Timbalan Perdana Menteri YAB Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin menyerahkan semula plak MSAM 2012 kepada Pengerusi PNB YABhg Tun Ahmad Sarji sebagai simbolik penutup MSAM 2012, sambil diperhatikan oleh Ketua Menteri Sabah YAB Datuk Seri Musa Hj Aman dan YBhg Tan Sri Dato' Sri Hamad Kama Piah.
YAB Tan Sri Muhyiddin menyampaikan hadiah utama pengunjung bertuah berupa sebuah Ford Fiesta sumbangan Sime Darby Berhad pada Majlis Penutup MSAM 2012 di Kota Kinabalu, Sabah.
Pemenang hadiah utama e-peraduan, Siti Farhanah Tawi, 19 tahun menerima hadiah berupa sebuah Perodua Myvi Extreme dari Timbalan Ketua Menteri Sabah YBhg Datuk Dr. Yee Moh Chai dan YBhg Tan Sri Dato' Sri Hamad Kama Piah. Siti Farhanah merupakan seorang penuntut UiTM Sepanggar, Kota Kinabalu.
Maybank telah dinobatkan sebagai Johan Pemenang Gerai Terbaik MSAM 2012 serta terpilih sebagai Gerai Pameran Paling Popular.
YBhg Tan Sri Dato' Sri Hamad Kama Piah menyampaikan cenderamata khas kepada YBhg Datuk Dr. Yee sebagai tanda penghargaan PNB kepada Kerajaan Negeri dan rakyat Sabah.




