NegarakuNegaraku
MAKLUMAT KORPORAT
Permodalan Nasional Berhad (PNB)

ditubuhkan pada 17 Mac 1978 sebagai alat penting Dasar Ekonomi Baru Kerajaan untuk menggalakkan pemilikan saham dalam sektor korporat di kalangan Bumiputera, dan memberi peluang kepada golongan profesional Bumiputera yang berkelayakan untuk menyertai pewujudan dan pengurusan harta. PNB telah menjadi sebuah institusi pelaburan terkemuka negara. Sebagai sebuah entiti pelaburan bagi Yayasan Pelaburan Bumiputra (YPB), fungsi teras PNB adalah untuk menilai, memilih dan memperoleh portfolio saham-saham kukuh dalam syarikat-syarikat berhad yang mempunyai potensi pertumbuhan. Sebagai sebuah organisasi yang mengkhususkan dalam bidang pelaburan, PNB pada dasarnya bertindak sebagai gudang di mana pemilikan saham di dalam syarikat-syarikat berhad ini ditempatkan dalam dana amanah dan dijual kepada pemegang unit dalam bentuk unit-unit yang lebih kecil.

Daripada skim unit amanahnya yang pertama iaitu Sekim Amanah Saham Nasional (ASN) yang dilancarkan pada 20 April 1981, sehinggalah produk terbarunya iaitu Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB 2) yang dilancarkan pada 2 April 2014, PNB melalui anak syarikat milik penuhnya, Amanah Saham Nasional Berhad, telah memainkan peranan penting dalam membawa anjakan paradigma dan merubah pemikiran rakyat Malaysia terutamanya masyarakat Bumiputera dalam aspek simpanan, pelaburan dan perancangan kewangan serta cara mereka menilai risiko dan pulangan dalam pelaburan. Sambutan luar biasa rakyat Malaysia daripada setiap lapisan masyarakat dan taraf pendapatan terhadap unit saham amanah PNB membuktikan keupayaan PNB untuk menggembleng lebih daripada 13 juta pemegang akaun setakat kini.

Dengan wang dijana daripada pelabur, PNB telah memperoleh banyak syarikat besar dan strategik, dan kebanyakan syarikat-syarikat ini adalah peneraju industri dalam bidang masing-masing seperti kewangan, insurans, perladangan, hartanah, automatif, logistik, infrastruktur, farmasi dan kimia. Bagi meningkatkan lagi nilai pelaburan, PNB melakukan beberapa siri aktiviti korporat, di mana syarikat di bawah portfolio PNB disusun semula, digabung dan diambil alih bagi meningkatkan keberkesanan operasi dan mencapai manfaat sinergi, lantas membolehkan PNB mencapai matlamat untuk pulangan yang konsisten.

Visi Kami

Untuk Menjadi Firma Pelaburan Distinktif Bertaraf Dunia”

Misi Kami

Untuk Meningkatkan Kekayaan Ekonomi Masyarakat Bumiputera dan Seluruh Rakyat Malaysia, Demi Kemakmuran Negara”

Nilai Kami

Competence (Kecekapan)

Kami mempunyai kecekapan yang perlu untuk mencapai prestasi tinggi.

Humility (Rendah Diri)

Kami sentiasa menghormati orang lain serta menjiwai asal usul dan perjuangan jitu PNB.

Integrity (Integriti)

Kami sama sekali tidak akan berkompromi dalam hal integriti dan berpegang penuh kepada
standard etika yang tertinggi.

Prudence (Cermat)

Kami sentiasa focus terhadap melindungi pelaburan pemegang unit amanah kami.

Passion (Semangat)

Kami sentiasa bersemangat tinggi untuk mencorak pencapaian luar biasa.

KEPIMPINAN

Warisan Abadi untuk Generasi Masa Depan

Yayasan Pelaburan Bumiputra (YPB) ditubuhkan pada 9 Januari 1978, di bawah bimbingan Jawatankuasa Kerja yang disokong oleh Kerajaan Malaysia, sebagai badan penyelaras bagi aktiviti pelaburan dalam sektor korporat oleh agensi-agensi Kerajaan, syarikat-syarikat Bumiputera dan individu Bumiputera.

Strategi dan pelan utama YPB adalah untuk memastikan bahawa saham-saham syarikat yang diperuntukkan kepada Bumiputera dikekalkan dengan prospek pemilikan saham yang semakin meningkat dari masa ke masa. Antara dasar-dasar yang digubal oleh YPB adalah:

  • Pembentukan dana sebagai entiti perniagaan dengan kuasa untuk melabur dalam semua bentuk
    pelaburan; dan
  • Pembentukan dana unit amanah untuk mengagihkan pelaburan di kalangan Bumiputera.


Dengan dana permulaan sebanyak RM200 juta yang terdiri daripada saham-saham yang telah dipindahkan oleh Kerajaan untuk YPB, pelaburan ini dan juga pelaburan lebih daripada 11.6 juta pemegang unit telah sejak berkembang menjadi lebih dari RM255 bilion dan adalah warisan untuk generasi masa depan rakyat Malaysia.

Bersedia untuk Menempa Kejayaan Sejak dari Awal

Sebagai sebuah entiti pelaburan bagi Yayasan Pelaburan Bumiputra (YPB), fungsi teras PNB adalah untuk menilai, memilih dan memperoleh portfolio saham-saham kukuh dalam syarikat-syarikat berhad yang mempunyai potensi pertumbuhan.

Sebagai sebuah organisasi yang mengkhususkan dalam bidang pelaburan, PNB pada dasarnya bertindak sebagai gudang di mana pemilikan saham di dalam syarikat-syarikat berhad ini ditempatkan dalam dana amanah dan dijual kepada pemegang unit dalam bentuk unit-unit yang lebih kecil.

Sejak penubuhannya pada 17 Mac 1978, PNB telah berjaya menggembleng dan mengumpul lebih daripada RM220 bilion dari pemegang unit dan dana proprietari untuk pelbagai pelaburan dalam kira-kira 200 anak-anak syarikat di Malaysia. Pelaburan PNB kini termasuklah pegangan saham yang besar dalam syarikat-syarikat besar seperti Sime Darby Berhad, Malayan Banking Berhad, UMW Holdings Berhad, I & P Group Sdn. Berhad, S P Setia Berhad, Chemical Company of Malaysia Berhad, Malaysian Industrial Development Finance Berhad, MNRB Holdings Berhad dan Prolintas.

Yayasan Pelaburan Bumiputra



Pengerusi YPB
Perdana Menteri Malaysia

Timbalan Perdana
Menteri Malaysia

YAB Dato' Sri
Mohd Najib Tun Hj Abdul Razak
YAB Dato' Seri
Dr. Ahmad Zahid Hamidi
Menteri Perdagangan
Antarabangsa dan Industri
Menteri Kewangan II Pengerusi Kumpulan PNB
YB Dato' Sri
Mustapa Mohamed
YB Datuk Seri
Johari Abdul Ghani
YBhg Tan Sri
Abdul Wahid Omar

Pengurus Pelaburan Dana

PNB telah diberi kepercayaan oleh ASNB untuk menguruskan pelaburan dana. Sejak penubuhannya pada tahun 1978 sebagai alat penting Dasar Ekonomi Baru, PNB telah banyak melakarkan kejayaan dalam usaha menggalakkan pemilikan saham Bumiputera dalam sektor korporat melalui dana-dananya. Dengan lebih daripada 30 tahun pengalaman mengurus dana, rekod prestasi PNB membuktikan bahawa pulangan daripada dana-dananya telah manfaatkan rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat daripada umur enam (6) bulan dan ke atas. Setakat tarikh kemas kini terakhir, PNB menguruskan dana yang berjumlah RM253.25 bilion.

ASNB menilai prestasi PNB sebagai Pengurus Pelaburan Dana berdasarkan mandat pelaburan, objektif dan fungsi-fungsi lain seperti yang termaktub dalam Perjanjian Pengurusan Pelaburan yang ditandatangani antara ASNB dan PNB, dengan mengambil kira penanda aras pasaran dan industri yang berkaitan.

Fungsi utama Pengurus Pelaburan Dana adalah seperti berikut:

  • Mengurus Dana mengikut garis panduan pelaburan, surat ikatan, undang-undang dan garis panduan
    sekuriti.
  • Memenuhi objektif dana melalui pembentukan strategi pelaburan yang sesuai, peruntukan aset
    dan pemilihan saham dan sekuriti pelaburan lain bagi memastikan pulangan yang kompetitif
    kepada para pelabur.
  • Untuk terus meningkatkan dan memaksimumkan nilai dana melalui penyusunan dan pengimbangan semula
    portfolio pelaburan secara tetap.
  • Mematuhi dasar-dasar pelaburan dan prosedur dalaman untuk menjaga dan meningkatkan kepentingan
    terbaik para pelabur.


Pengerusi Kumpulan
Presiden & Ketua
Eksekutif Kumpulan
YBhg Tan Sri
Abdul Wahid Omar
YBhg Dato'
Abdul Rahman Ahmad
YBhg Tan Sri Dr.
Ali Hamsa
YBhg Tan Sri Dr.
Mohd. Irwan Serigar Abdullah
YBhg Tan Sri Dr.
Wan Abdul Aziz Wan Abdullah

YBhg Dato' Dr.
Awang Adek Hussin
YBhg Tuan Haji
Soedirman Haji Aini
YBhg Datuk Dr.
Mohd. Yaakub Haji Johari
YBhg Tan Sri
Zarinah Anwar
Pengerusi
YBhg Dato’ Dr.
Abdul Halim Ismail
YBhg Tan Sri Dato’ Seri (Dr.)
Haji Harussani Haji Zakaria
YBhg Dato’
Haji Mohamad Shukri Mohamad
YBhg Dato’ As-Sheikh
Haji Nooh Gadot
YBhg Prof Dato’ Dr.
Mahmood Zuhdi Haji Ab Majid
Presiden & Ketua
Eksekutif Kumpulan
Timbalan Presiden &
Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, Pengurusan Aset
YBhg Dato'
Abdul Rahman Ahmad
YBhg Dato'
Idris Kechot
Timbalan Presiden,
Pelaburan Strategik
Timbalan Presiden &
Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan,
Kewangan, Modal Insan & IT Kumpulan
YBhg Datin Paduka
Kartini Haji Abdul Manaf
YBhg Dato'
Mohd Nizam Zainordin
Penghormatan kepada Tun Ismail

TOKOH SEPANJANG ZAMAN

Contoh unggul kejujuran, integriti, rendah diri, kesetiaan, ketekunan, kesederhanaan dan profesionalisme, inilah kata-kata yang paling tepat untuk menggambarkan Allahyarham Tun Ismail bin Mohamed Ali, rakyat Malaysia pertama yang memegang jawatan Gabenor, Bank Negara Malaysia dan Gabenor Bank Pusat Asia yang paling lama berkhidmat.

Dilahirkan pada 16 September 1918 di Port Klang, Selangor, Tun Ismail menghabiskan masa pendidikan awalnya di Batu Road Boys School dan Victoria Institution di Kuala Lumpur. Beliau merupakan orang Melayu pertama dianugerahi biasiswa Queen yang berprestij untuk meneruskan pengajiannya di Cambridge University. Beliau lulus dengan Ijazah Ekonomi pada 1941 dan kemudian diterima masuk ke Middle Temple Inns of Court, London, sebagai seorang barrister.

Setelah sembilan tahun berada di luar negara, beliau kembali ke Malaysia pada 1946 dan memulakan tugasnya dalam Perkhidmatan Awam Malaya dengan memegang pelbagai jawatan bermula dengan tugasan singkat di Kedutaan Malaya di Amerika Syarikat hinggalah menyandang jawatan penting sebagai Pengarah Eksekutif Bank Dunia dan seterusnya sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia pada 1962 dan Pengerusi Permodalan Nasional Berhad pada 1978.

Sepanjang 18 tahun beliau di Bank Negara, iaitu dari 1962 hingga 1980, Tun Ismail meletakkan asas bagi sistem kewangan yang kukuh. Beliau dikenali sebagai seorang yang berintegriti dan baik hati di kalangan orang-orang yang mengenalinya. Beliau merintis kepada amalan kerja dan etika yang tinggi ke atas dirinya sendiri dan ke atas mereka yang bekerja dengannya.

Sekalung Budi Buat Tun Ismail Mohamed Ali - Galeri Tun Ismail Mohamed Ali

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad, kerana telah sudi meluangkan masa untuk merasmikan Galeri PNB pada pagi ini.

Sebagai mengenang jasa dan sumbangan Pengerusi Pertama PNB, Allahyarham Tun Ismail bin Mohamad Ali, Galeri PNB ini akan dinamakan Galeri Tun Ismail Mohamad Ali. Allahyarham Tun Ismail adalah Pengerusi Pertama PNB sejak PNB ditubuhkan pada 17hb Mac 1978, dan berkhidmat sehingga 17hb Oktober 1996. Allahyarham menjadi penasihat PNB selepas dari tarikh tersebut sehingga beliau kembali kerahmatullah pada 6hb Julai 1998.

(seterusnya)


Di samping penubuhan galeri ini, PNB juga telah mewujudkan Yayasan Tun Ismail Mohamad Ali. Yayasan Tun Ismail Mohamad Ali ditubuhkan bagi mengenang jasa sumbangan besar dan tak ternilai Allahyarham Tun dalam sektor awam dan korporat Malaysia dan antarabangsa. Allahyarham Tun, penerima biasiswa Queen, ialah rakyat Malaysia pertama yang dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia. Beliau bersara pada tahun 1980 selepas 18 tahun berkhidmat dengan cemerlang. Yayasan Tun Ismail Mohamad Ali mengiktiraf dasar kewangan beliau yang berhemat, tegas dan bijaksana ketika beliau menyandang jawatan Gabenor Bank Negara.

Sebagai Pengerusi Permodalan Nasional Berhad, yang ditubuhkan dengan bantuan beliau, dan dengan bimbingan beliau yang berhemat dan berpandangan jauh, dana unit amanah di bawah PNB telah berjaya menggembleng dana daripada masyarakat Bumiputera dan menjadi dana unit amanah yang terbesar di negara ini. Ini semua adalah hasil keyakinan lebih daripada 7 orang juta pemegang unit yang melabur hasil pendapatan dan simpanan daripada titik peluh mereka. Oleh itu, ia merupakan penghormatan bersesuaian, untuk menamakan yayasan dengan nama tokoh yang berwawasan dan yang telah menjadikan PNB sebuah institusi pelaburan terkemuka hari ini, dan contoh kepada dunia.

Objektif Yayasan Tun Ismail Mohamad Ali adalah untuk memberi biasiswa kepada pelajar yang telah mendapat tempat di universiti terkemuka di United Kingdom, seperti Universiti Cambridge iaitu alma mater Allahyarham Tun, untuk meneruskan pengajian ijazah dalam undang-undang, ekonomi, kejuruteraan, perakaunan dan sains bahan, sama ada di peringkat sarjana muda atau sarjana. PNB akan meneruskan usaha Tun Ismail untuk melahirkan usahawan Bumiputera dengan kelayakan akademik yang kukuh, dan dipupuk dengan nilai-nilai kejujuran dan profesionalisme.

Yayasan ini juga komited dalam meningktan kualiti pendidikan dan penyelidikan intelektual, dan ia telah memperuntukkan sejumlah besar wang dalam menaja dua buah kerusi profesorial atas nama Tun Ismail Mohamad Ali di Universiti Malaya (UM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam bidang ekonomi dan undang-undang.

Yayasan ini sedang membiayai penulisan dan penerbitan biografi Allahyarham Tun dan hampir siap.

"PNB juga telah menubuhkan sebuah arkib menggunakan bilik pejabat Allahyarham Tun di PNB sebagai tempat simpanan artifak dan dokumen beliau untuk tujuan penyelidikan akademik."

Saya sendiri telah berkhidmat dengan Allahyarham Tun Ismail selama 13 tahun, iaitu bermula dari tahun 1985 semasa memegang jawatan Ketua Setiausaha, Kementerian Perdagangan dan Perindustrian dan Pengerusi RIDA, apabila beliau melantik saya sebagai salah seorang ahli Lembaga Pengarah PNB. Selepas itu selama satu tahun (September 1995 - September 1996) saya menjadi Timbalan Pengerusi PNB. Dari bulan Oktober 1996 sehingga beliau kembali ke rahmatullah, Tun Ismail adalah Penasihat PNB. Kami mempunyai tarikh lahir yang sama, iaitu 16hb September. Walaupun Allahyarham Tun bertubuh kecil, saya dapati sikap tegas dan personalitinya yang bersemangat menjadikan beliau menonjol di khalayak ramai. Secara peribadi, Tun yang saya kenali adalah seorang yang merendah diri dan bercita rasa sederhana. Beliau pernah berkata: ‘Merendah diri di hadapan ketua anda adalah satu kewajipan; merendah diri di hadapan orang bawahan anda adalah satu sikap mulia’. Tun melihat dalam dunia lama ada sikap-sikap yang terpuji. Kejujuran, integriti, rendah diri, kesetiaan, kerja keras, kesederhanaan dan profesionalisme.

Galeri Tun Ismail Mohamad Ali ini adalah sebuah life gallery atau galeri hidup di mana bahan-bahan pamerannya akan ditukar setiap enam bulan sekali. Sempena majlis perasmian ini dan sebagai mengabdikan sumbangan dan jasanya, maka sebahagian besar ruang Gelari Tun Ismail Mohamad Ali mempamerkan foto-foto dan koleksi peribadi beliau yang sebahagian besarnya belum pernah disiar oleh mana-mana media atau dilihat oleh masyarakat umum. Di samping itu, galeri ini turut memaparkan foto-foto yang berkaitan dengan latar belakang PNB dan penganjuran agenda tahunan negara, iaitu Minggu Saham Amanah Malaysia.

Pada kali ini juga, turut dipamerkan adalah lukisan-lukisan pelukis-pelukis berbakat negara sebagai usaha untuk mengenengahkan karya dan bakat mereka. Adalah diharapkan bahawa usaha PNB ini sedikit sebanyak akan memberi peluang kepada para pelukis ini untuk mempamerkan hasil seni mereka dengan tujuan untuk memartabatkan hasil seni lukis negara.

Saya akhiri dengan merakamkan ribuan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri dan YABhg Datin Seri Dr. Siti Hasmah Mohd Ali kerana telah sudi meluangkan masa untuk merasmikan Galeri Tun Ismail Mohamad Ali ini."

Ucapan ‘Sekalung Budi Buat Tun Ismail Mohamed Ali’ oleh YABhg Tun Ahmad Sarji bin Abdul Hamid Majlis perasmian Galeri Tun Ismail Mohamed Ali di bangunan PNB 24 Disember 2001.

Kembali Ke Atas