Pegawai perancang kewangan AMB menerangkan kepada seorang pengunjung MSAM bagaimana untuk menyertai permainan "AMB Wheel of Fortune".
Para pengunjung beratur panjang untuk mendaftar sebelum memasuki dewan pameran MSAM 2012.
Encik Hafidz Mohd Zihim, Ketua Pegawai Eksekutif, Pelaburan Hartanah Nasional Berhad, menyambut ketibaan Menteri Belia dan Sukan Sabah, YB Datuk Peter Pang En Yin ke Pameran MSAM 2012.
Encik Mohd Ridza Yahya, Penolong Naib Presiden, Jabatan Pemasaran dan Operasi Cawangan ASNB, memberi penerangan tentang produk-produk unit amanah kendalian ASNB kepada YB Datuk Peter Pang.
Pegawai perancang kewangan ASNB menerangkan bagaimana membuat pembelian unit amanah dalam talian melalui portal Maybank2u.com.
Pelajar sekolah menengah gembira mendapat cenderamata payung MSAM 2012.
Sebahagian pengunjung mendaftar untuk masuk dan melayakkan diri untuk menyertai e-Peraduan.
Pengunjung menyerahkan borang di penghujung pameran untuk mendapatkan cenderamata khas sempena MSAM 2012.
Pelajar sekolah yang berkunjung ke pameran MSAM 2012 dalam Lawatan Berkumpulan mendengar taklimat yang diberikan sebelum lawatan bermula.
Sebahagian pengunjung sedang tekun mengisi jawapan kuiz e-peraduan dalam talian.
Para peserta "CCM Interschool Showdown" yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah bersama maskot CCM, Champs.










