempertingkatkan pengalaman dan pendedahan mereka di arena pelaburan antarabangsa. Seperti yang tertera dalam misi syarikat, PNB akan terus berusaha mempertingkatkan prestasinya dan arena kewangan antarabangsa memberinya platform untuk mencapai misi tersebut.

Pengurusan dana ekuiti luar negara ini lebih berbentuk dana milik PNB yang diuruskan melalui mandat global yang tersendiri. Dalam usahanya untuk memberi latihan dan memperluaskan hubungan kerja dengan rakan sejawat antarabangsa, PNB menggunakan kepakaran pengurus dana antarabangsa dan mengekalkan sebahagiannya lagi untuk diuruskan sendiri. Indeks saham Morgan Stanley Capital International (MSCI) telah digunakan untuk tujuan penandaarasan.

Di samping mandat tersendiri ini, PNB juga bergiat dalam pelaburan alternatif yang memberi pulangan mutlak dalam bentuk dana ekuiti modal persendirian yang ditawarkan oleh pengurus-pengurus pakar dana antarabangsa.

Sejak penubuhan unit pelaburan antarabangsa pada tahun 1988, PNB telah menjalinkan hubungan dengan syarikat-syarikat sekuriti saham, pelaburan dan pengurus harta, pemegang amanah, dan syarikat-syarikat pelaburan seperti PNB di peringkat global.

Jabatan Pengurusan Dana Antarabangsa,
Kuala Lumpur

Pada bulan Julai 1988, unit Pengurusan Dana Antarabangsa telah ditubuhkan untuk melaksanakan portfolio pelaburan langsung luar negara PNB. Ia juga bertujuan untuk melatih tenaga pakar dalaman dalam bidang pelaburan antarabangsa untuk menjana pulangan pelaburannya yang kompetitif di luar negara.

PNB (UK) Limited

Pejabat di London ini memberi tumpuan kepada pasaran di United Kingdom, Amerika Syarikat dan lain-lain pasaran Eropah, dan menguruskan dana milik sendiri PNB dalam instrumen ekuiti. Penubuhan pejabat di London memberikan kelebihan bagi PNB untuk mencari peluang-peluang baru untuk aktiviti-aktiviti lain dalam bidang kewangan korporat, penyelidikan, latihan kakitangan dan pendidikan.

Alamat Perhubungan:
PNB (UK) Limited
4th Floor, 77 Queen Victoria Street
London EC4V 4AY
The United Kingdom
Tel: (+44) 020-7382 1500
Faks: (+44) 020-7382 1501

Singapore Unit Trusts Limited

Singapore Unit Trusts Limited (SUT) telah ditubuhkan pada 17 Ogos 1959 dengan nama Malayan Unit Trust Limited. SUT mula menggunakan namanya sekarang pada 6 Mei 1960. SUT menjadi sebuah syarikat ahli Kumpulan PNB selepas diambil alih oleh PNB International Limited (Labuan), anak syarikat milik penuh PNB, pada tahun 2000.

Langkah ini membolehkan PNB untuk mendapatkan pendedahan lanjut dalam pengurusan unit amanah di peringkat antarabangsa, seterusnya meningkatkan pengetahuan produk pelaburan terbaru yang boleh disesuaikan dan diperkenalkan ke dalam pasaran Malaysia dari semasa ke semasa.

Alamat Perhubungan:
Singapore Unit Trusts Limited
8 Robinson Road
#04-00 ASO Building
Singapore 048544
Tel: (+65) -6532 3761
Faks: (+65) -6532 3764
Laman web: http://www.sut.com.sg

PNB Asset Management (Japan) Co Ltd

Dalam usahanya untuk memperluaskan perniagaan di luar pasaran domestik, PNB telah menubuhkan sebuah lagi pejabat global di Tokyo, Jepun pada tahun 2008. Dengan pembukaan pejabat Tokyo ini, PNB kini mempunyai tiga buah pejabat di luar negara iaitu Singapura, United Kingdom dan Jepun. Tokyo telah dipilih kerana statusnya sebagai salah satu pasaran modal yang paling maju di Asia serta kedudukannya yang dekat dengan kuasa besar ekonomi baru iaitu China. PNB Asset Management (Japan) Company Ltd beroperasi sebagai sebuah syarikat pengurusan aset bersama pejabat global lain PNB dan kini menguruskan sebahagian daripada jumlah pelaburan antarabangsa PNB dengan penekanan mandat ekuiti ke atas ekuiti Jepun dan Asia Utara.

Alamat Perhubungan:
PNB Asset Management (Japan) Co Ltd
The New Otani Garden Court
19F, 4-1, Kioi-Cho
Chiyoda-ku, Tokyo 102-0094
Japan
Tel: (+81) 3-6261 0017
Faks: (+81) 3-6261 0015

Unit Amanah & REIT

Perniagaan unit amanah PNB diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) yang menguruskan 12 dana unit amanah, dan Amanah Mutual Berhad (AMB) yang menguruskan 16 dana. ASNB memenuhi segmen pasaran individu-individu tempatan, manakala AMB pula memenuhi segmen pasaran yang merangkumi individu-individu tempatan dan bukan tempatan, dan institusi- institusi. Untuk melengkapkan perniagaan unit amanahnya, PNB juga memberi tumpuan kepada amanah pelaburan hartanah (REIT) yang diuruskan oleh Pelaburan Hartanah Nasional Berhad (PHNB). REIT yang diuruskan oleh PHNB ialah Amanah Harta Tanah PNB (AHP) yang disenarai di Bursa Malaysia Securities Berhad sejak 1989. Selain dari REIT, PHNB juga mengurus sebuah tabung amanah persendirian, iaitu, PNB Property Trust.



Hartanah & Hospitaliti

PNB menjalankan perniagaan hartanahnya melalui beberapa buah syarikat dan bahagian. Tumpuan kepada perniagaan hartanah adalah sejajar dengan hala tuju masa depan PNB untuk menjana pendapatan daripada sektor ini.

Bermula dengan bangunan pertamanya – Menara PNB di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur – pada tahun 1984, portfolio hartanah PNB telah berkembang sehingga mencapai kedudukan penting dari segi nilai dan sumbangannya kepada Kumpulan. Selama sedekad yang lalu, PNB telah secara agresif meningkatkan aset hartanahnya melalui pembelian hartanah, pembangunan dan penstrukturan semula.

PNB juga aktif dalam pembangunan hartanah melalui pegangan strategik dalam beberapa buah syarikat, termasuk Kumpulan I&P Sdn Bhd dan Sime Darby Berhad.

Hari ini, aset hartanah PNB terdiri daripada bank tanah yang besar dan pelbagai hartanah komersil, termasuk bangunan pejabat, apartmen perkhidmatan, kompleks membeli-belah dan kedai-kedai runcit.

  • Menara PNB
  • PNB Perdana Hotel & Suites On The Park
  • Menara Tun Ismail Mohamed Ali
  • PNB Damansara
  • Kenanga International Building
  • Menara MIDF
  • Menara MBSB
  • Bangunan UTM SPACE
  • Menara HeiTech Village
  • CSF Computer Exchange 1 (CX 1)
  • CSF Computer Exchange 2 (CX 2)
  • CSF Computer Exchange 5 (CX 5)
  • Bangunan Setia 1
  • Plaza Damanasara Blok B
  • Plaza Damansara I
  • Plaza Damansara II
  • The Epicure
  • Kolej Ilmu
  • Kompleks Sukan Perdana

Sebagai sebahagian daripada pelan strategik dalam pasaran ini, beberapa portfolio hartanah PNB seperti Menara PNB, Wisma Bank Islam dan PNB Perdana Hotel & Suites On The Park, Menara Tun Ismail Mohamed Ali dan Bangunan PNB Damansara telah disuntik ke dalam PNB REIT.

PNB juga telah memulakan kerja-kerja menaik taraf Bangunan MAS 35 tingkat di Kuala Lumpur dan pembinaan sebuah menara hotel baru 50 tingkat bersebelahan dengannya, yang dijangka akan siap pada tahun 2017.

Sebagai sebahagian daripada pelan strategi syarikat untuk mempelbagaikan pegangan, PNB telah beralih kepada pasaran hartanah antarabangsa.

PNB mengorak langkah meneroka pelaburan hartanah luar negara dengan pembelian Santos Place, sebuah bangunan pejabat gred-A 37 tingkat bertaraf 6-Star Green Star yang terletak di 32, Turbot Street, Brisbane, Australia (Santos Place). Pembelian itu telah dimuktamadkan pada tahun 2010.

Selepas menyempurnakan pengambilalihan Santos Place, PNB terus memperkukuhkan pemilikan hartanahnya di peringkat antarabangsa dengan pembelian tiga bangunan komersil di United Kingdom, iaitu, Milton & Shire Houses yang terletak di 1, Silk Street, London EC2, One Exchange Square terletak di 175 Bishopsgate, London EC2 dan 90, High Holborn yang terletak di London WC1 . Ketiga-tiga pembelian tersebut telah disempurnakan pada suku pertama tahun 2012.

Santos Place ialah sebuah bangunan pejabat Premium Gred-A yang merupakan bangunan yang terbesar di Australia yang menerima pengiktirafan 6-Star dengan 5.5 NABERS penarafan tenaga. Antara penyewa utama bangunan ini ialah Petronas, Santos, Aurecon dan Nielson Properties.

Website: http://www.santosplace.com.au
Milton & Shire Houses terletak diantara Silk Street dan Milton Street dan berhampiran dengan stesen keretapi bawah tanah Moorgate dan Barbican. Keseluruhan bangunan tersebut disewa sepenuhnya kepada Linklaters Business Services.
One Exchange Square ialah sebuah bangunan pejabat dan ruang sewa Gred-A yang terletak dalam lingkungan pejabat Kompleks Broadgate di tengah-tengah Kota London berhampiran Stesen Liverpool Street. One Exchange Square ini disewakan kepada European Bank of Reconstruction and Development dan lain-lain peniaga.
90 High Holborn terletak di Midtown, di tengah-tengah Kota London. Bangunan ini mengandungi pejabat, ruang niaga dan tempat letak kereta yang disewakan sepenuhnya kepada OMD Services Limited.
Berkeluasan kira-kira 164,200 kaki persegi dan terletak di Kingsway, bersebelahan dengan stesen bawah tanah Holborn. Ia kini disewakan kepada Pejabat Setiausaha Negara, Sainsbury’s Supermarket Limited dan Boots UK Limited.
Terletak di tengah-tengah kota London, Bangunan pejabat Gred “A” dengan keluasan kira-kira 27,000 kaki persegi ini terdiri daripada dua tingkat bawah dan empat tingkat atas. Bangunan ini disewakan kepada pelbagai penyewa termasuklah pejabat PNB UK Limited.

Perniagaan hospitaliti PNB pada masa ini terdiri daripada PNB Perdana Hotel & Suites On The Park di Kuala Lumpur dan PNB Ilham Resort di Port Dickson, Negeri Sembilan dan Hotel Perdana di Kota Bharu, Kelantan.

Sebuah bangunan 39 tingkat terletak di lokasi strategik di Jalan Binjai dan mudah dikunjungi melalui Jalan Ampang dan Persiaran KLCC. Ia terletak dalam pusat perniagaan Kuala Lumpur dan dikelilingi oleh mercu tanda terkenal seperti Menara Berkembar KLCC, InterContinental Hotel, Menara Citibank, Bangunan Lembaga Tabung Haji, Menara PNB dan Stesen LRT Ampang Park.

Ia merupakan pangsapuri servis terkemuka dengan 340 buah bilik yang dilengkapi dengan ruang komersial seluas 109.161 kaki persegi, restoran khusus dan kemudahan moden. Ia telah dibuka pada bulan Jun 2000 dan diuruskan bersama dengan PNB Management Services Sdn Berhad dan Darby Park (Management) Pte Ltd.

Laman web: http://www.pnbperdanaonthepark.com/
PNB Ilham Resort terdiri daripada enam buah blok bangunan rendah berangkai yang menghadap Selat Melaka. Ia terletak di lokasi eksklusif iaitu Tanjung Tuan Lagoon, kira-kira 16km dari bandar Port Dickson. Suasana yang tenang dan persekitaran semula jadi yang menakjubkan menjadikannya satu destinasi percutian yang sempurna untuk keluarga.

Pusat peranginan ini mempunyai 52 unit pangsapuri 3 buah bilik tidur dan 4 buah bilik tidur serta bilik latihan dengan fungsi kontemporari, dan kemudahan rekreasi termasuk pusat rekreasi dalaman, bilik karaoke, kolam renang, taman permainan kanak-kanak dan denai semula jadi.

Laman web: http://www.ilhamresort.com
PNB Hotel Perdana di Kota Bharu, Kelantan yang telah diperolehi pada tahun 2008, telah menyelesaikan proses menaik taraf yang mempunyai 272 bilik.

Laman web: http://www.hotelperdanakotabharu.com
Pendidikan & CSR

PNB telah melaksanakan pelbagai program pendidikan yang menyeluruh sebagai sebahagian daripada sumbangan tanggungjawab sosial korporat (CSR) ke arah meningkatkan pembangunan modal insan untuk negara. Sebagai institusi pelaburan utama di negara ini, inisiatif pendidikan kami memberi tumpuan kepada pelaburan dan aktiviti kewangan yang berkaitan. Usaha-usaha ini disasarkan kepada orang ramai dari semua lapisan masyarakat dari sekolah menengah dan pelajar universiti sehinggalah golongan profesional dan orang awam.


KOLEJ ILMU PNB


KELAB PELABURAN
BIJAK 1MALAYSIA


SEMINAR PELABURAN
360 1MALAYSIA

MINGGU SAHAM
AMANAH MALAYSIA

KUIZ PELABURAN
PNB 1MALAYSIA


PROGRAM
BIASISWA


YAYASAN TUN ISMAIL
MOHAMED ALI BERDAFTAR


PNB INVESTMENT
INSTITUTE SDN BHD

Kolej ILMU PNB

Kolej Ilmu ditubuhkan di Kuantan, Pahang pada tahun 1998, dengan objektif untuk membantu pelajar miskin dari Pantai Timur yang cemerlang dalam akademik mereka untuk melanjutkan pengajian ke peringkat menengah. Kolej Ilmu menyediakan pelbagai bantuan kewangan penuh yang meliputi yuran asrama, yuran sekolah dan lain-lain keperluan sekolah serta menempatkan mereka di sekolah-sekolah harian terpilih.

Dengan sokongan dan galakan yang diberikan, pelajar-pelajar ini diharapkan mampu bersaing dengan pelajar-pelajar lain dan membuktikan bahawa mereka juga mampu berjaya dalam bidang yang ceburi pada masa hadapan.

KELAB PELABURAN BIJAK

PNB terlibat secara aktif dengan komuniti sekolah menengah sejak penubuhan Kelab Pelaburan Bijak PNB 1Malaysia (KPBPNB1Msia) pada tahun 2000. Matlamat utama mewujudkan Kelab Pelaburan Bijak adalah untuk mewujudkan kesedaran dan menyampaikan pengetahuan mengenai pelaburan dan perancangan kewangan kepada pelajar-pelajar sekolah menengah.

Antara aktiviti yang telah dianjurkan oleh KPBPNB1Msia adalah aktiviti pelaburan/simpanan yang berkaitan, bengkel perancangan kewangan, seminar motivasi, lawatan ke Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) dan Syarikat Kumpulan PNB.

Penubuhan KPBPNB 1Msia di 104 sekolah menengah di seluruh negara diharap dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh ahli-ahlinya untuk menjadi seorang pelabur yang bijak.

Laman Web: www.kelabpelaburan.com.my

SEMINAR PELABURAN 360 1MALAYSIA

Program ini diadakan pada setiap hari di seluruh negara. Objektif utamanya adalah untuk memberi kesedaran mengenai kepentingan perancangan kewangan di kalangan semua lapisan masyarakat. Sebagai sebahagian daripada program ini, ASNB juga mengadakan seminar dalam bentuk “ASNB Investment Talk” sebagai perkhidmatan nilai tambah kepada pemegang unitnya yang setia. “ASNB Investment Talk” ini diadakan dengan bantuan perancang kewangan ASNB yang bertauliah, pengurus dana dan penceramah jemputan daripada organisasi kewangan terkemuka untuk membantu memberikan pemahaman yang lebih baik mengenai pasaran dan keadaan ekonomi semasa.

Laman Web: seminar360.asnb.com.my

MINGGU SAHAM AMANAH MALAYSIA

MSAM adalah acara pelaburan utama PNB yang telah dianjurkan sejak tahun 2000 dengan objektif untuk mendidik orang ramai mengenai risiko dan pulangan, pelaburan, unit amanah serta perancangan kewangan. Program ini dianjurkan dengan kerjasama syarikat-syarikat Kumpulan PNB, badan-badan kawal selia industri unit amanah, agensi-agensi Kerajaan yang terpilih dan juga Kerajaan-kerajaan Negeri. Sepanjang seminggu acara ini berjalan, pelbagai aktiviti dianjurkan untuk pelawat yang terdiri daripada semua lapisan masyarakat. MSAM telah dianjurkan di semua negeri di Malaysia dan dikunjungi oleh lebih daripada 2.8 juta rakyat Malaysia.

MSAM mula diperkenalkan pada tahun 2000 berikutan pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menjadikan “Minggu Pelaburan Bersama PNB” satu acara tahunan yang dinamakan “Minggu Saham Amanah Malaysia”. Tarikh pelancaran acara tahunan ini telah ditetapkan pada 20 April bertepatan dengan tarikh pelancaran tabung unit amanah pertama PNB iaitu Sekim Amanah Saham Nasional (ASN). MSAM ini diadakan setiap tahun pada 20 April selama seminggu. Sejak ia mula dilancarkan pada tahun 2000, MSAM sentiasa mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai.

Laman Web: MSAM2016

KUIZ PELABURAN PNB 1MALAYSIA

Untuk melengkapkan usaha memperkasakan negara dengan lebih banyak maklumat mengenai pelaburan dan kepentingan perancangan kewangan, PNB menganjurkan Kuiz Pelaburan PNB 1Malaysia. Program ini diadakan setiap tahun dengan empat kategori iaitu badan beruniform, universiti, maktab perguruan, dan sekolah menengah. Soalan-soalan dalam pertandingan berkaitan dengan subjek pelaburan, perancangan kewangan, perakaunan, dan ekonomi. Kuiz ini telah diadakan sejak tahun 2001.

PROGRAM BIASISWA

Program biasiswa PNB memberi peluang kepada pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM untuk melanjutkan pelajaran di universiti awam dan universiti swasta yang terpilih, serta universiti terkemuka di luar negara.

A. Biasiswa untuk Program Luar Negara
Anugerah Biasiswa Perdana Yayasan Tun Ismail (YTI) dan Anugerah Biasiswa Luar Negara PNB, tajaan diberikan kepada pelajar-pelajar cemerlang dan terpilih lepasan SPM untuk melanjutkan pelajaran di universiti-universiti terkemuka di United Kingdom dan Australia dalam bidang-bidang yang berkaitan dengan aktiviti perniagaan PNB seperti perakaunan, kewangan, undang-undang, matematik, sains aktuari dan kejuruteraan. Pelajar-pelajar yang terpilih perlu menjalani program A-Level selama dua tahun.

B. Biasiswa untuk program tempatan
Penajaan untuk pelajar-pelajar yang menjalani program Ijazah Sarjana Muda di universiti awam dan universiti swasta yang terpilih.

C. Biasiswa untuk Anak-Anak Rakan Sekerja
Penajaan untuk anak-anak rakan sekerja yang telah berjaya untuk mengikuti program Diploma dan Ijazah Sarjana Muda di universiti awam dan universiti swasta yang terpilih.

D. Biasiswa untuk Bekas Pelajar Kolej Ilmu PNB
Penajaan untuk bekas pelajar Kolej Ilmu PNB. Mereka akan diberikan peluang untuk melanjutkan pengajian mereka sama ada di universiti awam, universiti swasta yang terpilih atau luar negara.

Nota :
PNB berhak untuk mengubah, menambah atau meminda mana-mana terma di atas pada bila-bila masa tanpa sebarang notifikasi.

YAYASAN TUN ISMAIL MOHAMED ALI BERDAFTAR

Yayasan Tun Ismail Mohamed Ali (YTI) ditubuhkan pada 10 Oktober 1999 bagi memperingati sumbangan dan dedikasi Allahyarham Tun Ismail Mohamed Ali kepada PNB selaku Pengerusi pertama dan kepada negara secara amnya. YTI telah diwujudkan dengan objektif untuk menerima dan mentadbir dana untuk tujuan pendidikan menerusi pemberian biasiswa kepada pelajar-pelajar cemerlang yang mendapat tempat di universiti-universiti berprestij di luar negara.

Selain itu, YTI telah menubuhkan Kursi Akademik atas nama Tun Ismail Mohamed Ali di universiti- universiti tempatan yang ditentukan oleh Pemegang Amanah. Pada masa ini, YTI mempunyai empat (4) Kursi Akademik iaitu di Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK).

YTI juga menganjurkan Syarahan Antarabangsa YTI sebagai sebahagian daripada usaha perkongsian ilmu dengan masyarakat awam.

YTI juga membiayai lain-lain tujuan pendidikan yang ditentukan oleh Pemegang Amanah seperti pemberian geran penyelidikan dari semasa ke semasa untuk menerajui penyelidikan akademik dalam bidang yang diluluskan oleh Pemegang Amanah.

PNB INVESTMENT INSTITUTE SDN BHD

PNB Investment Institute Sdn Berhad ialah anak syarikat milik penuh PNB. PNBi telah ditubuhkan pada 19 November 1998 dan telah muncul sebagai salah satu institusi latihan kewangan untuk profesional pasaran modal yang terkemuka di Malaysia.

PNBi bermatlamat untuk meningkatkan taraf kecekapan industri kewangan dan pelaburan untuk profesional pasaran modal di Malaysia supaya ia setanding dengan taraf dunia. PNBi berhasrat untuk mencapai matlamat ini melalui pensijilan profesional dan program latihan yang direka mengikuti pensijilan antarabangsa dan disampaikan oleh pengamal industri yang berpengalaman dan profesional.

PNBi boleh membantu anda meningkatkan dan meluaskan pengetahuan anda tentang industri pasaran modal, agar anda sentiasa mematuhi peraturan Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan berdaya saing dalam industri yang sentiasa berubah-ubah ini.

Laman Web: www.pnbi.com.my

Perkhidmatan Sokongan

Penyelidikan dan Pembangunan

Penyelidikan adalah teras yang penting di dalam semua bentuk perniagaan yang berkaitan dengan pelaburan. Atas dasar tersebut, fungsi utama Jabatan Penyelidikan dan Analisa Teknologi adalah menjalankan penyelidikan kualitatif dan kuantitatif ke atas syarikat, industri, pasaran saham dan teknologi. Para juruanalisa professional kami sentiasa mengikuti perkembangan setiap sektor bagi mengenalpasti kemungkinan yang akan berlaku yang akan memberi kesan ke atas syarikat, pelanggan, pembekal dan pesaing mereka. Ini adalah untuk memastikan bahawa portfolia yang dilaburkan oleh PNB sentiasa mempunyai nilai yang bertambah untuk tempoh jangka panjang.

Proses penyelidikan di PNB mengenalpasti syarikat yang mempunyai daya saing yang tinggi dan stabil, jangka hayat produk yang panjang, serta di dalam sektor yang memberangsangkan. Ini merangkumi tanggungjawab bagi mengenalpasti syarikat, sebaliknya yang mempunyai risiko tinggi dan prospek yang kurang memberangsangkan, bertujuan sebagai amaran awal kepada PNB dari melabur di dalam syarikat atau sector industri tersebut.

Proses penyelidikan di PNB juga melibatkan aktiviti meramal dan mengenalpasti perkembangan di dalam teknologi, pengurusan, polisi kewangan dan fiskal, di samping faktor politik sosial yang boleh mempengaruhi perundangan, permintaan dan penawaran, serta harga input bagi pengeluaran di dalam pasaran tempatan dan luar negara yang berkaitan. Analisa teknologi pula memfokus ke arah mengenalpasti perubahan di dalam teknologi yang berpotensi untuk membentuk industri baru menggantikan teknologi yang lapuk atau tidak digunakan lagi.

Jabatan Penyelidikan dan Analisa Teknologi juga memfokus kepada perbandingan global, di mana bersesuaian, membabitkan syarikat persendirian, syarikat awam atau syarikat modal teroka di dalam sektor yang sama, yang beroperasi di dalam pasaran, perundangan dan ekonomi yang pelbagai.

Perubahan dan aliran di dalam industri unit amanah juga sentiasa diikuti bagi memastikan PNB kekal berdaya saing dan terus menyumbang sebagai warga korporat yang bertanggungjawab kepada bangsa, agama dan negara. Falsafah dan budaya korporat kami menggalakkan kemajuan professional bagi melahir dan seterusnya mengekalkan juruanalisa yang bertauliah dan berpengalaman bagi memastikan penyelidikan yang komprehensif di dalam bidang kemahiran masing-masing.

Teknologi Maklumat

Sambutan hangat pelabur terhadap tawaran awal ASN pada tahun 1981 memerlukan PNB menaikkan taraf sistemnya untuk menangani permintaan. Usaha ini meletakkan PNB sebagai pengguna teknologi canggih sehingga ke hari ini. Penglibatan PNB dalam penggunaan dan pemanfaatan kuasa ICT di Malaysia kurang diketahui, tetapi ia telah membantu meningkatkan tahap mutu perkhidmatan beberapa agensi utama.

Pada tahun 1981, strategi aksesibiliti PNB bergantung kepada rangkaian agensi pihak ketiga dari seluruh negara – satu inovasi yang tidak pernah berlaku sebelum ini dan kekal unik di dunia. PNB perlu membina satu rangkaian dalam talian yang mampu menghubungkan agen-agen dalam masa sebenar. Walaupun ini dapat dilaksanakan dengan agak mudah dengan bank-bank yang menjadi ejen PNB, Pejabat Pos merupakan satu cabaran yang besar pada masa itu kerana sistem komputernya adalah minimum dan Internet masih lagi bertahun-tahun di hadapan. Untuk mengatasi masalah ini, pada tahun 1990, PNB telah menanggung kos pengkomputeran sistem transaksi Pejabat Pos untuk memastikan pelabur mempunyai akses dalam talian untuk pelaburan mereka dengan PNB. Projek ini juga membolehkan Pejabat Pos kemudiannya memanfaatkan sistem yang dipasang ini untuk menguruskan transaksi untuk pelanggan-pelanggannya yang lain seperti Tenaga Nasional dan Telekom Malaysia, agensi-agensi kerajaan seperti JPJ dan JPN, dan syarikat-syarikat sektor swasta seperti Astro dan Maxis.

(seterusnya)

Kejayaan usaha ini mendorong Kerajaan untuk meminta bahagian IT PNB untuk membantu pengkomputeran agensi-agensi kerajaan yang lain, termasuk Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Imigresen Malaysia, dan Jabatan Pendaftaran Negara. PNB berjaya dalam mengubah sistem kaunter cawangan agensi-agensi ini daripada proses manual kepada pusat-pusat transaksi sehenti dalam talian, yang tidak menyekat rakyat Malaysia daripada menggunakan perkhidmatan mana-mana cawangan. Penambahbaikan dalam pemberian perkhidmatan oleh agensi-agensi ini diakui oleh semua rakyat Malaysia, dan adalah satu bukti kepada pandangan jauh, usaha, dan keupayaan kakitangan ICT PNB.

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, PNB telah meningkatkan keupayaan ICTnya melalui penaikan taraf besar-besaran sistem teras yang akan membolehkan satu pendekatan yang lebih lengkap dan sistematik dalam menyediakan perkhidmatan pelanggan untuk para pelabur, serta membolehkan PNB untuk menguruskan portfolio dengan lebih berkesan. Sebagai contoh, sebagai usaha berterusan untuk memperbaiki saluran pelaburan yang disediakan kepada pelanggan, PNB telah bekerjasama dengan bank-bank utama untuk membolehkan pelabur untuk menambah pelaburan mereka melalui Maybank2u, Cimb Clicks, Affin Online dan RHB, dan banyak lagi pada masa hadapan. Komitmen untuk terus kekal di barisan hadapan inovasi ICT tidak terhad kepada sistem ICT PNB sahaja, kerana PNB telah melabur dan akan terus untuk melabur dalam syarikat gred tinggi dalam sektor ICT. Ini membantu mempercepatkan pembangunan dan pertumbuhan sektor ini di Malaysia.

Pengurusan Kualiti

Tinjauan

Kualiti ialah asas di sebalik kejayaan perniagaan kami. Sebagai sebuah organisasi perkhidmatan kewangan dan pelaburan utama dengan kepentingan besar dalam ekonomi tempatan dan global yang berubah-ubah, PNB bangga bahawa semua produk dan perkhidmatan yang diberikan kepada pihak berkepentingan, rakan perniagaan dan pelanggan dengan standard kualiti tertinggi.

Di PNB, pengurusan kualiti menyeluruh dilihat sebagai satu usaha bersepadu untuk mendapatkan kelebihan daya saing melalui penambahbaikan yang berterusan bagi setiap aspek proses perniagaan organisasi ini. Ini ialah asas kepada falsafah yang membentuk PNB hari ini.

Dari penggunaan kaedah kuantitatif hingga kepada peningkatan perkhidmatan, sama ada masa kini atau untuk masa hadapan, PNB percaya bahawa keperluan dan kehendak pelanggan perlu didahulukan. Dengan menggunakan sistem pengurusan kualiti menyeluruh yang mengintegrasikan teknik pengurusan asas, usaha penambahbaikan yang sedia ada dan alat teknikal di bawah pendekatan berdisiplin yang memberi tumpuan kepada penambahbaikan yang berterusan, PNB yakin dapat memberi kepuasan kepada pelanggan di semua peringkat.

ISO

ISO (Pertubuhan Pemiawaian Antarabangsa) merupakan gabungan antarabangsa badan pemiawaian negara-negara di dunia yang mengeluarkan Standard Antarabangsa. Standard Antarabangsa ini menyatakan spesifikasi produk, perkhidmatan dan amalan yang baik, yang terkini ke arah pengurusan yang lebih cekap dan berkesan. Tujuannya adalah untuk memudahkan pertukaran barangan dan perkhidmatan di peringkat antarabangsa dengan menyediakan satu set standard yang diiktiraf dan dihormati oleh sesiapa sahaja.

Sekretariat Pusat ISO terletak di Geneva, Switzerland dan ia telah ditubuhkan pada tahun 1947. ISO mempunyai keahlian dari 163 buah negara dan 3,368 buah badan teknikal yang menjaga pembangunan standard.

Standard Antarabangsa ISO memastikan produk dan perkhidmatan adalah selamat, dipercayai dan berkualiti baik. Di dalam dunia perniagaan, ia adalah alat strategik untuk mengurangkan kos dengan mengurangkan pembaziran dan kesilapan dan meningkatkan produktiviti. Ia membantu syarikat-syarikat mengakses pasaran baru, memberi peluang sama rata bagi negara-negara membangun dan memudahkan perdagangan global yang bebas dan adil.

Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001

ISO 9001 adalah Standard Antarabangsa untuk Sistem Pengurusan Kualiti (QMS). Ia menyediakan organisasi satu set prinsip yang memastikan pendekatan sistematik kepada pengurusan aktiviti perniagaan untuk mencapai kepuasan pelanggan secara konsisten.

Keperluan ISO 9001disokong oleh lapan prinsip pengurusan:

organisasi yang berfokuskan
kepada pelanggan
kepimpinan
penglibatan semua pihak
memastikan pendekatan proses
pendekatan yang sistematik kepada pengurusan
pendekatan fakta dalam membuat keputusan
hubungan pembekal yang saling menguntungkan
penambahbaikan yang berterusan

Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001:2008

MS ISO 9001:2008 dikeluarkan oleh Jabatan Standard Malaysia (DSM), iaitu badan standard dan akreditasi kebangsaan. Standard Malaysia ini sama dengan ISO 9001:2008, Sistem Pengurusan Kualiti – Keperluan, yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Pemiawaian Antarabangsa (ISO). Standard Malaysia adalah sejajar dengan atau mengguna pakai standard antarabangsa setakat yang mungkin.

Jabatan Standard melantik SIRIM Berhad sebagai ejen untuk membangunkan Standard Malaysia. Jabatan ini juga melantik SIRIM Berhad sebagai ejen pengedaran dan penjualan Standard Malaysia.

SIRIM QAS International Sdn. Bhd, anak syarikat milik penuh Kumpulan SIRIM telah menerima tauliah daripada Jabatan Standard Malaysia (STANDARD MALAYSIA) dan the United Kingdom Accreditation Service (UKAS) untuk melakukan audit MS ISO Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) dan memperakui organisasi yang ingin menerima pensijilan MS ISO QMS.

PNB telah berurusan dengan SIRIM QAS International untuk pensijilan MS ISO 9001:2008.

PERNIAGAAN

Pengurusan Kualiti
Pensijilan ISO (bagi menggantikan Akreditasi ISO 9002)

Komitmen PNB ke arah meningkatkan kualiti amalan pengurusan dan proses kerja dalam usaha penambahbaikan yang berterusan dibuktikan melalui pensijilan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001.

Dengan menerima pakai Standard Antarabangsa, sistem pengurusan kualiti di PNB telah mengambil pendekatan yang lebih menyeluruh bagi memenuhi keperluan dan harapan pelanggan dengan mengaplikasikan lapan prinsip utama pengurusan ISO yang merangkumi kepimpinan, fokus kepada pelanggan, pendekatan sistem dalam pengurusan, pendekatan fakta dalam pengurusan, hubungan pembekal yang saling menguntungkan dan penambahbaikan yang berterusan.

Sejajar dengan permintaan yang berubah-ubah dan keperluan persekitaran hari ini yang kompetitif, PNB sentiasa mengikuti perkembangan terbaru Piawaian Antarabangsa. Kenaikan taraf pensijilan ISO kepada semakan terkini mencerminkan kesediaan PNB untuk terus meningkatkan dan menyokong aspek-aspek perniagaan yang penting seperti kecekapan, integrasi, ketekalan dan ketelusan dalam organisasi.

Perjalanan dan komitmen PNB ke arah penambahbaikan berterusan dalam Sistem Pengurusan Kualitinya ditunjukkan dalam jadual di bawah:

SYARIKAT
MS ISO
9002: 1994
TARIKH PENSIJILAN
MS ISO
9001:2000

MS ISO
9001:2008
Amanah Saham Nasional Berhad 17 Disember 1997 5 November 2002 5 November 2009
Permodalan Nasional Berhad – IDRA 19 Oktober 1998 27 September 2002 12 Ogos 2009
Pelaburan Hartanah Nasional Berhad 3 September 1999 17 September 2002 27 Ogos 2009
Bahagian Hartanah PNB 5 Oktober 1999 6 November 2002 10 September 2009
PNB ILHAM Resort 29 Ogos 1999 29 Ogos 2006 1 Ogos 2009
PNB Perdana Hotel & Suites On The Park

- 3 November 2006 7 Ogos 2009


MS 1900:2005 Sistem Pengurusan Kualiti - Keperluan dari Perspektif Islam

Standard Malaysia ini telah dibangunkan oleh Jawatankuasa Teknikal bagi Sistem Pengurusan dari Perspektif Islam di bawah kuasa Jawatankuasa Standard Industri untuk Standard Halal. Ia bertujuan untuk memastikan organisasi diuruskan selaras dengan prinsip-prinsip dan amalan sistem pengurusan kualiti dari perspektif Islam. Sebagai tambahan kepada ISO 9001 yang sedia ada, keperluan Syariah telah digabungkan.

PNB Perdana Hotel & Suites On The Park dan PNB ILHAM Resort telah berjaya memperoleh dan mengekalkan pensijilan MS 1900:2005 masing-masing sejak 10 Oktober 2008 dan 1 Oktober 2010. Dengan pensijilan tersebut, PNB Perdana Hotel & Suites On The Park dan PNB ILHAM Resort dijamin dapat menyediakan perkhidmatan yang mengikut landasan Syariah seperti dapur dan restoran halal, pangsapuri bersih, dan perkhidmatan pelanggan yang cekap dan boleh dipercayai.

Kembali
Ke Atas